Memaparkan catatan dengan label Pertandingan BIlik dan Lorong PPDa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pertandingan BIlik dan Lorong PPDa. Papar semua catatan

Rabu, 23 November 2011

Tahniah SMKTAA Chenor, mendapat Tempat Keempat Anugerah Lorong Sumber PPDa Kebangsaan 2011 Kategori sekolah menengah

                                                Cikgu Kamaliah bersama trofi .

Walaupun mendapat tempat keempat, namun PPDa Maran mengucapkan tahniah atas usaha cemerlang warga sekolah memastkan PPDa menjadi wardah perjuangan sekolah. Sememangnya pada tahun ini, saingan peringkat kebangsaan terlalu sengit berbanding tahun sebelumnya. Tahniah kepada Pengetua, Guru PPDa, Jawatankuasa PPDa sekolah, para pelajar dan semua warga sekolah. Moga ianya memberi semangat baru baut kita semua

Selasa, 25 Oktober 2011

Tahniah dan Syabas SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor

Para penilaian sedang meneliti dan bersoaljawab berkaitan PPDa

Replika Kubur di Lorong PPDa SMKTAAC

PPDa Maran mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua warga SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor termasuklah komuniti setempat yang telah berjaya mengadakan Hari Terbuka PPDa SMKTAAC bersempena Lawatan Penilaian Lorong PPDa Kebangsaan 2011 pada 19 Oktober 2011 baru-baru ini. Usaha bersepadu, membuahkan hasil yang baik. Walaupun belum dipastikan kedudukan 'Ranking' penilaian, namun usaha sepakat antara guru, pelajar, PIBG, balai Polis Chenor, Tok Penghulu dan agensi terlibat seperti AADK, Kesihatan, PDRM dan DIC, menampakkan kekuatan PPDa di SMKTAAC.
     Sebagai sebuah sekolah yang terletak di kawasan perkampungan tradisional, kehebatannya tetap setaraf dengan sekolah di tengah kota. Apa yang telah dilaksanakan di sekolah, telah membuka mata banyak pihak tentang pentingnya penglibatan semua komuniti dalam menangani masalah sosial pelajar terutamanya yang berkaitan dengan dadah, rokok, inhalan, dan seks bebas. Lorong PPDa SMKTAAC telah berjaya membawa aspirasi warga sekolah dalam menentang dadah secara habis-habisan. Kesungguhan Pengetua, guru-guru, warga kerja dan pelajar telah menyuntik satu semangat perjuangan malah usaha ini dapat membuka mata banyak pihak.
     Ketibaan para penilai Lorong Sumber PPDa daripada KPM telah disambut oleh Pengetua, guru-guru, pelajar, PIBG, Ketua Balai Polis Chenor, wakil AADK, Pengetua SM Teknik Pertanian, dan keseluruhan warga sekolah. Mereka diiringi dengan paluan kompang dan seterusnya menerima tabik hormat dan kawad kaki Anti dadah dari Unit Uniform SMKTAAC. Seterusnya ucapan aluan Pengetua dan diikuti persembahan Seni Silat oleh para pelajar. Seterusnya upacara Gimik telah diadakan dengan pelepasan banting PPDa oleh ketua penilai. Majlis diserikan lagi dengan upacara pelepasan burung pipit sebagai simbolik kepada kebebasan daripada najis dadah. Seterusnya adalah lawatan ke Lorong Sumber PPDa dan yang pastinya penilaian terakhir daripada para juri.

Para pelajar di Kelas Pendidikan Khas
     Satu perkara yang agak menyentuh kalbu, apabila para juri telah dibawa ke Kiosk PPDa di Kelas Pendidikan Khas. Para pelajar Pendidikan Khas juga tidak dipinggirkan dengan PPDa. Satu Kiosk PPDa telah diletakkan di kelas mereka dan dapat memberi maklumat berguna kepada mereka.
Kiosk PPDa di Kelas Pendidikan Khas

     Kiosk PPDa juga terdapat di Pusat Sumber sekolah. Ini bagi memastikan PPDa memberi input keilmuan dan sebagai satu bentuk pengetahuan kepada seluruh komuniti sekolah. Selain itu, SMKTAAC juga berbangga dengan adanya Program Duta PPDa iaitu pelajar terlibat membuet hebahan dan penerangan di sekolah-sekolah berhampiran dan juga di Pasar Malam atau 'Pekan sehari'.
     Usaha telah dilaksanakan. Kalah menang bukan keutamaan. Namun kepuasan PPDa dapat membawa demensi baru kepada sekolah. SMKTAAC cemerlang apabila tiada seoarangpun pelajarnya dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak program PPDa diperkenalkan. Malah dalam Ujian Urin 2011 awal tahun dulu, hanya 3 orang pelajarnya yang mengaku menghisap rokok. Tahniah dan syabas kepada pihak sekolah. Diharapkan usaha murni ini dapat membawa kejayaan dan kecemerlangan kepada semua yang terlibat.

Sambutan Penilaian Lorong Sumber PPDa Kebangsaan 2011 di SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor


Kawad Kaki Antidadah

Silat antidadah

Pelajar-pelajar turut menyambut

Banting PPDa hasilan pelajar tergantung menarik.

Melepaskan burung sebagai simbolik kebebasan daripada dadah

Duta PPDa (pelajar) memberi penerangan

Penilaian bermula

Encik Loh tertarik dengan Piala Johan lorong PPDa Pahang.

Penilaian akhir.

Isnin, 10 Oktober 2011

Mesyuarat Persediaan Pertandingan Bilik/Lorong PPDa Kebangsaan 2011 (Wakil Pahang)

Guru PPDa SJKC Karak sedang memberi penerangan


Mesyuarat ini telah diadakan di PKG Karak. Dihadiri oleh Ketua Unit PPDa JPNP, Encik Abdullah Sani dan Penolong Pengarah Unit PPDa JPNP, Encik Wan Mohd Afzan. Turut hadir rombongan dari empat buah sekolah wakil negeri Pahang dalam Pertandingan Bilik/Lorong PPDa 2011 iaitu;

1. SMK Bukit Tinggi, Bentong
2. SMK Tengku Ampuan Afzan, Maran
3. SJKC Karak, Bentong
4. SK Karak, Bentong.
Tahniah kerana semua kategori, Pahang antara 5 terbaik. Semoga usaha keras semua pihak membuahkan hasil yang membanggakan.

                      
Cikgu Kamaliah dari SMK TAA Maran, sedang memberikan taklimat

Isnin, 26 September 2011

Keputusan Pertandingan Bilik/Lorong Sumber PPDa Daerah Maran 2011

Keputusan Pertandingan Bilik/ Lorong Sumber PPDa Daerah Maran 2011

Bilik Sumber PPDa
Sekolah Menengah : SMK Seri Jengka
Sekolah Rendah     : SK Bandar Pusat

Sudut/Lorong Sumber PPDa
Sekolah Menengah : SMK Maran
Sekolah Rendah     : SK LKTP Jengka 5

Pemenang layak untuk bertanding ke Peringkat Negeri Pahang 2011 yang dijangka dinilai pada bulan November 2011

Selasa, 20 September 2011

Lawatan Penilaian Bilik Sumber PPDa SK Bandar Pusat

Bilik Sumber PPDa SKBP walaupun kecil tetapi banyak maklumat.

Tayangan video PPDa dan replika kubur

Penerangan oleh Guru PPDa SKBP

Bahan Pameran

Duduk bersila sambil melihat Bilik sumber PPDa SKBP bersama Guru Besar SK Bandar Pusat dan Guru Besar Ulu Jempul.

Penilaian PPDa di SMK Maran




KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...