Dedikasi untuk PPDa. 1 MALAYSIA KE ARAH BEBAS DADAH
Isnin, 3 Mac 2014
Sabtu, 22 Februari 2014
TAKLIMAT DAN BENGKEL BIOFEEDBACK GURU PPDA DAN GURU KAUNSELING DAERAH MARAN 2014
Selasa, 18 Feb.- Satu lagi program anjuran daripada Unit PPDa melibatkan guru PPDa dan guru Kaunseling sekolah menengah tentang teknik penggunaan alat biofeedback ( emwave). Ianya merupakan salah satu kaedah intervensi dalam rawatan memulihkan pelajar yang bermasalah dalam pengambilan dadah. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Universiti Malaysia Pahang dan merupakan projek perintis dalam Malaysia bagi daerah Maran khususnya.
Penceramah yang menyampaikan taklimat dan bengkel ini iaitu Prof. Madya Dr. Muhammad Nubli bin Abdul Wahab , Pusat
Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan UMP .yang dibantu oleh Encik Lokman dan Encik Aiman Atta. Program ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan guru kerana kecanggihannya dapat menerangkan emosi individu dalam apa jua keadaan. Program ini juga dihadiri oleh Encik Abdullah Sani , Encik Wan Muhammad Azan dan Encik Sabaruddin dari Unit PPDa Jabatan Pendidikan Pahang. Turut hadir juga Pegawai Khas Dadah Daerah iaitu Encik Faiz, Encik Lukman , Encik Nasir dan Encik Emirul.
Sesi taklimat ini diakhiri dengan membuat praktikal terhadap pelajar dari SMK Maran dan SMK Maran 2. Alat ini mampu mengubah seseorang daripada tingkat laku negatif kepada positif. Difahamkan harga satu set alat ini mencecah kepada ribuan ringgit. Terima kasih kepada pihak yang bertanggungjawab dalam membawa program ini ke daerah Maran khusunya kepada Universiti Malaysia Pahang. Syabas dan tahniah kepada warga pendidik daerah Maran kerana bertuah mendapat alat ini dengan percuma. Diharapakan ianya dapat manfaatkan dengan baik agar masalah disiplin dalam kalangan pelajar akan menjadi bertambah baik pada masa akan datang.
PERUTUSAN SAMBUTAN MINGGU ANTIDADAH 2014
PERUTUSAN
PENGARAH PENDIDIKAN PAHANG
SEMPENA
HARI ANTIDADAH
KEBANGSAAN
TAHUN 2014
19 FEBRUARI 2014
PERUTUSAN
SEMPENA
HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN
19 FEBRUARI 2014
________________________________________________
Assalammualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
1.
Bersyukur
kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas limpah kurnia-Nya maka dapat kita berhimpun
bagi mengadakan sambutan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan tahun 2014. Pada setiap tahun, tanggal 19 Februari, kita mengadakan sambutan ini
untuk menunjukkan bahawa kita sentiasa komited untuk meneruskan usaha memerangi
gejala dadah daripada terus berleluasa sama ada di dalam mahupun di luar
kawasan sekolah. Komitmen untuk membendung ancaman dadah ini perlu diteruskan bagi
memastikan bangsa dan negara kita bebas daripada ancaman musuh nombor satu
negara ini.
2.
Sempena Hari
Antidadah Kebangsaan ini, saya dengan penuh harapan ingin mengajak semua
warga pendidik bersama-sama menjayakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
di sekolah masing-masing. Program Pendidikan Pencegahan Dadah yang meliputi
pendidikan pencegahan dan intervensi bagi membebaskan warga sekolah bebas daripada
bahaya dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/AIDS. Semoga segala usaha yang
dilaksanakan oleh warga pendidik ini akan dapat merealisasikan agenda kerajaan iaitu
Negara
Bebas Dadah 2015.
Tuan-tuan/puan-puan dan murid-murid sekalian,
3.
Sesungguhnya
tindakan pencegahan dan membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid dilaksanakan
melalui aktiviti-aktiviti yang berfokus kepada pembinaan jati diri dan sahsiah murid.
Melalui aktiviti yang berfokus, diharapkan akan terbinalah disiplin kendiri
yang kental dan budi pekerti mulia serta terpuji dalam diri setiap murid. Semua
murid perlu diberikan pengetahuan mengenai bahaya dadah secara terancang dari
masa ke semasa. Ilmu pengetahuan mengenai bahaya dadah ini haruslah kekal di
dalam diri murid-murid bukan sahaja ketika di alam persekolahan tetapi juga
setelah tamat persekolahan.
4.
Faktor utama
yang menentukan kejayaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah adalah bergantung
kepada kerjasama dan komitmen semua pihak, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sendiri
termasuklah komuniti yang terlibat dengan sekolah. Pelaksanaan
aktiviti-aktiviti pendidikan pencegahan dadah bukan sahaja bermatlamat
membanteras penyalahgunaan dadah tetapi turut membuka peluang kepada murid-murid
untuk menonjolkan bakat dan potensi diri masing-masing melalui pelbagai aktiviti
yang disediakan.
5.
Ancaman
dadah kepada murid-murid merupakan satu cabaran yang perlu ditangani secara
bersungguh-sungguh demi melonjakkan sistem pendidikan negara ke arah negara
maju menjelang tahun 2020. Ini adalah selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, menerusi anjakan ke – 3 iaitu bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai dan anjakan ke – 10 yang
memberi tumpuan kepada kemenjadian dan keberhasilan murid bagi memastikan
setiap murid mencapai potensi sepenuhnya.
6.
Perkara
yang amat membimbangkan Kementerian
Pendidikan Malaysia ialah apabila murid-murid tidak mendapat maklumat yang
tepat dan betul. Mereka akan mendapat maklumat yang salah daripada rakan sebaya
mereka
atau melalui pengaruh luar. Kajian yang dijalan oleh Unit PPDa, KPM
pada tahun 2013 di sekolah-sekolah seluruh negara mendapati masalah penagihan
rokok adalah masalah utama di sekolah-sekolah pada hari ini. Berdasarkan soal
selidik yang diedarkan, kepada seramai
34290 orang responden, 61peratus responden mengaku pernah merokok dan seramai 37 peratus daripada jumlah yang pernah merokok tersebut masih terlibat dengan penagihan rokok atau diklasifikasikan sebagai perokok tegar. Rokok yang dikenali sebagai ‘dadah pembuka jalan’ akan mencetuskan laluan ke arah penagihan dadah.
34290 orang responden, 61peratus responden mengaku pernah merokok dan seramai 37 peratus daripada jumlah yang pernah merokok tersebut masih terlibat dengan penagihan rokok atau diklasifikasikan sebagai perokok tegar. Rokok yang dikenali sebagai ‘dadah pembuka jalan’ akan mencetuskan laluan ke arah penagihan dadah.
7.
Masalah penyalahgunaan
dadah pada masa kini semakin rumit dan telah melibatkan semua peringkat umur.
Golongan remaja adalah sasaran utama para pengedar dadah yang sentiasa berusaha
untuk meraih keuntungan yang mudah dan berlipat ganda. Murid-murid sekolah tidak terkecuali dalam
agenda para pengedar dadah ini. Keadaan ini menjadi lebih serius disebabkan
pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Di
samping itu, kes-kes penyeludupan dan pengedaran dadah juga semakin berleluasa
seperti yang didedahkan dalam media massa. Keadaan ini menyebabkan murid
sekolah sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut
terlibat. Berdasarkan kepada data ujian urin pada tahun 2013, seramai 44,033 orang murid
sekolah menengah telah diuji. Keputusan daripada ujian urin tersebut, seramai 1,056
orang didapati positif ujian urin. Angka tersebut menunjukkan 2.40 peratus
daripada murid yang diuji telah terlibat mencuba dadah. Lebih membimbangkan 88
peratus daripada murid yang positif tersebut, terlibat mencuba dadah jenis sintetik.
Ini bermakna semua pihak perlu memainkan peranan secara bersungguh-sungguh
dalam usaha memerangi gejala ini daripada terus berleluasa dan bermaharajalela.
8.
Oleh yang demikian, saya menyeru agar semua pihak mempergiat
usaha secara berterusan dalam memberikan pendidikan pencegahan awalan kepada murid-murid.
Saya percaya bahawa usaha-usaha tersebut mampu membimbing mereka untuk mengelakkan
diri daripada terjebak dengan gejala penyalahgunaan dadah. Pencegahan penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid
sekolah mempunyai kaitan rapat dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
meningkatkan lagi taraf dan kualiti pendidikan. Sesungguhnya, murid-murid hari
ini adalah generasi pemimpin negara pada masa depan yang perlu memiliki kualiti
tinggi dalam aspek pemikiran analitik, kritis, kreatif dan seterusnya mampu
membuat keputusan dan menyelesaikan pelbagai masalah.
Tuan-tuan/puan-puan dan murid-murid sekalian,
9.
Semua warga pendidik perlu memainkan peranan
masing-masing untuk memastikan tidak ada seorang pun warga sekolah terlibat
dengan dadah. Pentadbir sekolah, perlu
melihat gejala penyalahgunaan dadah
sebagai perkara yang serius dan perlu sentiasa diberi perhatian. Sesungguhnya,
mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya.
10.
Kita tidak boleh membiarkan masalah dadah menggugat
proses pembelajaran, keselamatan dan kesejahteraan murid-murid ketika di
sekolah. Justeru, pihak sekolah perlu mengenal pasti tanda-tanda awal yang
boleh menjadi penyebab murid-murid terpengaruh dengan dadah. Gejala ponteng,
merokok, mengambil alkohol adalah tanda-tanda awal yang perlu dibenteras agar
murid-murid yang terlibat dapat dikawal dan tidak beralih kepada mencuba dadah
dan juga inhalan.
11.
Matlamat aktiviti
Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah bertujuan memberi pengetahuan, kesedaran
dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa tentang
bahaya penyalahgunaan dadah. Aktiviti yang dilaksanakan di semua sekolah bagi
memastikan warga sekolah berusaha menjauhi ancaman dadah. Saya
sedar tugas dan tanggungjawab memerangi masalah dadah ini amat berat dan
mencabar. Oleh itu, penglibatan
dan kerjasama daripada pelbagai agensi harus dipertingkatkan dari semasa ke
semasa. Ini adalah kerana pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah amat
memerlukan kerjasama yang bersepadu dengan pelbagai agensi seperti Agensi
Antidadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Saya
yakin dengan kerjasama daripada semua pihak agenda membebaskan sekolah daripada
ancaman dadah akan terus terlaksana dan sudah pasti murid-murid yang kita
bentuk di sekolah pada hari ini akan mampu mengguna pakai ilmu yang diperolehi ini
buat selama-lamanya walaupun setelah tamat alam persekolahan nanti.
Tuan-tuan/puan-puan dan murid-murid sekalian,
12.
Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua warga pendidik dan
murid-murid agar sentiasa berusaha untuk mengekang pengaruh dadah di sekolah
dengan mengambil pendekatan pendidikan pencegahan dan pendidikan intervensi
secara serius serta terancang. Semoga
dengan kerjasama daripada semua pihak dalam memerangi penyalahgunaan dadah ini
akan dapat memastikan generasi muda kita bebas daripada pengaruh dadah.
Sesungguhnya, usaha yang kita laksanakan ini adalah untuk kebaikan dan
kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara sejajar dengan matlamat Negara
Bebas Dadah 2015.
Sekian, terima kasih.
Khamis, 20 Februari 2014
PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH 2014 ( TEKAD )
PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH 2014
( TEKAD )
TARIKH : 28 HINGGA 29 2014MASA 8 PAGI HINGGA 5 PETANG
JUMLAH PESERTA : 358 ORANG
SYARIKAT TERLIBAT :
1) INTRA HARTA SDN BHD
2) PERKASA FORCE SDN BHD
3) KUKUH SAGA SDN BHD
4) HORNET SDN BHD
5) ALIFYA SDN BHD
Selasa - Tahniah kepada semua peserta yang terdiri daripada pengawal keselamatan sekolah daerah Maran kerana berjaya menghadiri program yang dianjurkan oleh Unit PPDa Maran dengan jayanya. Dengan kerjasama unit aset harta modal dan lain - lain agensi luar seperti AADK daerah Maran, Pejabat Kesihatan Daerah Maran, Ibu Pejabat Polis Daerah Maran dan Unit Farmasi Daerah Maran.
Foto Program
Penceramah dari Unit Farmasi Kesihatan Daerah Maran Encik Mohd Adib
Peserta kursus tekun mendengar ceramah
Peserta terdiri daripada pengawal keselamatan sekolah
Peserta menerima lampiran maklumat
Peserta menerima hadiah dalam sesi soal jawab
Ujian urin terhadap pengawal keselamatan daripada AADK Maran
SELAMAT DATANG KEPADA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MARAN
SELAMAT DATANG!!!
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MARAN. Puan Asiah Binti Hamzah telah melaporkan diri beliau di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang pada 17 Februari dan hadir pada hari pertamanya ke Pejabat Pendidikan Maran pada hari berikutnya 18 Februari dengan gembiranya. Seluruh warga PPD Maran sangat mengalu-alukan kedatangan beliau. Kehadiran pegawai baru ini yang telah lama dinanti-nantikan oleh warga PPD Maran akhirnya telah menceriakan kembali suasana dalam kalangan pegawai dan staf PPD. Semoga Puan Asiah dapat melaksanakan tugas beliau dengan cemerlang, dedikasi, efisisen dan terbaik dalam suasana yang gembira. Kami warga PPD Maran akan sentiasa membantu dan mendoakan agar Puan Asiah sentiasa bergembira selalu.
Lawatan muhibah Puan Asiah bersama Encik Zul ke Laluan PPDa PPD Maran
Sesi perkenalan diantara Puan Asiah dengan staf dan pegawai
Puan Asiah memperkenalkan diri beliau kepada semua staf PPD Maran
Isnin, 22 April 2013
LAWATAN PENANDA ARAS BILIK SUMBER PPDa KUALA KEDAH
Langkawi 22 Mac, - Seramai 40 orang wakil dari JPN Pahang Unit PPDa telah membuat lawatan penanda aras ke bilik sumber PPDa di SK Haji Ismail Kuala Kedah dan SMK ayer Hangat Langkawi. Lawatan tersebut adalah selama 4 hari 3 malam melibatkan Ketua Unit PPDa JPNP , En Abdullah Sani, Pen Pengarah Unit PPDa En Wan Muhammad Azan , dan Penolong Ketua Unit PPDa En Sabaruddin. Ini termasuk sebelas PKD PPDa setiap daerah bersama Ketua Unit SPK Daerah seramai tiga orang. Turut serta juga guru penyelaras cemerlang PPDa yang telah menang pertandingan bilik sumber dan sudut/lorong sumber PPDa 2013 peringkat negeri. Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih jauh lagi hasil bilik dan sudut sumber ini dibuat. Selain dari habuan atau hadiah bagi guru penyelaras sekolah yang menang , ianya juga untuk mengeratkan lagi ikatan jalinan dan jaringan atara dua negeri serta bertukar-tukar pandangan serta pendapat.
Selain itu juga, perkongsian idea dan pengalaman diantara guru-guru penyelaras yang telah menang di peringkat kebangsaan juga dilakukan bagi menjadi perangsang sekolah yang lain. Mendengar ulasan dari Ketua Unit PPDa En Abdullah Sani, beliau mengharapkan suatu masa nanti setiap sekolah akan ada bilik "one stop centre" bagi mencapai visi dan juga misi PPDa serta dengan program yang diadakan di semua peringkat akan membantu generasi di masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada sekolah yang menang dalam pertandingan pringkat negeri 2013 baru-baru ini, dan diharapkan sekolah lain akan terus memperkasakan dan memperhebatkan lagi bilik atau sudut sumber ppda.
Lawatan ke SK Haji Ismail Bilik Sumber PPDa
Bilik Sumber bagi kategori sekolah rendah
En Abdullah Sani menyampaikan fokus strategi kepada peserta
Penyampaian cenderahati kepada Pengetua SMK Ayer Hangat
Bilik Sumber kategori sekolah menengah
Salah satu sudut kreatif bilik sumber
Pengawas PPDa SMK Ayer Hangat
Langgan:
Catatan (Atom)
KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014
SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH ...

-
SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH ...
-
Urin yang positif Methapetamin (Syabu) Air kencing yang diuji. Ujian Urin telah diadakan di semua sekolah menengah. Bagi Da...
-
Dalam memastikan program PPDa berjalan dengan mantap, pihak sekolah haruslah memastikan pengurusan PPDa berfungsi di sekolah masing-masing. ...