Dedikasi untuk PPDa. 1 MALAYSIA KE ARAH BEBAS DADAH
Jumaat, 15 Julai 2011
Program Nafas Segar/Tak Nak Merokok Peringkat Negeri Pahang 2011(Daerah Maran)
Tanggal 28 Jun 2011, telahpun berlangsung program Nafas Segar/Kempen Tak Nak Merokok Peringkat Negeri Pahang bagi Daerah Maran bertempat di SMK Desa Jaya. Program ini bagi memberi kesedaran dan pencegahan pelajar agar tidak melibatkan diri dengan masalah rokok.
Program ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Majlis ini dikelolakan oleh SMK Desa Jaya dan diselaraskan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Maran. Program ini mengumpulkan seramai 100 orang pelajar yang berpotensi dan aktif merokok. Antara slot yang dilibatkan ialah;
Program ini telah dirasmikan oleh En Abdullah Sani bin Abd Rahman, Ketua Unit PPDa JPNP. Turut serata hadir ialah Penolong Pengarah Unit PPDa JPNP, Dr Azura dari Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, En Mohd Jasmi bin Jaafar dari PPD Maran, En Roslan bin Md Ali Pengetua SMK Desa Jaya, Pegawai-pegawai kesihatan daerah dan guru-guru.
Program ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Majlis ini dikelolakan oleh SMK Desa Jaya dan diselaraskan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Maran. Program ini mengumpulkan seramai 100 orang pelajar yang berpotensi dan aktif merokok. Antara slot yang dilibatkan ialah;
- Ceramah Isu-isu pemngambilan bahan terlarang dan kesannya kepada potensi diri pelajar telah disampaikan oleh Pegawai Kualiti/PPDa Maran, En Mohd Jasmi bin Jaafar
- Ceramah Bahaya Dadah oleh Pegawai Perubatan, Poliklinik Pekan Tajau, mewakili Jabatan Kesihatan Negeri
- Ceramah Kesan Bahaya Rokok dan Langkah mengatasi, oleh Pegawai Perubatan, Poliklinik Pekan Tajau, Maran.
- Klinik Berhenti Rokok, (dikendalikan oleh pegawai perubatan dari Poliklinik Jengka 2) menjalankan Ujian Nikotin bagi membantu pelajar untuk mengesan tahap nikotin dalam paru-paru dan bertindak untuk berhenti merokok.
- Pameran Anti Rokok oleh Unit Promosi, Pejabat Kesihatan Daerah Maran.
- Kuiz Anti Rokok dikendalikan oleh Unit Kaunseling dan PPDa, SMK Desa Jaya.
Program ini telah dirasmikan oleh En Abdullah Sani bin Abd Rahman, Ketua Unit PPDa JPNP. Turut serata hadir ialah Penolong Pengarah Unit PPDa JPNP, Dr Azura dari Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, En Mohd Jasmi bin Jaafar dari PPD Maran, En Roslan bin Md Ali Pengetua SMK Desa Jaya, Pegawai-pegawai kesihatan daerah dan guru-guru.
En Jasmi sedang meyampaikan ceramah
Para pelajar bersoaljawab mengenai bahaya rokok dengan pegawai kesihatan yang bertugas
Tiup pelahan-lahan dik oi..
Alat Ujian Nakotin
Pegawai Perubatan daripada Poliklinik Pekan Tajau sedang menyampaikan ceramah, dibantu oleh Puan Siti, Guru Kaunselor SMK Desa Jaya
Para pelajar begitu tekun mendengar ceramah yang disampaikan.
Rabu, 6 Julai 2011
Peserta Kem SHIELDS Meneroka Gua Lebak Puyuh
Peserta Kem SHIELDS telah berpeluang meneroka beberapa gua di kawasan Lebak Puyuh, Gunung Senyum. Antara gua yang diteroka ialah Gua Lebak Puyuh, Gua Ular, Gua Mayat, Gua Straw, dan pelbagai lagi. Pengalaman yang diperolehi bukan sahaja dapat meneroka keindahan gua dan sejarahnya malah membantu membentuk nilai jiwa murni di kalangan peserta. Perserta telah dibawa menghayati panorama dalam gua yang gelap dan pelbagai pengalaman baru diterima.
Paling diingati apabila para peserta dikumpulkan dalam Gua Straw di mana para peserta diberi suntikan motivasi dan penghayatan nilai budi dan kerohanian. Para peserta dibiarkan di dalam gua tanpa sebarang cahaya selama 15 minit. Suasana 'Pengalaman di Alam Kubur' bagaikan dibawa kepada para peserta. Kesan daripada pengalaman ini membawa satu impak kepada diri peserta. Ada yang menangis kekesalan dan ada yang meneui keinsafan.
Peserta telah dibawa oleh Pegawai Renjer Hutan yang bertugas meneroka pelbagai gua, flora dan fauna. Peserta juga berkesempatan berehat di Tasik Biru iaitu sebuah kolam yang terhasil di kawasan batu kapur berkenaan. Kita mengharapkan penghayatan alam memberi kesan kepada pembentukan jati diri dan kepribadian yang teguh kepada para peserta.Rata-rata peserta menyatakan keseronokan, keterujaan dan keinsafan.
Paling diingati apabila para peserta dikumpulkan dalam Gua Straw di mana para peserta diberi suntikan motivasi dan penghayatan nilai budi dan kerohanian. Para peserta dibiarkan di dalam gua tanpa sebarang cahaya selama 15 minit. Suasana 'Pengalaman di Alam Kubur' bagaikan dibawa kepada para peserta. Kesan daripada pengalaman ini membawa satu impak kepada diri peserta. Ada yang menangis kekesalan dan ada yang meneui keinsafan.
Peserta telah dibawa oleh Pegawai Renjer Hutan yang bertugas meneroka pelbagai gua, flora dan fauna. Peserta juga berkesempatan berehat di Tasik Biru iaitu sebuah kolam yang terhasil di kawasan batu kapur berkenaan. Kita mengharapkan penghayatan alam memberi kesan kepada pembentukan jati diri dan kepribadian yang teguh kepada para peserta.Rata-rata peserta menyatakan keseronokan, keterujaan dan keinsafan.
Taklimat oleh Pegawai Renjer Hutan Gunung Senyum.
Kem komandan, Jurulatih, Pegawai AADK Maran, Pegawai PPDa Maran dan para peserta.
Gua Mayat. Batu seakan mayat manusia.
Meneroka khazanah gua.
Sesi 'Kenali dan Muhasabah Diri' di dalam Gua Straw.Peserta dibiarkan 15 minit di dalam gua tanpa cahaya.
Menikmati ketenangan Tasik Biru
Selasa, 5 Julai 2011
Kem SHIELDS di Gunung Senyum
Program PIP Pelajar lelaki Daerah Maran telah diadakan di Hutan Lipur Gunung Senyum. Program ini merupakan anjuran AADK Daerah Maran dengan kerjasama PPD Maran. Program ini telah dilaksanakan pada 20 hingga Jun 2011 membabitkan seramai 40 orang pelajar.
Khamis, 30 Jun 2011
Tahniah kepada peserta Pertandingan Menulis Puisi Antidadah Negeri Pahang 2010
Tahniah kepada semua peserta yang terdiri daripada pelajar, guru dan kakitangan sekolah seluruh Pahang yang telah menghantar penyertaan masing-masing. PPDa Maran mengucapkan tahniah kepada para pelajar dan guru daerah Maran yan banyak menghantar penyertaan. Tahniah juga kepada pemenang pertandingan tersebut.
Sebuah Antologi Puisi Antidadah telah dihasilkan oleh Unit PPDa JPN Pahang. Tahniah kepada peserta yang terpilih. PPDa Maran terharu apabila ramai peserta daerah Maran yang terpilih puisinya untuk dimuatkan dalam buku Antologi Puisi tersebut. PPDa Maran juga mengucapkan tahniah kepada Cikgu Suhaiza bin Zainal Abidin, dari SK Cedung Jaya, Maran yang berjaya dinobatkan Johan Menulis Puisi Antidadah 2010, malah tajuk puisinya dijadikan tajuk Buku antologi Puisi tersebut.
Selasa, 31 Mei 2011
Tahniah Negeri Melaka : Negeri Bebas Asap ROKOK 2013
Melaka giat kempen raih negeri bebas asap rokok 2013
Oleh Minarni Mat Saad
2011/05/30
Usaha dicetus Ketua Menteri dapat sokongan rakyat
PERNAHKAH kita mengalami situasi begini.... sedang asyik menikmati hidangan bersama keluarga di restoran, tiba-tiba kita mengerut dahi kerana terganggu oleh asap rokok daripada pelanggan di meja sebelah.
Sesekali kita terpaksa mengipas udara dengan tangan kerana asap rokok yang berkepul-kepul bagaikan keluar dari serombong kapal menghala ke muka. Akibatnya kita menjadi kurang selesa, apatah jika selesema atau sakit tekak kerana asap rokok menambahkan perit kerongkong. Akhirnya kita terpaksa angkat kaki.
Situasi itu tidak dialami jika kita di Melaka kerana negeri bersejarah itu akan menerima status Negeri Bebas Asap Rokok tidak lama lagi apabila Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Mohd Ali Rustam mengumumkan Program Melaka Bebas asap Rokok ketika Majlis Sambutan Minggu Tanpa Tembakau 2010 Peringkat Negeri Melaka. Berikutan itu, Melaka mengadakan kempen besar-besaran bagi mencapai negeri Zon Bebas Asap Rokok, 2013.
Beberapa bandar sudah mendapat status bebas asap rokok seperti Luang Prabang di Laos, Davos City di Filipina dan Chandigarh di India. Kini, Melaka menyusul dengan mewartakan empat lokasi sebagai Zon Bebas Asap Rokok iaitu di kawasan warisan di Bandar Hilir, sekitar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Jasin dan tempat awam di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG). Kempen ini juga membantu usaha Melaka mengekalkan status Bandaraya Warisan Dunia dengan melindungi artifak dan bangunan bersejarah daripada kesan hakisan.
Kempen turut mendapat sambutan penduduk, malah Jabatan Kesihatan Negeri menimbangkan permohonan badan bukan kerajaan (NGO) mendapatkan kad kuasa bagi menegur orang awam yang merokok di zon bebas rokok. Kempen ini selain melindungi hak majoriti bukan perokok daripada pencemaran udara, juga menggalakkan cara hidup sihat di kalangan masyarakat.
Kempen ini juga lama-kelamaan mungkin menyebabkan perokok berhenti merokok di samping membantu usaha kerajaan memastikan persekitaran bebas asap rokok bagi melindungi kesihatan rakyat.
Inisiatif bebas asap rokok boleh didefinisikan sebagai usaha ‘mewujudkan lokaliti keseluruhan atau sebahagian bandar atau bandar raya sebagai kawasan bebas asap rokok’ untuk melindungi orang awam daripada ancaman asap rokok. Ia pendekatan yang semakin popular di seluruh dunia bagi menepati kehendak Artikel 8, Framework Convention on Tobacco Control (FCTC), WHO yang turut ditandatangani Malaysia pada 2005.
Artikel 8 FCTC memberi mandat kepada kerajaan untuk mengiktiraf bukti saintifik yang jelas mengesahkan bahaya asap rokok yang boleh menyebabkan penyakit, kematian dan kemudaratan.
Sejak azali pelbagai kerenah perokok yang boleh dianggap mementingkan diri kerana merokok tanpa mempedulikan kehadiran kanak-kanak atau ibu mengandung. Rupa-rupanya, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman juga bosan dengan sikap perokok yang bukan saja tidak endah dengan kesihatan orang di sekeliling, malah tidak tahu menjaga kebersihan dan kesegaran alam sekitar.
Dalam perbualan dengan beliau baru-baru ini, Dr Hasan melahirkan kekesalan kerana ada perokok tidak menghormati orang lain yang beriadah di kawasan rekreasi, hutan lipur atau merentas hutan. Beliau yang setiap minggu menjadikan joging dan merentas hutan sebagai aktiviti keluarga berharap pihak berkuasa tempatan menjadikan tempat riadah dan rekreasi awam sebagai kawasan ‘Larangan Merokok’. “Ada perokok mencacatkan suasana segar dan bersih di tempat riadah dan membuang puntung rokok merata-rata,” katanya yang turut memuji langkah Melaka mewartakan beberapa lokasi sebagai bebas asap rokok. Dr Hasan berkata, langkah itu menjadi tarikan dan pelancong berasa satu kelainan berada di negeri itu. Beliau berharap negeri lain mencontohi langkah Melaka sebagai sokongan kepada usaha kerajaan menjayakan kempen Hari Tanpa Tembakau yang disambut pada setiap 31 Mei.
“Pelancong pasti seronok apabila makan di restoran, berjalan-jalan di sekitar bandar bersejarah, menyusuri sungai Melaka tanpa asap rokok. Ini mempromosikan Melaka sebagai bandar sihat dan bebas dari asap rokok,” kata Dr Hasan.
Sumber : Berita Harian, 30 Mei 2011
Tahniah kepada kerajaan negeri Melaka. Moga usaha murni ini dapat diikuti oleh negeri lain. Diharap daerah-daerah dapat memulakan kempen seperti ini. 'Bulat air kerana pembentung, Bulat kata kerana muafakat'. PPDa Maran, mengharapkan Daerah Maran yang seluas Melaka juga mampu mengaplikasi dan menurut jejak langkah ini.
lihat berita lagi di :
- http://www.mbar.gov.my/ (laman Web Melaka Bebas Asap Rokok)
Perokok Wanita semakin bertambah: Suatu Kupasan
2011/05/30
PUTRAJAYA: Jumlah perokok wanita di negara ini semakin meningkat kepada tahap yang membimbangkan, terutama di kalangan remaja perempuan berusia antara 13 tahun hingga 15 tahun.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Tinjauan Tembakau Belia Global (Global Youth Tabacco Survey), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2009 menunjukkan peningkatan peratusan perokok remaja perempuan iaitu 12.4 peratus berbanding 11.5 peratus dalam kajian pada 2003. Katanya, jumlah perokok wanita secara keseluruhan juga menunjukkan peningkatan iaitu 5.3 peratus dalam kajian 2009 berbanding 4.2 peratus pada 2003.
“Ini berbeza dengan peratusan perokok remaja lelaki yang menunjukkan penurunan iaitu 46.7 peratus dalam kajian 2009 berbanding 54.5 peratus pada 2003 manakala peratusan perokok lelaki secara keseluruhannya juga susut daripada 36.3 peratus pada 2003 kepada 30.9 peratus tahun 2009.
“Bagaimanapun, secara keseluruhan, jumlah perokok di kalangan remaja adalah berkurangan iaitu 30 peratus pada 2009 berbanding 33.1 peratus pada 2003,” katanya
Sumber : Berita Harian- 30 Mei 2011
Inilah antara senario perokok di seluruh dunia. Sesuatu yang perlu kita bimbangkan terutama apabila melibatkan remaja pelajar. Trend perokok sekarang agak membimbangkan kerana terdapat faktor penggalak daripada mencuba dan akhirnya ketagihan rokok. PPDa Maran cuba memberi pendapat. Antaranya;
- Faktor keluarga dan masyarakat
- Budaya merokok sudah menjadi suatu kebiasaan. Ada ibu bapa sudah tidak kisah mengenai disiplin anak-anaknya apabila mereka ke sekolah menengah. Sikap tegur dan mendisiplinkan anak semakin berkurang oleh sebab kekangan masa dan kurang tanggungjawab keluarga.
- Ramai ibu bapa yang gagal dalam memastikan anak-anak bebas rokok kerana rumah dan persekitannya tidak bebas rokok. Bapa sendiri tidak sensitif terhadap anak-anak apabila secara terang-terangan menghisap rokok depan anak-anak. Ada ketikanya anak-anak diasuh dengan mendekati rokok, seperti membeli rokok untuk bapa, mengambil rokok untuk bapa dan sebagainya.
- Naluri ingin tahu dan pendedahan secara meluas, akan menyebabkan rokok mula menjadi 'sahabat' remaja seperti bapanya juga.
- Masyarakat pula tiada lagi sikap tegur menengur dan tiada lagi bertanggungjawab terhadap anak remaja setempat. Apabila ianyanya menjadi suatu rutin dan budaya, sukar untuk membentulkan permasalahan ini.
- Faktor 'tarikan rokok'
- Lambakan pelbagai rokok di pasaran amat membimbangkan. ini ditambah dengan banyaknya rokok-rokok seludup yang setiap hari semakin bertambah.
- Rokok juga terdapat pelbagai jenis, perisa, mengikut kualiti dan standard. Walaupun tanpa iklan di Media massa atau elektronik, namun cara promosi di kedai-kedai runcit amat menarik perhatian. Ini ditambah dengan 'design dan pakej' yang ditawarkan. Setiap kedai runcit, kedai 24 jam, stesyen minyak atau sebagainya, iklan dan susunan rokok yang dipamerkan adalah menarik malah diletak khas di kaunter pembayaran. Secara tidak langsung, pelanggan kedai termasuklah remaja pelajar akan tertarik untuk mula mengenal rokok.
- Faktor kawalan dan akta
- Kurangnya kawalan pihak berkuasa menyebabkan budaya merokok semakin berkembang. Di premis-premis yang dipaparkan larangan merokok juga bukan satu halangan untuk penegih-penagih rokok. Kurangnya kepekaan menyebabkan rokok bukanlah satu kesalahan.
- Penguatkuasaan Fatwa juga tidak dilaksanakan dan ini menyebabkan pengharaman rokok dianggap sinis dan tidak relevan.
- Tempat yang paling ramai perokok ialah di kantin-katin dan restoren atau warung kedai kopi. Ianya satu pemandangan biasa walaupun tertera logo larangan merokok.
- Kawalan ke atas penjualan rokok di kedai-kedai runcit perlu diperketatkan lagi. Penguatkuasaan akta penjualan ke atas orang yang berumur bawah 18 tahun perlu diikuti oleh semua pihak.
- Faktor emosi perokok
- Bermula daripada ingin mencuba, akhirnya ketagihan. Cuba lihat para pelajar kita, ramai yang sukar berhenti dan menunjukkan tanda-tanda ketagihan. Berapa ramai pelajar sanggup dibuang sekolah kerana merokok.
- Rakan sebaya penyumbang kepada kesetiaan kepada rokok. Siapa sangka rokok menjadi 'tali' perhubungan persahabatan semakin erat. Kesamaan kehendak membawa kepada perkongsian identiti dan sikap. Akhirnya, mereka bersama terlibat dalam pelbagai masalah disiplin termasuk mencuba dadah. Lihatlah perubahan sikap pelajar ini apabila mula terlibat dengan rokok.
- Emosi pelajar berkata 'Ya' pada rokok apabila melihat bapa, guru dan rakannya merokok. Suatu yang menyedihkan apabila guru merokok apalagi sekiranya 'title' guru itu adalah ustaz. Inilah yang kita bimbangkan.
Langgan:
Catatan (Atom)
KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014
SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH ...

-
SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH ...
-
Urin yang positif Methapetamin (Syabu) Air kencing yang diuji. Ujian Urin telah diadakan di semua sekolah menengah. Bagi Da...
-
Dalam memastikan program PPDa berjalan dengan mantap, pihak sekolah haruslah memastikan pengurusan PPDa berfungsi di sekolah masing-masing. ...