Dedikasi untuk PPDa. 1 MALAYSIA KE ARAH BEBAS DADAH
Khamis, 3 November 2011
Kem Intensif- SHIELDS Peringkat Negeri Pahang 2011
Wakil Pegarah AADK Pahang, En Faizal (tengah), En Sabaruddin dari Jabatan Pelajaran Pahang (kanan) dan En Ahmat Pesta, Ketua Urusetia Program SHIELDS-AADK (kiri).
Berlatarbelakangkan Gua Gunung Senyum. Cukup menarik.
Peserta mengangkat ikrar sumpah tidak terlibat dengan dadah.
Program ini telah diadakan pada 19 hingga 21 Oktober 2011 di Hutan Lipur Gunung Senyum, melibatkan seramai 40 orang peserta di kalangan pelajar.Bertujuan sebagai program pemulihan dan kesedaran kepada pelajar agar tidak terjebak dengan najis dadah. Keseluruhannya, program ini berjaya memantap jati diri peserta. Terima kasih kepada seluruh peserta, urusetia, fasilitator, penceramah, pegawai AADK dan PKD yang terlibat.
Mesyuarat Urusetia Penyelarasan Program Alumni Sahabat PPDa Petronas Kebangsaan 2011 di Bukit Gambang Resort
Bukit Gambang Hotel
Mesyuarat Urusetia
Turut bersama ialah Ketua Unit PPDa KPM, Tuan Hj Badrul Hisham b. Abd Karim(2 dari kiri) dan Pegawai Pengelola PPDa KPM, En Ahmad Hashimi (nombor 1 dari kiri).
Pegawai-pegawai PPDa negeri Pahang (urusetia) sedang bersiap untuk lawatan tapak.
Persiapan dewan
Lawatan kerja ke tapak program
Satu mesyuarat Penyelarasan dan urusetia telah dilaksanakan pada 11 hingg 13 Oktober 2011 di Bukit Gambang Resort, Kuantan. Ia bertujuan untuk menyelaras perlaksanaan program kebangsaan yang akan berlang sung pada 15 hingga 17 November 2011 yang akan dihadiri oleh semua sahabat PPDa-Petronas dari seluruh negara. Majlis Alumni dijangka dihadiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Ketua Pengarah Bahagian sekolah Harian KPM, Pengarah Pelajaran Pahang dan pegawai kanan PPDa dari seluruh negara.
Selasa, 25 Oktober 2011
Tahniah dan Syabas SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor
Para penilaian sedang meneliti dan bersoaljawab berkaitan PPDa
Replika Kubur di Lorong PPDa SMKTAAC
PPDa Maran mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua warga SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor termasuklah komuniti setempat yang telah berjaya mengadakan Hari Terbuka PPDa SMKTAAC bersempena Lawatan Penilaian Lorong PPDa Kebangsaan 2011 pada 19 Oktober 2011 baru-baru ini. Usaha bersepadu, membuahkan hasil yang baik. Walaupun belum dipastikan kedudukan 'Ranking' penilaian, namun usaha sepakat antara guru, pelajar, PIBG, balai Polis Chenor, Tok Penghulu dan agensi terlibat seperti AADK, Kesihatan, PDRM dan DIC, menampakkan kekuatan PPDa di SMKTAAC.
Sebagai sebuah sekolah yang terletak di kawasan perkampungan tradisional, kehebatannya tetap setaraf dengan sekolah di tengah kota. Apa yang telah dilaksanakan di sekolah, telah membuka mata banyak pihak tentang pentingnya penglibatan semua komuniti dalam menangani masalah sosial pelajar terutamanya yang berkaitan dengan dadah, rokok, inhalan, dan seks bebas. Lorong PPDa SMKTAAC telah berjaya membawa aspirasi warga sekolah dalam menentang dadah secara habis-habisan. Kesungguhan Pengetua, guru-guru, warga kerja dan pelajar telah menyuntik satu semangat perjuangan malah usaha ini dapat membuka mata banyak pihak.
Ketibaan para penilai Lorong Sumber PPDa daripada KPM telah disambut oleh Pengetua, guru-guru, pelajar, PIBG, Ketua Balai Polis Chenor, wakil AADK, Pengetua SM Teknik Pertanian, dan keseluruhan warga sekolah. Mereka diiringi dengan paluan kompang dan seterusnya menerima tabik hormat dan kawad kaki Anti dadah dari Unit Uniform SMKTAAC. Seterusnya ucapan aluan Pengetua dan diikuti persembahan Seni Silat oleh para pelajar. Seterusnya upacara Gimik telah diadakan dengan pelepasan banting PPDa oleh ketua penilai. Majlis diserikan lagi dengan upacara pelepasan burung pipit sebagai simbolik kepada kebebasan daripada najis dadah. Seterusnya adalah lawatan ke Lorong Sumber PPDa dan yang pastinya penilaian terakhir daripada para juri.
Para pelajar di Kelas Pendidikan Khas
Satu perkara yang agak menyentuh kalbu, apabila para juri telah dibawa ke Kiosk PPDa di Kelas Pendidikan Khas. Para pelajar Pendidikan Khas juga tidak dipinggirkan dengan PPDa. Satu Kiosk PPDa telah diletakkan di kelas mereka dan dapat memberi maklumat berguna kepada mereka.
Kiosk PPDa di Kelas Pendidikan Khas
Kiosk PPDa juga terdapat di Pusat Sumber sekolah. Ini bagi memastikan PPDa memberi input keilmuan dan sebagai satu bentuk pengetahuan kepada seluruh komuniti sekolah. Selain itu, SMKTAAC juga berbangga dengan adanya Program Duta PPDa iaitu pelajar terlibat membuet hebahan dan penerangan di sekolah-sekolah berhampiran dan juga di Pasar Malam atau 'Pekan sehari'.
Usaha telah dilaksanakan. Kalah menang bukan keutamaan. Namun kepuasan PPDa dapat membawa demensi baru kepada sekolah. SMKTAAC cemerlang apabila tiada seoarangpun pelajarnya dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak program PPDa diperkenalkan. Malah dalam Ujian Urin 2011 awal tahun dulu, hanya 3 orang pelajarnya yang mengaku menghisap rokok. Tahniah dan syabas kepada pihak sekolah. Diharapkan usaha murni ini dapat membawa kejayaan dan kecemerlangan kepada semua yang terlibat.
Sambutan Penilaian Lorong Sumber PPDa Kebangsaan 2011 di SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor
Kawad Kaki Antidadah
Silat antidadah
Pelajar-pelajar turut menyambut
Banting PPDa hasilan pelajar tergantung menarik.
Melepaskan burung sebagai simbolik kebebasan daripada dadah
Duta PPDa (pelajar) memberi penerangan
Penilaian bermula
Encik Loh tertarik dengan Piala Johan lorong PPDa Pahang.
Penilaian akhir.
Khamis, 20 Oktober 2011
Kem Sayangi Diri Elak Dadah Selamanya (SHIELDS) Negeri Pahang 2011
Program ini diadakan di Hutan Lipur Gunung Senyum bermula 18 hingga 21 Oktober 2011 melibatkan 40 orang pelajar dari sekolah-sekolah negeri Pahang. Program ini adalah lanjutan SHIELDS daerah yang telah dilaksanakan sebelum ini. Pihak AADK selaku penganjur dan pengelola telah memilih Hutan Lipur Gunung Senyum dan ianya adalah lanjutan daripada Kem SHIELDS sebelum ini. Gunung Senyum terpilih sebagai kem SHIELDS Pahang 2011 setelah menilai program SHIELDS Daerah Maran yang berjaya memberi kesan kepada para peserta.
Modul yang digunakan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan bimbingan kepada para pelajar agar tidak terjebak daripada najis dadah. Turut sama dalam program ini 3 orang guru sebagai Fasilitator bersama AADK negeri Pahang.
Modul yang digunakan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan bimbingan kepada para pelajar agar tidak terjebak daripada najis dadah. Turut sama dalam program ini 3 orang guru sebagai Fasilitator bersama AADK negeri Pahang.
Isnin, 10 Oktober 2011
Lawatan Peningkatan Kualiti PPDa SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor
Melawat Lorong Sumber PPDa SMKTAA, Johan Negeri Pahang 2010
Bersama Pengetua SMKTAA, Kaunselor SM Teknik Pertanian dan Guru SMA Chenor
Beramah mesra dengan Pegawas PPDa SMKTAA
Bersoal-jawab berkenaan PPDa
Membantu Jawatankuasa Penerbitan Buletin dan Blog PPDa SMKTAA
Langgan:
Catatan (Atom)
KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014
SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH ...

-
SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH ...
-
Urin yang positif Methapetamin (Syabu) Air kencing yang diuji. Ujian Urin telah diadakan di semua sekolah menengah. Bagi Da...
-
Dalam memastikan program PPDa berjalan dengan mantap, pihak sekolah haruslah memastikan pengurusan PPDa berfungsi di sekolah masing-masing. ...