Sehingga bulan Jun 2010, Daerah Maran masih mengekalkan "sifar positif dadah" bagi tahun ke dua berturut-turut. Namun begitu, kita tidak boleh duduk senang jika di lihat kepada pelajar yang "positif Saringan" yang semakin berkembang di kalangan pelajar di daerah kita.
Usaha yang berterusan daripada semua pihak, termasuklah sekolah dan ibu bapa pelajar, amat perlu dalam menangani masalah dadah di kalangan pelajar. Kita masih mendapat laporan, masih ada pelajar yang mengambil dadah dan pihak PDRM, AADK dan PPDa sendiri sedang memantau perkembangan tersebut. Bermula dengan niat 'mencuba', akhirnya ramai yang terperangkap dalam lembah yang hina ini. Kita tahu, pelajar masih mencuba dan belum menjadi penagih tegar. Justeru itu, usaha giat daripada semua pihak amat perlu dalam memastikan sekolah Bebas Dadah 2012 nanti.
Kemasukkan dadah jenis baru seperti syabu, ecstacy, pil kuda dan sebagainya, mengundang risiko sekiranya tiada kawalan dari semua pihak dan kesedaran bahaya dadah perlu disemai sedalamnya di kalangan pelajar. Kepada guru-guru, teruskan pendedahan maklumat tentang bahaya najis dadah kepada para pelajar seawal persekolahan lagi.
Sekolah Bebas Dadah 2012"
Dedikasi untuk PPDa. 1 MALAYSIA KE ARAH BEBAS DADAH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014
SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH ...

-
Pihak JPN Pahang telah memberi kepercayaan bagi PPDa untuk membuka bilik pameran di Karnival Nilai Murni Cegah Jenayah Pahang, di Stadium Mi...
-
Selasa, 18 Feb.- Satu lagi program anjuran daripada Unit PPDa melibatkan guru PPDa dan guru Kaunseling sekolah menengah tentang teknik pen...
-
Program ajuran PENGASIH bersama Petronas ini telah dijalankan di Dewan Daerah Temerloh, pada hari Sabtu, 4 Disember 2010. Jabatan Pelajaran ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan