Selasa, 29 Jun 2010

Isu 1 : Bolehkah Sekolah menjadi kawasan yang bebas rokok?

Sekolah sebagai 'kawasan larangan  merokok' sudah diwartakan sejak dulu lagi. Sayangnya, ia kadang-kadang tidak diambil perhatian oleh banyak pihak. Pekeliling tentang sekolah kawasan larangan merokok sudah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.Namun begitu masalah rokok di sekolah masih belum dapat diatasi sepenuhnya.
        Kegiatan merokok di kalangan pelajar sekolah dewasa ini kian membimbangkan. Kempen yang dijalankan oleh PPDa seperti tiada memberi kesan dan kesedaran buat mereka. Apa yang lebih membimbangkan apabila kegiatan merokok pelajar sudah bermula dari sekolah rendah lagi. Pelajar wanita yang merokok juga  dilihat semakin berkembang. Pihak sekolah juga berdepan dengan masalah disiplin pelajar yang semakin meruncing termasuk pelajar merokok.
        Pelbagai faktor yang menyebabkan gagalnya kempen sekolah kawasan bebas rokok. Antaranya ialah;
  1. Kurangnya ketegasan dan tindakan pihak sekolah ke atas perlaksanaan 'Sekolah Kawasan LaranganMerokok'.
  2. Terdapat segelintir guru, kakitangan dan para pelanggan sekolah yang tidak mematuhi larangan merokok di kawasan sekolah. 
  3. Budaya merokok sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat termasuklah di kalangan guru..
  4. KKM masih tidak melaksanakan ketegasan dalam kompaun terhadap sekolah, guru dan orang ramai mengikut Pekeliling Kesihatan Awam bil 1/1997.
  5. Menganggap rokok bukan masalah besar.
  6. Papan Tanda amaran 'Sekolah kawasan larangan merokok' tidak digeruni dan tidak diberi perhatian.
  7. Pelajar terdedah dengan bahaya rokok di sekolah dan di luar sekolah terutama di rumah.
  8. Pelajar mudah belajar dari pelakuan orang yang merokok. Mereka mula mencuba dan akhirnya rokok sudah tidak dapat dipisahkan dengan pelajar.
  9. Guru sebagai model, tetapi kekadang model yang merosakkan jika dia juga perokok tegar.
  10. Kempen Anti rokok atau Nafas Segar kurang berkesan dan menginsafkan. Bukan kegagalan isi programnya tetapi kesedaran dari masyarakat kita termasuklah guru.
         Hampir 70 % pelajar yang telah disoal selidik pada tahun ini di daerah Maran (seramai 374 oarang pelajar disoalselidik), merupakan perokok dan ada kalangan mereka ini sudah menjadi perokok tegar. Kita bimbang jika kecenderungan ini berterusan, maka usaha kita selama ini menemui kegagalan. Kita mengharapkan pihak pentadbiran sekolah terutama Guru Besar dan Pengetua, memberi ketegasan mereka dalam perkara ini. Pembasmian diperingkat awal, akan memberi kesan kepada para pelajar.
"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Rabu, 23 Jun 2010

Pekeliling Kesihatan Awam Bil 1/ 1997

Pekeliling Kesihatan awam ini telah diedarkan ke semua sekolah dan kita berharap mendapat tindakan yang positif daripada semua pihak. Ia menyatakan perlaksanaan penguatkuasaan terhadap rokok. Kita juga berharap pekeliling ini dapat diedarkan dan menjadi aktiviti dalam menangani masalah rokok di sekolah.
Antara Peraturannya ialah seperti;
  1. Sub-peraturan 6(1) - Kegagalan untuk mencetak amaran dilarang merokok seperti yang dikehendakki. (kompaun senayak RM 500
  2.  Peraturan 8 - Menjual hasil tembakau kepada orang di bawah umur 18 tahun (kompaun RM 200)
  3. Sun-peraturan 8A - Remaja dibawah umur 18 tahun ke bawah yang merokok atau mengunyah apa-apa hasil tembakau atau membeli atau memilki apa-apa hasil tembakau (kompaun RM50)
  4. Sub-peraturan 10(1) - Merokok di suatu tempat yang dilarang merokok (kompaun RM100)
  5. dan banyak lagi.
Diharapkan semua pihak mengambil perhatian. (sila dapatkan melalui muat turun)

Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004

Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004


Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 atau ringkasnya PPKHT 2004 telah digubal dibawah seksyen 36 Akta Makanan 1983 dan mula berkuatkuasa pada 24 September 2004. Selain memperuntukkan ketetapan kawasan larangan merokok, PPKHT 2004 juga mempunyai peruntukkan tertentu untuk mengawal pengiklanan hasil tembakau, larangan tajaan, larangan pengedaran sampel percuma, bilangan rokok dalam sesuatu bungkusan, pelebelan dan bentuk bungkusan paket rokok, tanggungjawab mempamer larangan penjualan hasil tembakau kepada orang belum dewasa dan beberapa peruntukan tambahan tempat-tempat dilarang merokok.


Bebaskan diri anda dari rokok..
"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Isnin, 21 Jun 2010

Pertandingan Penulisan Sajak PPDa Sempena Sambutan Hari Anti Dadah Antarabangsa 2010

Untuk makluman, Unit PPDa JPN Pahang dengan kerjasama PEMADAM Negeri Pahang akan menganjurkan pertandingan tersebut sempena Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa yang disambut pada 26 Jun setiap tahun.
           Sehubungan dengan itu, semua sekolah diminta untuk menyertai pertandingan penulisan sajak tersebut. Surat dan Syarat pertandingan akan dihantar ke sekolah dalam masa terdekat.

Tema Sajak : " 1Malaysia Membanteras Dadah"
Sajak mesti menggunakan Bahasa Melayu dan bertajuk

Kategori :
  1. Kategori Pelajar Sekolah Rendah
  2. Kategori Sekolah Menengah
  3. Kategori Dewasa (Guru, Kakitangan , Pegawai PPD & JPN

"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Sekolah Kawasan Larangan Merokok ( Pekeliling Ikhtisas Bil 5/1997)

Sekolah adalah kawasan bebas rokok. Kegiatan merokok di kalangan pelajar kini amat membimbangkan. Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dijalankan, semakin ramai pelajar yang merokok malah ada yang bermula sejak sekolah rendah. Jika perkara ini tidak dapat ditangani, ia mungkin membawa masalah yang lebih besar lagi seperti masalah disiplin, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

          Semua guru, kakitangan, ibu bapa atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah adalah dilarang dari menghisap rokok di kawasan sekolah. Larangan ini meliputi keseluruhan premis sekolah, sama ada di kawasan terbuka mahupun di dalam bilik atau tempat-tempat yang terselindung dari pandangan murid.
          Sehubungan dengan itu, semua sekolah diminta untuk menguatkuasakan Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok. Sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997 untuk perhatian dan tindakan semua pihak.
         Satu amkluman daripada Pejabat Kesihatan, pemantauan dan tangkapan boleh dibuat di premis sekolah seandainya terdapat guru atau kakitangan yang merokok di kawasan sekolah. Penilaian dan pemantauan kantin juga merangkumi hal rokok. Pejabat Kesihatan juga akan membuat tangkapan/ saman kompaun / notis terhadap pelajar yang merokok di luar kawasan sekolah. Minta semua ambil perhatian.
Kerjasama yang berikan dalam perkara ini sangat dihargai.



"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Biodata Guru PPDa sekolah-sekolah Daerah Maran 2010

Semua sekolah Daerah Maran telah diminta untuk menghantar Biodata dan gambar Guru-guru PPDa Daerah Maran 2010 bagi tujuan penstrukturan dan pengurusan PPDa Maran. Namun begitu masiha ada sekolah yang belum menghantar Biodata tersebut pada tarikh akhirnya 4 Jun 2010. Diharapkan guru PPDa yang belum menghantar, dapat menghantar biodata tersebut seberapa segera yang mungkin.
     Bagi yang telah menghantar, kami ucapkan ribuan terima kasih. Sila rujuk halaman Guru-guru PPDa Maran 2010.



Biodata Gur"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Lorong PPDa SMK Cedung Jaya

"Sekolah Bebas Dadah 2012"

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...