Memaparkan catatan dengan label SHIELDS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SHIELDS. Papar semua catatan

Isnin, 9 Julai 2012




Program SHIELDS peringkat Negeri yang diadakan pada 25 hingga 28 Jun 2012 siri 1  yang bertempat di Kem Aman Sari , Pantai Sepat Kuantan. Anjuran bersama AADK Negeri , Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) dan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP). Seramai 40 orang pelajar perempuan yang terlibat bagi semua daerah.

KEM SHIELDS DAERAH MARAN 2012



Program Kem SHIELDS Daerah Maran 2012 telah diadakan pada 19 hingga 22 Jun 2012 di Kem 25 RAMD Bentong. Dengan kerjasama AADK , ATM 25 RAMD dan PPD Daerah Bentong. Seramai 80 orang pelajar terlibat gabungan dua daerah Marann dan Bentong. Program yang berfokus kepada pencegahan awal dadah. 



Khamis, 3 November 2011

Kem Intensif- SHIELDS Peringkat Negeri Pahang 2011

Wakil Pegarah AADK Pahang, En Faizal (tengah), En Sabaruddin dari Jabatan Pelajaran Pahang (kanan) dan En Ahmat Pesta, Ketua Urusetia Program SHIELDS-AADK (kiri).

Berlatarbelakangkan Gua Gunung Senyum. Cukup menarik.

Peserta mengangkat ikrar sumpah tidak terlibat dengan dadah.

Program ini telah diadakan pada 19 hingga 21 Oktober 2011 di Hutan Lipur Gunung Senyum, melibatkan seramai 40 orang peserta di kalangan pelajar.Bertujuan sebagai program pemulihan dan kesedaran kepada pelajar agar tidak terjebak dengan najis dadah. Keseluruhannya, program ini berjaya memantap jati diri peserta. Terima kasih kepada seluruh peserta, urusetia, fasilitator, penceramah, pegawai AADK dan PKD yang terlibat.

Khamis, 20 Oktober 2011

Kem Sayangi Diri Elak Dadah Selamanya (SHIELDS) Negeri Pahang 2011

Program ini diadakan di Hutan Lipur Gunung Senyum bermula 18 hingga 21 Oktober 2011 melibatkan 40 orang pelajar dari sekolah-sekolah negeri Pahang. Program ini adalah lanjutan SHIELDS daerah yang telah dilaksanakan sebelum ini. Pihak AADK selaku penganjur dan pengelola telah memilih Hutan Lipur Gunung Senyum dan ianya adalah lanjutan daripada Kem SHIELDS sebelum ini. Gunung Senyum terpilih sebagai kem SHIELDS Pahang 2011 setelah menilai program SHIELDS Daerah Maran yang berjaya memberi kesan kepada para peserta.

     Modul yang digunakan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan bimbingan kepada para pelajar agar tidak terjebak daripada najis dadah. Turut sama dalam program ini 3 orang guru sebagai Fasilitator bersama AADK negeri Pahang.

Rabu, 6 Julai 2011

Peserta Kem SHIELDS Meneroka Gua Lebak Puyuh

Peserta Kem SHIELDS telah berpeluang meneroka beberapa gua di kawasan Lebak Puyuh, Gunung Senyum. Antara gua yang diteroka ialah Gua Lebak Puyuh, Gua Ular, Gua Mayat, Gua Straw, dan pelbagai lagi. Pengalaman yang diperolehi bukan sahaja dapat meneroka keindahan gua dan sejarahnya malah membantu membentuk nilai jiwa murni di kalangan peserta. Perserta telah dibawa menghayati panorama dalam gua yang gelap dan pelbagai pengalaman baru diterima.
     Paling diingati apabila para peserta dikumpulkan dalam Gua Straw di mana para peserta diberi suntikan motivasi dan penghayatan nilai budi dan kerohanian. Para peserta dibiarkan di dalam gua tanpa sebarang cahaya selama 15 minit. Suasana 'Pengalaman di Alam Kubur' bagaikan dibawa kepada para peserta. Kesan daripada pengalaman ini membawa satu impak kepada diri peserta. Ada yang menangis kekesalan dan ada yang meneui keinsafan.
    Peserta telah dibawa oleh Pegawai Renjer Hutan yang bertugas meneroka pelbagai gua, flora dan fauna. Peserta juga berkesempatan berehat di Tasik Biru iaitu sebuah kolam yang terhasil di kawasan batu kapur berkenaan. Kita mengharapkan penghayatan alam memberi kesan kepada pembentukan jati diri dan kepribadian yang teguh kepada para peserta.Rata-rata peserta menyatakan keseronokan, keterujaan dan keinsafan.
Taklimat oleh Pegawai Renjer Hutan Gunung Senyum.

Kem komandan, Jurulatih, Pegawai AADK Maran, Pegawai PPDa Maran dan para peserta. 



Gua Mayat. Batu seakan mayat manusia.


Meneroka khazanah gua.

Sesi 'Kenali dan Muhasabah Diri' di dalam Gua Straw.Peserta dibiarkan 15 minit di dalam gua tanpa cahaya.


Menikmati ketenangan Tasik Biru

Selasa, 5 Julai 2011

Kem SHIELDS di Gunung Senyum

Program PIP Pelajar lelaki Daerah Maran telah diadakan di Hutan Lipur Gunung Senyum. Program ini merupakan anjuran AADK Daerah Maran dengan kerjasama PPD Maran. Program ini telah dilaksanakan pada 20 hingga Jun 2011 membabitkan seramai 40 orang pelajar.





KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...