Khamis, 3 November 2011

Mesyuarat Urusetia Penyelarasan Program Alumni Sahabat PPDa Petronas Kebangsaan 2011 di Bukit Gambang Resort

Bukit Gambang Hotel

Mesyuarat Urusetia

Turut bersama ialah Ketua Unit PPDa KPM, Tuan Hj Badrul Hisham b. Abd Karim(2 dari kiri) dan Pegawai Pengelola PPDa KPM, En Ahmad Hashimi (nombor 1 dari kiri).

Pegawai-pegawai PPDa negeri Pahang (urusetia) sedang bersiap untuk lawatan tapak.

Persiapan dewan

Lawatan kerja ke tapak program

Satu mesyuarat Penyelarasan dan urusetia telah dilaksanakan pada 11 hingg 13 Oktober 2011 di Bukit Gambang Resort, Kuantan. Ia bertujuan untuk menyelaras perlaksanaan program kebangsaan yang akan berlang sung pada 15 hingga 17 November 2011 yang akan dihadiri oleh semua sahabat PPDa-Petronas dari seluruh negara. Majlis Alumni dijangka dihadiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Ketua Pengarah Bahagian sekolah Harian KPM, Pengarah Pelajaran Pahang dan pegawai kanan PPDa dari seluruh negara.

Selasa, 25 Oktober 2011

Tahniah dan Syabas SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor

Para penilaian sedang meneliti dan bersoaljawab berkaitan PPDa

Replika Kubur di Lorong PPDa SMKTAAC

PPDa Maran mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua warga SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor termasuklah komuniti setempat yang telah berjaya mengadakan Hari Terbuka PPDa SMKTAAC bersempena Lawatan Penilaian Lorong PPDa Kebangsaan 2011 pada 19 Oktober 2011 baru-baru ini. Usaha bersepadu, membuahkan hasil yang baik. Walaupun belum dipastikan kedudukan 'Ranking' penilaian, namun usaha sepakat antara guru, pelajar, PIBG, balai Polis Chenor, Tok Penghulu dan agensi terlibat seperti AADK, Kesihatan, PDRM dan DIC, menampakkan kekuatan PPDa di SMKTAAC.
     Sebagai sebuah sekolah yang terletak di kawasan perkampungan tradisional, kehebatannya tetap setaraf dengan sekolah di tengah kota. Apa yang telah dilaksanakan di sekolah, telah membuka mata banyak pihak tentang pentingnya penglibatan semua komuniti dalam menangani masalah sosial pelajar terutamanya yang berkaitan dengan dadah, rokok, inhalan, dan seks bebas. Lorong PPDa SMKTAAC telah berjaya membawa aspirasi warga sekolah dalam menentang dadah secara habis-habisan. Kesungguhan Pengetua, guru-guru, warga kerja dan pelajar telah menyuntik satu semangat perjuangan malah usaha ini dapat membuka mata banyak pihak.
     Ketibaan para penilai Lorong Sumber PPDa daripada KPM telah disambut oleh Pengetua, guru-guru, pelajar, PIBG, Ketua Balai Polis Chenor, wakil AADK, Pengetua SM Teknik Pertanian, dan keseluruhan warga sekolah. Mereka diiringi dengan paluan kompang dan seterusnya menerima tabik hormat dan kawad kaki Anti dadah dari Unit Uniform SMKTAAC. Seterusnya ucapan aluan Pengetua dan diikuti persembahan Seni Silat oleh para pelajar. Seterusnya upacara Gimik telah diadakan dengan pelepasan banting PPDa oleh ketua penilai. Majlis diserikan lagi dengan upacara pelepasan burung pipit sebagai simbolik kepada kebebasan daripada najis dadah. Seterusnya adalah lawatan ke Lorong Sumber PPDa dan yang pastinya penilaian terakhir daripada para juri.

Para pelajar di Kelas Pendidikan Khas
     Satu perkara yang agak menyentuh kalbu, apabila para juri telah dibawa ke Kiosk PPDa di Kelas Pendidikan Khas. Para pelajar Pendidikan Khas juga tidak dipinggirkan dengan PPDa. Satu Kiosk PPDa telah diletakkan di kelas mereka dan dapat memberi maklumat berguna kepada mereka.
Kiosk PPDa di Kelas Pendidikan Khas

     Kiosk PPDa juga terdapat di Pusat Sumber sekolah. Ini bagi memastikan PPDa memberi input keilmuan dan sebagai satu bentuk pengetahuan kepada seluruh komuniti sekolah. Selain itu, SMKTAAC juga berbangga dengan adanya Program Duta PPDa iaitu pelajar terlibat membuet hebahan dan penerangan di sekolah-sekolah berhampiran dan juga di Pasar Malam atau 'Pekan sehari'.
     Usaha telah dilaksanakan. Kalah menang bukan keutamaan. Namun kepuasan PPDa dapat membawa demensi baru kepada sekolah. SMKTAAC cemerlang apabila tiada seoarangpun pelajarnya dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak program PPDa diperkenalkan. Malah dalam Ujian Urin 2011 awal tahun dulu, hanya 3 orang pelajarnya yang mengaku menghisap rokok. Tahniah dan syabas kepada pihak sekolah. Diharapkan usaha murni ini dapat membawa kejayaan dan kecemerlangan kepada semua yang terlibat.

Sambutan Penilaian Lorong Sumber PPDa Kebangsaan 2011 di SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor


Kawad Kaki Antidadah

Silat antidadah

Pelajar-pelajar turut menyambut

Banting PPDa hasilan pelajar tergantung menarik.

Melepaskan burung sebagai simbolik kebebasan daripada dadah

Duta PPDa (pelajar) memberi penerangan

Penilaian bermula

Encik Loh tertarik dengan Piala Johan lorong PPDa Pahang.

Penilaian akhir.

Khamis, 20 Oktober 2011

Kem Sayangi Diri Elak Dadah Selamanya (SHIELDS) Negeri Pahang 2011

Program ini diadakan di Hutan Lipur Gunung Senyum bermula 18 hingga 21 Oktober 2011 melibatkan 40 orang pelajar dari sekolah-sekolah negeri Pahang. Program ini adalah lanjutan SHIELDS daerah yang telah dilaksanakan sebelum ini. Pihak AADK selaku penganjur dan pengelola telah memilih Hutan Lipur Gunung Senyum dan ianya adalah lanjutan daripada Kem SHIELDS sebelum ini. Gunung Senyum terpilih sebagai kem SHIELDS Pahang 2011 setelah menilai program SHIELDS Daerah Maran yang berjaya memberi kesan kepada para peserta.

     Modul yang digunakan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan bimbingan kepada para pelajar agar tidak terjebak daripada najis dadah. Turut sama dalam program ini 3 orang guru sebagai Fasilitator bersama AADK negeri Pahang.

Isnin, 10 Oktober 2011

Lawatan Peningkatan Kualiti PPDa SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor

Melawat Lorong Sumber PPDa SMKTAA, Johan Negeri Pahang 2010


Bersama Pengetua SMKTAA, Kaunselor SM Teknik Pertanian dan Guru SMA Chenor


Beramah mesra dengan Pegawas PPDa SMKTAA


Bersoal-jawab berkenaan PPDa


Membantu Jawatankuasa Penerbitan Buletin dan Blog PPDa SMKTAA

Mesyuarat Persediaan Pertandingan Bilik/Lorong PPDa Kebangsaan 2011 (Wakil Pahang)

Guru PPDa SJKC Karak sedang memberi penerangan


Mesyuarat ini telah diadakan di PKG Karak. Dihadiri oleh Ketua Unit PPDa JPNP, Encik Abdullah Sani dan Penolong Pengarah Unit PPDa JPNP, Encik Wan Mohd Afzan. Turut hadir rombongan dari empat buah sekolah wakil negeri Pahang dalam Pertandingan Bilik/Lorong PPDa 2011 iaitu;

1. SMK Bukit Tinggi, Bentong
2. SMK Tengku Ampuan Afzan, Maran
3. SJKC Karak, Bentong
4. SK Karak, Bentong.
Tahniah kerana semua kategori, Pahang antara 5 terbaik. Semoga usaha keras semua pihak membuahkan hasil yang membanggakan.

                      
Cikgu Kamaliah dari SMK TAA Maran, sedang memberikan taklimat

Selasa, 4 Oktober 2011

Rokok oh rokok

Walaupun penggunaan tembakau di negara maju sudah berkurangan, keadaan sebaliknya berlaku di negara membangun. Contohnya Malaysia, apabila Statistik menunjukkan ketagihan merokok di kalangan rakyatnya yang berumur 15 tahun ke atas terus meningkat daripada 21% pada 1985 kepada 31% pada tahun 2000.
    Perasatuan Perubatan Malaysia dalam kenyataannya, Action on smoking and Health melaporkan terdapat kira-kira 3.5 juta perokok di negara ini. Separuh daripada mereka menghisap rokok hampir 10 batang sehari.
     Laporan ini juga menganggarkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakan RM15 juta sehari untuk rokok dan dalam masa setahun, mencecah sehingga RM6 bilion. Selain memberi kesan kepada kesihatan perokok, tabiat meroko juga boleh memberi kesan negatif kepada generasi akan datang.

(sumber : Buku Haramkah Rokok? Hukum dan Penyelesaian karangan Zulkifli Mohamad Al-Bakri)

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...