AKULAH MANUSIA ITU
Oleh : En Suhaiza bin Zainal Abidin
SK Chedong Jaya, Maran
Akulah manusia itu
Gemala permata menjelma kaca
Bertahta di mahligai penuh dosa
Beraja maruah tercela
Bersemayam di singgahsana hina
Dengan daulat berhias luka
Akulah manusia itu
Bertilam jarum keramat neraka
Berkelambu dadah nikmat durjana
Kehanyiran menjadi syurga
Khayalan disangka nyata
Dosa bagai pahala
Akulah manusia itu
Manifestasi kehancuran diri
Si Tanggang ayah dan ibu sendiri
Makam bangsa dan jati diri
Implikasi ngeri negara ini
Mendustai inayat tuhan azali
Akulah manusia itu
Fakir yang tersungkur di jasad bumi
Cuba bangkit di jendela mimpi
Menaut kembali keangungan bangsa
Walau tiada harga diri
Walau dikau menjauhi
Walau tak mungkin suci kembali
Tetapku berdiri
Demi ibu pertiwi
Akulah manusia itu
Pewaris nasab bangsa mulia
Memohon dikurnia sedetik masa
Menebus dosa dan kemusnahan jiwa
Berbakti pada nusa dan negara
Mungkinkah diterima...
(Puisi ini memenangi Johan Pertandingan menulis Puisi Antidadah Peringkat Negeri Pahang 2010 Kategori Warga Pendidikan)
Dedikasi untuk PPDa. 1 MALAYSIA KE ARAH BEBAS DADAH
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti PPDa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti PPDa. Papar semua catatan
Selasa, 2 Ogos 2011
Jumaat, 22 Julai 2011
Pertandingan Melukis dan Mewarna Antidadah PPDa/AADK Daerah Maran 2011 (Sekolah Rendah)
Pertandingan ini telah dilaksanakan pada 15 Julai 2011 di SK Maran. Seramai 300 orang peserta telah terlibat.
TAJUK MEWARNA : KELUARGA SEJAHTERA
TAJUK MELUKIS POSTER : HIDUP SEJAHTERA TANPA DADAH
SENARAI NAMA PEMENANG MEWARNA TAHAP 1
1. SITI NUR ARIFAH (2A)
2. NUR AISYAH BT KHALID (3A)
3. NUR HIDAYAH BT JAMALUDDIN (1A)
4. MOHD NUR FITRAH (1A)
5. NURFARHANA BT SAADUN (3A)
6. WAN NUR QATRUN NAJIHAN (1A)
7. MUHAMMAD ASYRAF MURSYIDI (3A)
8. NURUL FATIN SYAKIRA (2B)
9. MUHD IZZUL AZWAN (3B)
10. NURSAIDATUL FARISSHA BT ZAMRI (3B)
SENARAI NAMA PEMENANG MEMBUAT POSTER TAHAP 2
1. NUR AIRAA ADNEEN BT ABDULLAH
2. NUR AINA FAIQAH BT MAHADZIR
3. ZARIFAH SAHIRA BT HASSAN
4. AYU HANISA BT ISMAIL
5. NURULHUDA BT MOHD NASIR
6. MUHD AMIRULLAH B CHE RANI
7. ABDUL RAHIM B MUHD SAFIE
8. NUR ATIKAH BT YUSOF
9. WAN AHMAD ZUHAIRI
10. NURSYAFIQA BT AZIYUSN
TAJUK MEWARNA : KELUARGA SEJAHTERA
TAJUK MELUKIS POSTER : HIDUP SEJAHTERA TANPA DADAH
SENARAI NAMA PEMENANG MEWARNA TAHAP 1
1. SITI NUR ARIFAH (2A)
2. NUR AISYAH BT KHALID (3A)
3. NUR HIDAYAH BT JAMALUDDIN (1A)
4. MOHD NUR FITRAH (1A)
5. NURFARHANA BT SAADUN (3A)
6. WAN NUR QATRUN NAJIHAN (1A)
7. MUHAMMAD ASYRAF MURSYIDI (3A)
8. NURUL FATIN SYAKIRA (2B)
9. MUHD IZZUL AZWAN (3B)
10. NURSAIDATUL FARISSHA BT ZAMRI (3B)
SENARAI NAMA PEMENANG MEMBUAT POSTER TAHAP 2
1. NUR AIRAA ADNEEN BT ABDULLAH
2. NUR AINA FAIQAH BT MAHADZIR
3. ZARIFAH SAHIRA BT HASSAN
4. AYU HANISA BT ISMAIL
5. NURULHUDA BT MOHD NASIR
6. MUHD AMIRULLAH B CHE RANI
7. ABDUL RAHIM B MUHD SAFIE
8. NUR ATIKAH BT YUSOF
9. WAN AHMAD ZUHAIRI
10. NURSYAFIQA BT AZIYUSN
Khamis, 30 Jun 2011
Tahniah kepada peserta Pertandingan Menulis Puisi Antidadah Negeri Pahang 2010
Tahniah kepada semua peserta yang terdiri daripada pelajar, guru dan kakitangan sekolah seluruh Pahang yang telah menghantar penyertaan masing-masing. PPDa Maran mengucapkan tahniah kepada para pelajar dan guru daerah Maran yan banyak menghantar penyertaan. Tahniah juga kepada pemenang pertandingan tersebut.
Sebuah Antologi Puisi Antidadah telah dihasilkan oleh Unit PPDa JPN Pahang. Tahniah kepada peserta yang terpilih. PPDa Maran terharu apabila ramai peserta daerah Maran yang terpilih puisinya untuk dimuatkan dalam buku Antologi Puisi tersebut. PPDa Maran juga mengucapkan tahniah kepada Cikgu Suhaiza bin Zainal Abidin, dari SK Cedung Jaya, Maran yang berjaya dinobatkan Johan Menulis Puisi Antidadah 2010, malah tajuk puisinya dijadikan tajuk Buku antologi Puisi tersebut.
Ahad, 3 April 2011
Minggu Antidadah 2011 : Tahniah dan terima kasih kepada sekolah yang telah melaksanakannya.
Minggu Anti Dadah merupakan satu program PPDa yang sentiasa dilaksanakan setiap tahun. Ianya selaras dengan sambutan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan yang disambut pada setiap 19 Februari. Minggu antidadah diadakan di sekolah-sekolah, mulai Februari hingga Mac setiap tahun. Tema minggu antidadah pada tahun ini ialah "1Malaysia Membanteras Dadah".
Pejabat Pelajaran Daerah Maran mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua sekolah Daerah Maran yang telah berjaya melaksanakan Minggu Antidadah peringkat sekolah. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah;
- Bacaan Perutusan Pengarah Pelajaran Pahang berkenaan Antidadah
- Bacaan Ikrar Jauhi Dadah
- Persembahan Puisi, Sketsa, Dikir, Boria Antidadah
- Pertandingan melukis dan mewarna antidadah
- Pertandingan mengarang antidadah
- Nyanyian lagu Tema antidadah
- Gimik antidadah
Semoga usaha yang dilaksanakan memberi impak kepada para pelajar agar menjauhi dadah. Kita seharusnya bimbang dengan perkembangan semasa di mana dadah begitu mudah menjerat pelajar. Hingga kini sukar menyatakan bahawa Sekolah Bebas Dadah kerana masih kedapatan segelintir pelajar pernah mencuba dadah. Usaha yang lebih giat amat perlu bagi memastikan para pelajar mempunyai kekuatan untuk menghalangi dadah daripada menjerat pelajar.
Jumaat, 11 Mac 2011
Mesyuarat Pengurusan PPDa Maran bil.1/2011
"Terima Kasih Che Lah" daripada En Jasmi, PKD Maran.
Tahniah dan terima kasih kepada semua guru PPDa yang sentiasa komited dan bersemangat dalam membawa perjuangan PPDa. Dalam mesyuarat tersebut telah disentuh berkenaan pengurusan PPDa di peringkat sekolah iaitu;
- Pengurusan PPDa (dokumentasi dan 'failing')
- Perancangan Program dan aktiviti
- Laporan Ujian Urin
- Pengunaan Blog PPDa Maran dan Buletin PPDa
- Perlantikan Guru Sumber PPDa 2011/2012.
- Bilik Sumber dan lorong PPDa terbaik Daerah Maran
- Pelancaran Blogspot PPDa Daerah Maran.
En Abdullah Sani menyampaikan ucapan dan amanat serta melancarkan Blogspot PPDa Maran
Johan Lorong PPDa Peringkat N.Pahang (SMK Tengku Ampuan Afzan)
Naib Johan Lorong PPDa SK N.Pahang (SK LKTP Jengka 5)
Seminar Kesedaran HIV/Aids PROKES Daerah Maran 2011
Dr Saniah, Pakar Perubatan Keluarga Maran menyampaikan ceramah.
Penyampaian cenderamata tanda terima kasih buat Dr. Saniah
disampaikan oleh En Abdullah Sani, Ketua Unit PPDa, JPN Pahang.
Program ini telah dilaksanakan pada 10 Mac 2011 di Bilik Mesyuarat Aras 4, Wisma Persekutuan Maran. Ia adalah kerjasama sub-unit PPDa, Pejabat Pelajaran Daerah Maran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Maran.
Program ini melibatkan semua guru PPDa Daerah Maran termasuklah guru daripada sekolah-sekolah agama di bawah Kerajaan negeri. Fokus seminar ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan awal kepada semua guru PPDa tentang bahaya dan kesedaran HIV/Aids sebelum program ini dilaksanakan pula di sekolah masing-masing. Dr. Saniah, iaitu Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Maran, telah menyampaikan ceramah beliau berkaitan HIV/Aids. Sebagai Pakar perubatan keluarga dan sentiasa berhadapan dengan pesakit HIV, banyak pendedahan dan pengalaman beliau telah diceritakan kepada semua hadirin. Turut sama hadir dalam program ini ialah En Abdullah Sani bin Abdul Rahman, Ketua Unit PPDa, Jabatan Pelajaran Pahang.
Sewaktu Seminar ini, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Maran turut mengadakan Pameran HIV & Aids. Terima kasih kepada En Rizal, Pegawai HIV/Aids Pejabat Kesihatan Daerah Maran, yang banyak membantu menjayakan program ini.
Rabu, 9 Mac 2011
Minggu Anti Dadah 2011
Sambutan Minggu Antidadah hendaklah diadakan sepanjang Februari hingga Mac 2011. Ianya bertemakan '1Malaysia Membanteras Dadah'. Pihak sekolah perlu menyusun dan membuat perancangan untuk sambutan berkenaan. Perutusan Pengarah Pelajaran Pahang boleh dibaca (sila muat turun daripada laman blog ini sekiranya perlu). Pameran dan ceramah dialu-alukan dengan adanya kerjasama AADK, Bahagian Narkotik PDRM, Jabatan Penjara dan sebagainya yang berkaitan.
Laporan hendaklah dihantar ke PPD untuk dipanjangkan ke JPN dan KPM. Harap maklum.
Laporan hendaklah dihantar ke PPD untuk dipanjangkan ke JPN dan KPM. Harap maklum.
Majlis Penutup Minggu Anti Dadah SMK Maran 2
Majlis penutupan Minggu Antidadah SMK Maran 2 pada 8 Mac 2011 telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Maran, YH Dato'Fadzilla bin Hj Salleh, DIMP., SMP., AMP. . Turut sama hadir, Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Pn Samsiah Hj Suradin , PKC., Pegawai PPDa Maran (En Mohd Jasmi Jaafar) dan wakil Ketua Polis Daerah Maran. Sebagai sebuah sekolah yang pernah dinobatkan Johan Bilik sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2008, sudah pastinya sambutannya meriah. Pengetua SMK Maran 2, Pn Norhayati yang begitu komited dan banyak memperjuangkan PPDa sebagai satu jenama sekolah yang perlu diikuti oleh semua sekolah. Beliau sendiri menawarkan untuk terus bertanding lagi setelah 2 tahun sekadar menjadi sumber rujukan dalam pembangunan PPDa. Perutusan Minggu Antidadah oleh Pengarah Pelajaran Pahang juga telah dibaca dalam majlis tersebut.
Dalam majlis tersebut, YH Dato' telah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak terutama para guru dan pelajar SMK Maran 2yang berjaya membawa wadah perjuangan PPDa. Beliau juga bangga dengan hasil kerjasama yang ditunjukkan oleh warga sekolah. Beliau juga menyarankan para pelajar agar menjauhi dadah dan menentangnya habis-habisan. Nasihat beliau agar para pelajar tidak mencuba sebarang jenis dadah dan tidak merokok. Jika ianya dapat dihindari, maka kejayaan dan kebahgiaan akan muncul.
Pada majlis tersebut, para pelajar mempersembahkan beberapa persembahan seperti deklamasi sajak, dikir barat dan boria. semuanya bertemakan '1Malaysia Membanteras Dadah'. Setelah upacara perasmian, YH Dato' bersama tetamu telah dibawa melawat ke Bilik Sumber PPDa SMK Maran 2. YH Dato' begitu tertarik dengan hasilan para pelajar. Beliau juga dibawa ke Klinik Berhenti Merokok yang merupakan antara tarikan dan perbezaan berbanding sekolah lain. Konsep Anak Angkat digunakan dengan adanya kerjasama daripada AADK, Polis dan Pejabat Kesihatan. Tahniah SMK Maran 2.
Langgan:
Catatan (Atom)
KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014
SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH ...

-
SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH ...
-
Urin yang positif Methapetamin (Syabu) Air kencing yang diuji. Ujian Urin telah diadakan di semua sekolah menengah. Bagi Da...
-
Dalam memastikan program PPDa berjalan dengan mantap, pihak sekolah haruslah memastikan pengurusan PPDa berfungsi di sekolah masing-masing. ...