Selasa, 2 Ogos 2011

AKULAH MANUSIA ITU

AKULAH MANUSIA ITU
Oleh : En Suhaiza bin Zainal Abidin
SK Chedong Jaya, Maran

Akulah manusia itu
Gemala permata menjelma kaca
Bertahta di mahligai penuh dosa
Beraja maruah tercela
Bersemayam di singgahsana hina
Dengan daulat berhias luka

Akulah manusia itu
Bertilam jarum keramat neraka
Berkelambu dadah nikmat durjana
Kehanyiran menjadi syurga
Khayalan disangka nyata
Dosa bagai pahala

Akulah manusia itu
Manifestasi kehancuran diri
Si Tanggang ayah dan ibu sendiri
Makam bangsa dan jati diri
Implikasi ngeri negara ini
Mendustai inayat tuhan azali

Akulah manusia itu
Fakir yang tersungkur di jasad bumi
Cuba bangkit di jendela mimpi
Menaut kembali keangungan bangsa
Walau tiada harga diri
Walau dikau menjauhi
Walau tak mungkin suci kembali
Tetapku berdiri
Demi ibu pertiwi

Akulah manusia itu
Pewaris nasab bangsa mulia
Memohon dikurnia sedetik masa
Menebus dosa dan kemusnahan jiwa
Berbakti pada nusa dan negara
Mungkinkah diterima...

(Puisi ini memenangi Johan Pertandingan menulis Puisi Antidadah Peringkat Negeri Pahang 2010 Kategori Warga Pendidikan)

Rabu, 27 Julai 2011

Beli Arak 'Pandu Lalu'

LAPORAN penyiasatan unit khas Utusan Malaysia kali ini menyingkap suatu lagi kegiatan haram iaitu penjualan arak secara mudah dan murah kepada orang ramai, termasuk golongan remaja. Bagaikan tiada syarat dan peraturan, penjual arak terbabit didapati bebas menjual bir berkonsepkan pandu lalu kepada sesiapa saja yang ingin melepaskan gian mereka tanpa mengira waktu.
     Apa yang dikesali, tiada pula sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa seolah-olah tidak tahu atau terlepas pandang mengenai perkara ini walaupun kegiatan haram itu rancak berlaku. Hasil maklumat orang ramai, wartawan, AZRAI MOHAMMAD dan jurugambar, FAUZI BAHARUDIN melakukan siasatan baru-baru ini bagi mengesahkan aktiviti tersebut.
     Hasil siasatan terbukti mendapati sememangnya kedai yang terletak di Sunway Mentari, Petaling Jaya itu menjadi tumpuan ramai kaki botol termasuk remaja Melayu kerana tarikan harganya yang murah.


KUALA LUMPUR 24 Julai – Sebatang lorong gelap yang disangka tidak dilalui orang ramai, rupa-rupanya adalah ‘syurga’ bagi kaki botol membeli arak murah berkonsepkan pandu lalu. Setiap malam, pihak terbabit bebas menjual minuman keras kepada orang awam termasuk Melayu dan remaja bawah umur dengan harga semurah RM10 untuk tiga tin arak, berbanding harga biasa RM7 setin.
     Rahsia harga murah tersebut disebabkan arak dalam tin itu belum dibayar cukai dan sepatutnya adalah untuk dieksport. Pihak berkuasa pula seolah-olah ‘merestui’ urusniaga itu dengan tidak melakukan sebarang serbuan atau penangkapan walaupun terdapat anggota polis yang berkawal kira-kira 25 meter saja dari lorong itu.
     Siasatan unit khas Utusan Malaysia selama tiga hari berturut-turut baru-baru ini mendapati, kedai yang terletak di Sunway Mentari, Petaling Jaya itu mengubah operasinya pada malam hari ke bahagian belakang kedai bagi membolehkannya menjual arak berlabel BFE (Brewed For Export).

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Isnin, 25 Julai 2011

Pertandingan Bilik Sumber dan Lorong/Sudut PPDa Sekolah-sekolah Daerah Maran 2011

Jabatan Pelajaran Pahang masih meneruskan Pertandingan Bilik Sumber dan Lorong/Sudut PPDa Peringkat Negeri pada tahun ini (2011). Oleh yang demikian, PPD Maran menjemput sekolah-sekolah yang berminat untuk menyertai Pertandingan ini di peringkat Daerah dan seterusnya akan dipilih ke peringkat negeri. Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah yang berminat menyertai hendaklah membuat rujukan dan lawatan penanda aras ke 2 buah sekolah terpilih Daerah Maran iaitu;
1. SMK Maran 2 - Johan Bilik Sumber PPDa (SM) Peringkat Kebangsaan 2008
2. SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor - Johan Lorong Sumber PPDa (SM) Peringkat Negeri Pahang 2010.
Sekolah lain yang boleh dibuat penanda aras ialah;
1. SMK Indera Pura, Jerantut - Johan Bilik Sumber PPDa (SM) Peringkat Kebangsaan 2009
2. SK Gau, Temerloh - Johan Bilik Sumber PPDa (SR) Peringkat Kebangsaan 2009
3. SMK Sultan Ahmad, Cameron Highland - Johan Lorong Sumber PPDa (SM) Peringkat Kebangsaan 2009
4. SK Jerantut Jaya, Jerantut - Naib Johan Lorong Sumber PPDa (SR) Peringkat Kebangsaan 2009
5. SMKPPTR, Jerantut - Naib Johan Lorong Sumber PPDa (SM) Peringkat Kebangsaan 2008

Penilaian Peringkat Daerah akan dilaksanakan pada bulan Ogos dan Penilaian diperingkat negeri dijangka pada bulan Oktober 2011. Terima kasih kepada sekolah yang berminat dan bersedia. Semoga usaha yang dilaksanakan memberi kesan baik kepada sekolah dan para pelajar.

Jumaat, 22 Julai 2011

Pertandingan Melukis dan Mewarna Antidadah PPDa/AADK Daerah Maran 2011 (Sekolah Rendah)

Pertandingan ini telah dilaksanakan pada 15 Julai 2011 di SK Maran. Seramai 300 orang peserta telah terlibat.


TAJUK MEWARNA : KELUARGA SEJAHTERA
TAJUK MELUKIS POSTER : HIDUP SEJAHTERA TANPA DADAH








SENARAI NAMA PEMENANG MEWARNA TAHAP 1

1. SITI NUR ARIFAH (2A)
2. NUR AISYAH BT KHALID (3A)
3. NUR HIDAYAH BT JAMALUDDIN (1A)
4. MOHD NUR FITRAH (1A)
5. NURFARHANA BT SAADUN (3A)
6. WAN NUR QATRUN NAJIHAN (1A)
7. MUHAMMAD ASYRAF MURSYIDI (3A)
8. NURUL FATIN SYAKIRA (2B)
9. MUHD IZZUL AZWAN (3B)
10. NURSAIDATUL FARISSHA BT ZAMRI (3B)

SENARAI NAMA PEMENANG MEMBUAT POSTER TAHAP 2
1. NUR AIRAA ADNEEN BT ABDULLAH
2. NUR AINA FAIQAH BT MAHADZIR
3. ZARIFAH SAHIRA BT HASSAN
4. AYU HANISA BT ISMAIL
5. NURULHUDA BT MOHD NASIR
6. MUHD AMIRULLAH B CHE RANI
7. ABDUL RAHIM B MUHD SAFIE
8. NUR ATIKAH BT YUSOF
9. WAN AHMAD ZUHAIRI
10. NURSYAFIQA BT AZIYUSN

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...