Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri

PPDa Maran mengucapkan selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung Laman Blog PPDa Maran, warga pendidikan dan semua yang menyokong usaha murni PPDa.

Khamis, 11 Ogos 2011

SMKTAA mewakili Pahang dalam Pertandingan Lorong Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2011

Syabas diucapkan kepada semua warga SMTAA yang telah berjaya untuk mewakili Negeri Pahang dalam Pertandingan Lorong Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2011 yang dijangka akan dinilai pada bulan September nanti. Usaha, kerjasama dan kegigihan semua warga sekolah diucapkan terima kasih dan tahniah.

Apa yang menarik perhatian Encik Abdullah Sani dan Encik Wan tu..?


Cikgu Khamsiah, Guru PPDa SMKTAA sedang mendengar penerangan dan
berbincang Encik Abdullah Sani

Sekitar Lawatan Unit PPDa, JPN dan PPD Maran ke Lorong Sumber PPDa SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor

Pada 25 Julai 2011, satu lawatan kerja telah dilakukan ke SMKTAA bagi meninjau Lorong PPDa sekolah tersebut disamping membuat penyelarasan bagi persediaan Pertandingan Lorong PPDa Peringkat Kebangsaan. Lawatan tersebut diketuai oleh Encik Abdullah Sani bin Abd. Rahman, Ketua Unit PPDa Pahang. Turut serta ialah Penolong Pengarah PPDa JPN Pahang, Encik Wan Afzan bin Wan Jaafar dan Pegawai Kualiti & PPDa PPD Maran, Encik Mohd Jasmi bin Jaafar.

En Abdullah Sani bersama GPK meninjau persiapan Lorong PPDa.






Selasa, 9 Ogos 2011

Penilaian Bilik Sumber/Lorong Sumber PPDa Daerah Maran 2011


Lawatan penghakiman Lorong Sumber PPDa (Pahang) pada tahun 2010

Penilaian Bilik Sumber/Lorong Sumber PPDa daerah Maran akan dilaksanakan mulai 15 hingga 19 Ogos 2011 nanti. Sekolah-sekolah ini akan dinilai berdasarkan instrumen Bilik Sumber/ Lorong Sumber PPDa. Sekolah yang berjaya terpilih sebagai Johan kategori masing-masing akan di bawa ke Pertandingan Peringkat Negeri Pahang yang dijangka akan diadakan pada bulan September/Oktober nanti.
    Empat kategori dipertandingkan, iaitu
  1. Bilik Sumber PPDa Sekolah Menengah,
  2. Bilik Sumber PPDa Sekolah Rendah,
  3. Sudut/Lorong Sumber PPDa Sekolah Menengah dan
  4. Sudut/Lorong Sumber PPDa Sekolah Rendah.
     Untuk tahun 2011 ini, sebanyak 12 sekolah yang telah sudi menyertainya. Pertandingan ini bertujuan untuk terus menghidupkan kempen PPDa di seluruh sekolah dalam memastikan segala program PPDa yang dirancang terus dilaksanakan. Dengan kehadiran Ramadhan, Syawal dan Sambutan Kemerdekaan, diharapkan pertandingan ini lebih ceria dan meriah serta menghidupkan suasana pendidikan di sekolah.

Perkongsian Fakta: Anak tidak Sah Taraf dan anak luar nikah

Fakta Kes



Mengikut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)), Datuk Alwi Ibrahim, seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
     17,303 setahun anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan di Malaysia pada tahun 2009. Ini bermakna 17,303/365 iaitu 47 kelahiran anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan setiap hari di Malaysia pada tahun 2009 bersamaan 2 kelahiran anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan setiap jam di Malaysia pada tahun 2009. Ini juga bermakna 47 kes zina yang menghasilkan kehamilan berlaku setiap hari di kalangan Melayu (Islam) pada tahun 2009.
     Seandainya 47 kes zina ini mewakili 1% daripada kejadian sebenar maka 4700 kes zina di kalangan Melayu (Islam) berlaku setiap hari di Malaysia pada tahun 2009. Ini bermakna sebanyak 4700 pasangan lelaki perempuan melakukan hubungan seks haram setiap hari.
     Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
     Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat.
     Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang Islam.


Pecahan mengikut negeri:
•Selangor = 12,836 orang
•Perak = 9,788 orang
•Kuala Lumpur = 9,439 orang
•Johor = 8,920 orang
•Sabah = 8,435 orang
•Negeri Sembilan = 4,108 orang
•Pahang = 3,677 orang
•Kedah = 3,496 orang
•Pulau Pinang = 3,412 orang
•Melaka = 2,707 orang
•Kelantan = 1730 orang
•Perlis = 691 orang
•Sarawak = 617 orang
•Terengganu = 574 orang

Info ini diperolehi melalui http://pmram-manhal.blogspot.com/2010/08/kes-zina-dan-anak-luar-nikah-di.html. Sekadar perkongsian untuk makluman dan kesedaran kita bersama. Jauhi Zina, Jauhi HIV/AIDS, Jauhi Kemungkaran...

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...