Sabtu, 16 Februari 2013

MESYUARAT PENGURUSAN GURU PPDa 2013 DAERAH MARAN DAN LAWATAN PENANDA ARAS ONE STOP CENTRE DI SMK MARAN 2.

Khamis, 7 Feb. Tahniah diucapkan kepada semua warga SMK Maran 2 kerana Bilik Sumber PPDa telah menjadi 'Iconik' seterusnya merupakan 'one stop centre' di peringkat kebangsaan. Dalam ucapan En Wan Muhammad Azan Unit PPDa JPN SMK Maran telah menjadi Johan di peringkat kebangsaan pada tahun 2008 yang masih lagi mengekalkan suasana kejuaraannya sehingga kini. Seramai 70 orang guru PPDa di Daerah Maran telah menghadiri mesyuarat dan seterusnya membuat lawatan ke bilik sumber PPda SMK Maran2. Turut hadir dalam majlis itu En Baharum bin Hj Samat PPD Maran dan En Burhanuddin bin Hj Hashim Ketua Unit SPK PPD Maran amat mengkaguminya. Beliau berpesan kepada semua guru agar memperhebatkan lagi bilik dan sudut/lorong PPDa di sekolah masing-masing supaya semuanya akan masuk bertanding dan menang. Dalam taklimat Pn Norhayati Pengetua SMK Maran 2, rahsia menjadi kejayaan ini adalah semangat kerjasama dan gabungan kreativiti dari semua warga sekolah serta minat yang sangat tinggi. Syabas sekali lagi kepada warga SMK Maran 2 yang masih terus mengekalkan suasana tersebut. Nasihat dari PPDa Maran jadikan SMK Maran 2 sebagai idola dan rujukan kepada sekolah -sekolah lain yang ingin bertanding pada masa akan datang. Bagi mereka yang ingin membuat lawatan ke sekolah ini boleh hubungi terus ke pengetua SMK Maran 2.

 En Baharum menyampaikan pesanan kepada guru PPDa 

 Guru PPDa sesi 2013 yang tiba mengambil tempat 

 Turut hadir En Sabaruddin dari Unit PPDa JPN 

 PKD Maran menyampaikan cenderahati kepada PPD diiringi oleh EN Burhanuddin KU Unit SPK

 Guru PPDa membuat lawatan di Bilik Sumber 

 Bersama dengan En Wan Muhammad Azan Unit PPDa JPN 

 Guru PPDa mendengar taklimat PPDa

 Salah satu sudut yang ada di SMK Maran 2 

 Simulasi kubur 'si penagih'

 Suasana di dalam bilik sumber 

 Guru membaca info dalam bilik sumber PPDa

Sesi bergambar Guru PPDa 2013 

Selasa, 5 Februari 2013

Info PPDa :

1)  MESYUARAT PENGURUSAN PPDa KALI 1/2013
     Tempat : SMK Maran 2 ( Dewan )
     Masa    : 8.30 pagi ( daftar )
     Tarikh   : 7 Februari 2013

      p/s : Sila bawa Senarai Semak Khidmat Pengurusan PPDa 2012 dan buku perancangan PPDa Sekolah.

2)  Ujian Urin Sekolah Menengah akan diadakan bermula pada tarikh 18 Februari 2013. Sila semak email sekolah masing untuk muat turun surat dan lain -lain borang. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai PPDa . Terima kasih.

MESYUARAT PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH KALI 1/2013
PERINGKAT NEGERI 2013.


 Ucapan yang disampaikan oleh Ketua Sektor SPK Tn Hj Raauf B Hj Jali

 Mesyuarat dipengerusikann oleh En Abdullah Sani bin Abdul Rahman Ketua UNit PPDa


       Selasa, 22 Jan. Semua Pegawai Khas Dadah setiap daerah telah menghadiri satu mesyuarat penyelarasan pengurusan Unit PPDa bersama dengan Ketua Sektor SPK iaitu Tuan Haji Raauf Bin Haji Jali. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En Abdullah Sani bin Abdul Rahman Ketuan Unit PPDa JPN turut dihadiri En Wan Muhammad Azan bin Wan Jaafar Pen. Pengarah dan En Sabaruddin bin Ghazali Penyelia Kanan Unit PPDa JPN. Dalam ucapan yang disampaikan oleh ketua sektor, beliau mengharapkan semangat kerjasama yang ada dalam Unit PPDa ini dapat diteruskan sehingga keperingkat guru dan murid agar dapat bersama -sama membanteras gejala dadah di negri Pahang. Mesyuarat ini diadakan selama 2 hari di Bilik Ibnu Khaldun Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Syabas dan tahniah kepada semua PKD yang telah menjaya semua aktiviti sepanjang tahun 2012. Unit PPDa juga mengucapakan selamat menjalankan tugasan yang baru kepada mantan PKD Daerah Rompin yang telah bertukar Unit Hem iaitu En Mohd Esam Bin Yahaya. Beliau difahamkan mengambilalih tugas ini disebabkan persaraan pegawai Hem yang telah bersara pada bulan November 2012. Semoga tugas dan cabaran yang akan ditempuhi oleh beliau akan memantapkan intigriti diri, Insyaallah.


Mantan PKD Daerah Rompin yang telah bertukar jawatan HEM PPD Rompin, 
En Mohd Esam Bin Yahaya 

LOGO PPDa TERKINI


Assamualaikum, salam 1 Malaysia, salam PPDa kepada semua warga PPDa negeri Pahang. Unit PPDa kini telah menukar logo PPDa yang baru bagi menggantikan yang lama. Logo yang baru ini berasaskan visi dan misi PPDa JPN Pahang 'SEKOLAH BEBAS DADAH 2015' yang akan digunakan disemua peringkat. Tidak banyak perubahan pada logo tersebut. Visi yang ada pada logo itu telah dikeluarkan menampakkan ianya lebih mantap. Terima kasih serta tahinah kepada En Wan Muahmmad Azan bin Wan Jaafar dan En Abdullah Sani bin Abdul Rahman  yang bertanggungjawab terhadap logo seperti ini. Diharapkan akan datang agar setiap daerah mempunyai logo PPDa di daerah masing-masing.

Khamis, 31 Januari 2013

Pertandingan Bilik sumber/lorong PPDa Peringkat Daerah Maran 2012


Penyampaian cenderahati kepada Pegawai AADK Maran yang turut terlibat 
dalam menilai bilik sumber dan sudut/lorong PPDa peringkat daerah.

Penjara yang ada dalam bilik sumber SMK Seri Jengka 

 Sudut info antidadah di SMK Seri Jengka 

 Lorong mesteri yang adalah bilik sumber SK Chedong Jaya 

 PKD Maran menyemak fail PPDa SK Serengkam 

 Sesi lawatan ke sudut/lorong PPDa yang ada di SK Serengkam 

 Menyemak fail lorong PPDa di SMK Maran di bantu oleh G9 

 Pintu hadapan Lorong PPDa di SMK Maran 

 Gua Keinsafan PPDa yang ada di SMK Maran 

 Papan info PPDa yang ada di lorong SMK Maran 

Infi tambahan PPDa yang ada di lorong SMK Maran 

Pertandingan bilik sumber/lorong PPDa peringkat daerah Maran 2012 telah pun selesai dilaksanakan. Walaupun jumlah sekolah yang menyertai kurang, tetapi semangat setiap sekolah yang ditampilkan tidak luntur. Syabas dan tahniah kepada sekolah yang berani dan bersemangat menyahut cabaran yang diberikan. Pertandingan seperti ini merupakan program wajib dilaksanakan tiap - tiap tahun sama ada di peringkat kebangsaan, negeri mahupun daerah. Sebanyak 4 kategori yang tetapkan iaitu Bilik sumber PPDa bagi sekolah rendah dan menengah  serta sudut/lorong PPDa bagi sekolah rendah dan menengah. Kesemuanya adalah 6 buah sekolah yang bertanding mengikut kategori masing-masing iaitu  SMK Seri Jengka ( Bilik sumber), SMK Maran ( Lorong ) , SMK Jengka 6 ( Bilik Sumber ) , SK Chedong Jaya ( Bilik Sumber ), SK Serengkam ( Lorong ) dan SJKC Sri Jaya ( Lorong). Sekolah yang menang dalam pertandingan ini akan mewakili daerah untuk ke peringkat negeri yang bermula pada Mac 2013. Harapan PPD Maran semoga sekolah yang akan mewakili daerah akan berjaya di peringkat negeri seterusnya kebangsaan bagi manaikkan nama Daerah Maran , Insyaallah.

Ahad, 18 November 2012

Akibat Dadah, Anakpun Sanggup dibunuh.

KUANTAN 17 Nov 2012 - Seorang bapa yang dipercayai mengalami gangguan halusinasi akibat pengaruh dadah bertindak menyembelih anak perempuannya berusia 11 bulan 20 hari hingga mati di rumah mereka di Felda Panching Selatan, dekat sini, malam tadi.
      Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, suspek berusia 28 tahun bertindak mengelar leher anaknya, Nor Amirah menggunakan sebilah parang berukuran 44 sentimeter dalam sebuah bilik tidur sebelum kejadian disedari ibu mangsa berusia 26 tahun yang kebetulan berada di rumah ketika kejadian.
     Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, isteri suspek yang ternampak suaminya keluar bilik dengan memegang parang berlumuran darah segera mendapatkan bayinya itu, bagaimanapun mangsa sudah terbaring kaku di atas katil dengan kesan kelar di leher.
      Menurutnya, ibu mangsa segera memaklumkan kejadian kepada keluarga, manakala suspek yang tertekan dengan perbuatannya itu difahamkan sempat menghubungi talian kecemasan 999 meminta bantuan untuk menghantar anaknya ke hospital.
     “Sejurus mendapat maklumat berhubung kejadian, anggota polis dikerah ke rumah suspek untuk menjalankan siasatan dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.“Ketika itu hanya ibu dan abang mangsa berada di rumah, manakala suspek dibawa keluarga untuk menyerah diri di Balai Polis Jaya Gading dekat sini,” katanya ketika dihubung.
     Mohd Jasmani berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan, polis menemui dan merampas parang yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut. “Susulan kejadian, polis berjaya menahan suspek di sebuah persimpangan lampu isyarat Batu 10 dekat sini ketika berada dalam kereta bersama adik dan bapanya. “Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut,” katanya.
      Beliau berkata, hasil semakan rekod mendapati suspek memiliki tiga rekod jenayah lampau membabitkan kes merusuh mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 377C KK kerana melakukan seks luar tabii dan curi dalam bangunan mengikut Seksyen 380 KK.“Hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah,” katanya.
      Menurutnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 KK.
 
Ujian Urin mengenal pasti dadah yang diambil. 2 'line' petanda positif dadah
    
    Inilah akibatnya jika menjadi hamba dadah. Syabu dan amfetamin dikatakan dadah yang diambil meyebabkan halusinasi melampau. Cuba kita bayangkan apa akan terjadi jika anak-anak pelajar kita mengambil syabu? Suatu yang amat membimbangkan kerana Ujian Urin dan tangkapan pelajar memperlihatkan bahawa dadah jenis syabu paling ramai diambil oleh pelajar. Malah kita merasa cukup menakutkan apabila kadar pelajar yang mengambil meningkat sekali ganda bukan sahaja di daerah Maran malah diperingkat kebangsaan. Itu yang dapat dikesan, apa pula terjadi kepada pelajar yang mencuba tapi terlepas atas alasan 'masa' atau tidak hadir ke sekolah?
    Adalah diharapkan semua sekolah dapat meningkatkan pendidikan kesedaran kepada para pelajar. Trend dadah mula berubah. Jika dulu ganja, gam dan ketum, kini dadah kimia seperti syabu dan amfetamin menjadi pilihan remaja atas beberapa faktor. Jika dulu mereka yang mencuba dadah akan ponteng sekolah, tapi kini ada kaki ponteng yang pergi sekolah kerana mencuba dadah syabu ini. Mereka boleh tahan tidur selama beberapa hari, boleh berjaga hingga ke siang dan boleh datang ke sekolah hingga dos syabu ini habis. Bila dos syabu habis, maka mereka rasa penat dan tidur. Jika datang sekolah, mereka akan tidur dalam kelas. Jika mereka berada di rumah, maka mereka akan tidur seharian.
     Awasi anak-anak kita dari dadah.
 
 

Rabu, 17 Oktober 2012

Pegawai PPDa Daerah Maran : Encik Akmal Syah bin Mohamad

Encik Akmal Syah, kini Pegawai Khas PPDa Daerah Maran
 
En Akmal Syah bin Mohamad kini telah dipertanggungjawabkan sebagai Pegawai PPDa Daerah Maran yang baru menggantikan En Mohd Jasmi bin Jaafar. Kekosongan jawatan tersebut selama setahun tidak merencatkan program PPDa di daerah Maran. Encik Mohd Jasmi sendiri telah menjalankan tugas PPDa sehingga kemasukan En Akmal Syah walaupun telah bertukar portfolio ke Unit Pengurusan Kualiti pada April 2011. unit Pengurusan Kualiti pula adalah unit baru di PPD Maran.
     Diharapkan PPDa di Daerah Maran terus mantap dan usaha ini tentunya tidak akan berakhir. Encik Akmal Syah pernah bertugas sebagai guru Matematik di SK Serengkam selama hampir 12 tahun. Kehadiran belia ke PPD Maran, menyuntik semangat baru kepada guru-guru PPDa daerah.
     Bagi Encik Mohd Jasmi pula, beliau merasakan lebih mempunyai kekuatan dalam membantu pengurusan PPDa daerah Maran. Dengan kemasukkan Encik Akmal Syah, maka adanya pegawai baru yang dapat meneruskandan memantapkan  agenda serta 'trademark' daerah Maran dalam PPDa.Beliau sendiri akan terus melibatkan diri dalam program PPDa seterusnya membantu Encik Akmal Syah bagi penambahbaikan dan rujukan.
 
En Jasmi kini sebagai Pnolong Pegawai Pelajaran Daerah Maran di Unit Pengurusan Kualiti.
 


KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...