Rabu, 30 April 2014

Penilaian Pertandingan Bilik Sumber dan Laluan PPDa Peringkat Negeri Pahang 2014

Rabu, 10 April - Bermulanya para panel hakim kategori bilik sumber dan laluan PPDa ke sekolah yang layak bertanding peringkat negeri Pahang 2014. Kesemua daerah telah menghantar wakilnyaa bertanding mengikut kategori yang telah ditetapkan. Menurut kata Ketua Unit PPDa JPN Pahang Encik Abdullah Sani, tahun demi tahun persaingan semakin sengit. Semua sekolah yang bertanding mempunyai kekuatan masing-masing. Bagi ketua panel yang menilai, ianya agak sukar untuk menentukan kedudukan setiap sekolah yang bertanding. Walau apa pun keputusan adalah muktamad dalam adat bertanding. Sesungguhnya menang dan kalah pasti akan ada. Maka syabas dan tahniah kepada sekolah yang telah menjadi wakil daerah masing-masing bertanding ke peringkat negeri. Teruskan usaha perjuangan tanpa mengenal erti kekalahan. Yang pastinya kejayaan akan sentiasa menunggu.




















Mesyuarat Agong PEMADAM Daerah Maran kali pertama 2014

Rabu, 9 April - Kali pertama dalam tahun 2014 mesyuarat agong pemadam telah diadakan dengan jayanya setelah sekian lama ianya terpadam. Kini dengan kerjasama dan inisiatif pihak NGO ini jawatankuasa penaja telah bangkit untuk meneruskan kembali hala tuju PEMADAM, Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dato DO Daerah Maran Dato Fazilah.









Mesyuarat yang serba ringkas itu telah berjalan dengan baik sekali. Kehadiran olehh DUN Jempol sebagai perasmi mesyuarat tersebut telah menambahkan lagi akan kemeriahan majlis. Kepada ahli yang telah dilantik sebagai jawatankuasa syabas dan tahinah, semoga tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Isnin, 3 Mac 2014

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN MINGGU ANTIDADAH & MAJLIS PENYAMPAIAN ALAT BIOFEEDBACK DENGAN KERJASAMA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG ( UMP )

26 FEB,  Rabu.  - Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Antidadah peringkat daeah Maran 2014 telah diadakan di SMK Jengka Pusat dengan cemerlangnya. Majlis ini diadakan sempena hari memperingati sambutan Hari Antidadah Kebangsaan iaitu pada tarikh 19 FEBRUARI.  Bersempena majlis itu juga, telah diadakan majlis penyerahan alat Biodfeedback( Emwave ) kepada 19 buah sekolah menengah dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang. Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Asiah binti Hamzah, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Maran.  Beliau berpesan dalam ucapannya agar sama - sama warga pelajar dan pendidik membanteras akan musuh nombor satu negara iaitu DADAH!.  Kehadiran beliau dalam majlis kali ini disambut meriah oleh semua Pengetua, Guru Besar, Guru Penyelaras PPDa dan warga SMK Jengka Pusat.  Dalam pada itu juga, beliau telah membuat lawatan ke laluan PPDa sekolah yang menjadi wakil daerah di peringkat negeri nanti. Laluan PPDa yang dibina oleh warga SMK Jengka Pusat ini merupakan terpanjang dalam daerah Maran. Laluan sejauh 247 meter ini melibatkan 16 stesen di mana setiap stesennya dihasilkan oleh setiap panitia. 


 Lawatan oleh Puan Asiah bt Hamzah ke laluan PPDa SMK Jengka Pusat

 Penerangan oleh Rakan PPDa SMK Jengka Pusat 


 Turut hadir Ketua Unit PPDa JPN Pahang En Abdullah Sani dan En Wan Azan melawat laluan PPDa sekolah


 Salah sebuah stesen sepanjang laluan PPDa sekolah


 PPD Maran sedang melalui terowong laluan PPDa sekolah


 Pusara PPDa di laluan PPDa sekolah 



 Tumbukan 'BENCI ROKOK' oleh PPD Maran 

 Tandatangan buku lawatan oleh PPD Maran 


 Majlis Pelancaran bermula.

 Majlis pelancaran dihadiri oleh Pengetua dan guru besar sekolah 
Daerah Maran 

 Semua pelajar SMK Jengka Pusat turut hadir meraikan Majlis Pelancaran Minggu Antidadah


 Ucapan oleh wakil Dekan Prof. Madya Dr. Nubli dari Universiti Malaysia Pahang 
 Guru Penyelaras PPDa turut hadir meraikan majlis MAD daerah Maran 2014 

 Ucapan Perasmian oleh Puan Asiah Bt Hamzah PPD Maran 


 Persembahan Nasyid Antidadah oleh pelajar SMK Jengka Pusat

 Penyerahan alat Biofeedback daripada UMP 

 Penyampaian Buku Antologi Puisi kepada Guru PPDa daerah Maran 




 Penyampaian cenderahati kepada UMP

Penyampaian cenderahati kepada Perasmi

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...