Isnin, 21 Jun 2010

Sekolah Kawasan Larangan Merokok ( Pekeliling Ikhtisas Bil 5/1997)

Sekolah adalah kawasan bebas rokok. Kegiatan merokok di kalangan pelajar kini amat membimbangkan. Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dijalankan, semakin ramai pelajar yang merokok malah ada yang bermula sejak sekolah rendah. Jika perkara ini tidak dapat ditangani, ia mungkin membawa masalah yang lebih besar lagi seperti masalah disiplin, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

          Semua guru, kakitangan, ibu bapa atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah adalah dilarang dari menghisap rokok di kawasan sekolah. Larangan ini meliputi keseluruhan premis sekolah, sama ada di kawasan terbuka mahupun di dalam bilik atau tempat-tempat yang terselindung dari pandangan murid.
          Sehubungan dengan itu, semua sekolah diminta untuk menguatkuasakan Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok. Sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997 untuk perhatian dan tindakan semua pihak.
         Satu amkluman daripada Pejabat Kesihatan, pemantauan dan tangkapan boleh dibuat di premis sekolah seandainya terdapat guru atau kakitangan yang merokok di kawasan sekolah. Penilaian dan pemantauan kantin juga merangkumi hal rokok. Pejabat Kesihatan juga akan membuat tangkapan/ saman kompaun / notis terhadap pelajar yang merokok di luar kawasan sekolah. Minta semua ambil perhatian.
Kerjasama yang berikan dalam perkara ini sangat dihargai.



"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Biodata Guru PPDa sekolah-sekolah Daerah Maran 2010

Semua sekolah Daerah Maran telah diminta untuk menghantar Biodata dan gambar Guru-guru PPDa Daerah Maran 2010 bagi tujuan penstrukturan dan pengurusan PPDa Maran. Namun begitu masiha ada sekolah yang belum menghantar Biodata tersebut pada tarikh akhirnya 4 Jun 2010. Diharapkan guru PPDa yang belum menghantar, dapat menghantar biodata tersebut seberapa segera yang mungkin.
     Bagi yang telah menghantar, kami ucapkan ribuan terima kasih. Sila rujuk halaman Guru-guru PPDa Maran 2010.



Biodata Gur"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Lorong PPDa SMK Cedung Jaya

"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Bilik sumber PPDa SMK Seri Jengka

"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Kita masih lagi "0" Positif

Sehingga bulan Jun 2010, Daerah Maran masih mengekalkan "sifar positif dadah"  bagi tahun ke dua berturut-turut. Namun begitu, kita tidak boleh duduk senang jika di lihat kepada pelajar yang  "positif Saringan" yang semakin berkembang di kalangan pelajar di daerah kita.
         Usaha yang berterusan daripada semua pihak, termasuklah sekolah dan ibu bapa pelajar, amat perlu dalam menangani masalah dadah di kalangan pelajar. Kita masih mendapat laporan, masih ada pelajar yang mengambil dadah dan pihak PDRM, AADK dan PPDa sendiri sedang memantau perkembangan tersebut. Bermula dengan niat 'mencuba', akhirnya ramai yang terperangkap dalam lembah yang hina ini. Kita tahu, pelajar masih mencuba dan belum menjadi penagih tegar. Justeru itu, usaha giat daripada semua pihak amat perlu dalam memastikan sekolah Bebas Dadah 2012 nanti.
       Kemasukkan dadah jenis baru seperti syabu, ecstacy, pil kuda dan sebagainya, mengundang risiko sekiranya tiada kawalan dari semua pihak dan kesedaran bahaya dadah perlu disemai sedalamnya di kalangan pelajar. Kepada guru-guru, teruskan pendedahan maklumat tentang bahaya najis dadah kepada para pelajar seawal persekolahan lagi.

Sekolah Bebas Dadah 2012"

Ujian Urin - Mengenal pasti kandungan air kencing daripada dadah

satu bar = Positif
Dua Bar = Negartif

Pegawai AADK sedang membuat ujian urin saringan ke atas kandungan air kencing pelajar.


"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Ahad, 6 Jun 2010

"port' Syabu diserbu

SEREMBAN: Perbuatan haram tiga wanita warga Vietnam dan dua lelaki tempatan menjadikan sebuah rumah di Taman Permai 3, di sini, sebagai ‘port’ menghisap syabu terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa, awal pagi Selasa lalu.


RAMPAS...antara barangan yang ditemui dalam kediaman penjenayah. Ketua JSJN negeri, Superintendan R Ravichandran berkata, semua suspek berusia 19 hingga 38 tahun itu ditahan dalam ‘Ops Tapis’ yang dijalankan di sekitar bandar ini.


“Hasil ujian air kencing mendapati kelima-lima suspek berkenaan positif dadah jenis syabu dan ditahan untuk tindakan lanjut.


“Siasatan awal turut mendapati ketiga-tiga wanita warga asing berkenaan tinggal bersama dua lelaki iaitu warga tempatan.


“Seorang daripada lelaki berkenaan yang berusia 24 tahun bekerja sebagai pelayan restoran, manakala seorang lagi suspek adalah pelindung semua wanita asing terbabit,’’ katanya di sini, semalam.


Katanya, semua suspek ditahan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


Sementara itu, dalam serbuan berasingan pada hari sama, katanya, seorang lelaki berusia 24 tahun disyaki pengedar dadah ditahan di sebuah rumah di Taman Harapan Baru, di sini.


“Kita (polis) menemui 12 peket serbuk putih dipercayai dadah jenis syabu seberat 31.6 gram yang dianggarkan bernilai lebih RM10,000 mengikut harga pasaran.


“Lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 39 A (2) ADB 1952," katanya.



"Sekolah Bebas Dadah 2012"

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...