Dedikasi untuk PPDa. 1 MALAYSIA KE ARAH BEBAS DADAH
Ahad, 15 Mei 2011
Rabu, 11 Mei 2011
Memantau Perlaksanaan PPDa di SK Kuala Wau
Pengalaman menaiki bot ke sekolah bersama GB SKKW dan Pengerusi PIBG SKKW (pemandu bot)
Guru Besar SK Kuala Wau, En Khairuddin setiap hari meniki bot ke sekolah.
Pemantauan telah dilaksanakan pada 10 Mei 2011. SK Kuala Wau merupakan sebuah sekolah yang mempunyai asrama desa dan terletak di seberang Sungai Pahang. Perjalanan ke sekolah tersebut mengambil masa 1 jam jika menggunakan jalan raya iaitu melalui Chenor. Sekiranya melalui Kg Senggora dan Lubuk Paku serta menaiki bot menyebari Sungai Pahang, masa yang diambil lebih kurang 30 minit.
SK Kuala Wau merupakan sebuah sekolah yang boleh dianggap istimewa di Daerah Maran memandangkan lokasi geografinya dan juga adanya asrama desa yang menempatkan majoriti pelajarnya yang masih bersekolah rendah. SK Kuala Wau dipimpin oleh Guru Besar yang komited dan mempunyai wawasan yang tinggi. Menariknya, Guru Besar SK Kuala Wau iaitu En Khairuddin bin Hj Kechik, PPN. merupakan Mantan PKD Maran. Beliau pernah menjawat Pegawai Khas PPDa Daerah Maran mulai 16/1/1995 hingga 16/7/2004.
Sewaktu pemantauan dibuat, turut bersama ialah wakil Kementerian Pelajaran Malaysia daripada JPN Terengganu, Kelantan dan Pahang (Penyelia Kanan HEM Asrama) yang membuat penilaian Pertandingan Asrama Terbilang Kebangsaan 2011-ASAT. PPDa mengucapkan tahniah kepada warga SKKW yang komited dan cemerlang. SKKW juga telah mendapat New Deals dan 8 orang 5A UPSR 2010. Kecemerlangan ini menjadi pemankin kepada semangat guru, kakitangan dan pelajar. SKKW antara sekolah yang menjadi contoh yang baik kepada sekolah sekitarnya.
Antara hasilan SKKW yang dinilai dalam ASAT, ialah wujudnya lorong PPDa di asrama. Penggunaan lorong anti dadah di asrama banyak memberi kesan kepada pengetahuan dan jati diri pelajar agar tidak terjebak dalam masalah rokok mahupun dadah. Laluan lorong daripada asrama ke bangunan sekolah dapat memberi pendedahan bahaya rokok dan dadah kepada semua pelajar.
Pendekatan asrama di sekolah rendah cukup memberi kesan kepada peribadi dan tingkah laku pelajar. Ini membantu kepada 'kemenjadian murid'. Ini juga antara kunci atau rahsia SKKW mampu mengatasi sekolah lain di daerah Maran dalam menghasilkan pelajar cemerlang UPSR (5A-8 orang). Tahniah diucapkan.
Selain Lorong PPDa di asrama, SKKW juga mempunyai Bilik Sumber PPDanya. Melangkah ke Bilik Sumber PPDa SKKW, anda akan tergamam melihat 'kubur' di hadapan pintu masuknya. Harap sekolah ini dapat meningkat maju dan terus cemerlang
Lorong Anti Dadah di Asrama.
336 perokok remaja dikompaun
Paparan akhbar Sinar Harian pada hari Selasa 10 Mei 2011 merujuk kepada masalah pelajar yang merokok dan kompaun oleh Jabatan Kesihatan terhadap mereka. Adakah anak-anak dan pelajar kita terlibat sama?
KUALA LUMPUR - Seramai 336 perokok remaja dikompaun RM50 setiap seorang dalam operasi Orang Belum Dewasa (OBD) di seluruh negara kerana merokok serta memiliki tembakau. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata, surat amaran juga akan dihantar kepada ibu bapa atau penjaga mereka untuk memaklumkan kesalahan tingkah laku anak mereka.
Menurutnya, seorang pekedai runcit turut dikompaun RM500 kerana menjual tembakau kepada perokok bawah umur. “Sebanyak 24 penjual hasil tembakau turut dikompaun kerana gagal mempamerkan Tanda Larangan Jualan Hasil Tembakau Kepada Orang Di Bawah Umur 18 Tahun. “Secara keseluruhannya, sejumlah 361 kompaun dikeluarkan dalam operasi di seluruh negara dan jumlah kompaun dikenakan RM29,300,” katanya.
Hassan berkata, sejumlah 2,101 tempat diperiksa dalam operasi ini, di mana 1,600 daripadanya adalah tempat penjualan hasil tembakau seperti gerai runcit, kedai runcit, pasar raya, kedai makan dan restoran dan sebagainya.Manakala bakinya adalah tempat di mana orang belum dewasa didapati merokok seperti di kawasan sekolah, hentian bas, pasar raya, kedai makan, stesen minyak dan sebagainya.
Mereka yang gagal menjelaskan kompaun dalam tempoh masa ditetapkan akan didakwa di mahkamah dan sekiranya didapati bersalah, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun.
“Kementerian memandang serius trend orang belum dewasa merokok yang menjadikan mereka ketagih terhadap tabiat merokok. “Pihak kami akan meneruskan operasi penguatkuasaan melindungi orang ramai daripada bahaya rokok dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang peruntukan undang-undang mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004,” katanya.
Kepada sesiapa yang ingin berhenti merokok, mereka bolehlah mendapatkan perkhidmatan berhenti merokok di klinik kesihatan atau hospital kerajaan berdekatan atau menghubungi Infoline 03-88834400 untuk mendapatkan maklumat berkaitan.
Khamis, 28 April 2011
Keldai Dadah : 10 rakyat Malaysia di tahan di New Zealand
Macam-macam cerita dadah zaman sekarang. Remaja anatara mangsanya. Bukan sahaja ketagihan, malah ada yang sanggup menjadi pengedar. Kita sering dipaparkan tentang 'Keldai Dadah' dari Iran, tetapi kini rakyat Malaysia pula menjadi keldai dadah di luar negara. Seramai 833 orang rakyat Malaysia telah ditahan di luar negara kerana menjadi 'Keldai Dadah'. Sayangnya rakyat Malaysia yang ditahan merupakan pelajar atau golanagan cerdik pandai. Sila lihat paparan Utusan Malaysia bertarikh 28 April 2011
KUALA LUMPUR 27 April — Sepuluh rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland, New Zealand, semalam selepas didapati cuba menyeludup masuk dadah bernilai NZ$10 juta (RM24 juta). Akhbar New Zealand Herald melaporkan, dadah jenis methamphetamine itu ditemui disorokkan dalam kasut suspek.
Laporan menyebut, kastam membuat tangkapan itu selepas menahan dua rakyat Malaysia daripada sekumpulan pelancong yang tiba di lapangan terbang tersebut pada tengah hari semalam.
Selepas diperiksa dan disoal siasat, pihak berkuasa mendapati mereka membawa methamphetamine atau ‘P’ dalam kasut masing-masing, sebelum bertindak mengesan kumpulan pelancong terbabit.
“Kesemua mereka didapati membawa antara 800 gram dan sekilogram P dalam kasut masing-masing. Nilai semasa P dianggar NZ$1 juta (RM2.4 juta) sekilogram,” kata akhbar itu.
Lapan lelaki dan dua wanita berusia dalam lingkungan awal 20-an dan lewat 60-an itu dijadual dihadapkan ke Mahkamah Daerah Manukau hari ini.
Laporan itu memetik Pengurus Siasatan Dadah Kastam Mark Day sebagai berkata, tangkapan tersebut membabitkan bilangan ‘keldai dadah’ teramai dalam satu operasi di New Zealand.
“Dengan menyertai kumpulan pelancong yang dilihat sebagai sah, penjenayah ini cuba mengikuti corak perjalanan yang biasa dilakukan pelancong agar tidak dianggap sebagai kumpulan berisiko tinggi,” katanya.
Menurut Kementerian Luar Malaysia, sehingga 31 Mac tahun ini seramai 833 daripada 1,880 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara adalah kerana kes dadah. — BERNAMA
Jumaat, 8 April 2011
Program Hati ke Hati Daerah Maran 2011
Program Hati ke Hati telah dilaksanakan dengan kerjasama MAMPAN. Ianya telah dilaksanakan di SMK Jengka 2, dengan dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Puan Samsiah binti Hj Suradin. Program sehari ini berfokuskan membentuk nilai peribadi pelajar agar menjauhi masalah disiplin dan keruntuhan akhlak pelajar. Hampir 300 pelajar terlibat terdiri pelajar dari SMK Jengka 6, SMK Seri Jengka, dan SMK Jengka 2.
Antara pengisian program ialah ceramah oleh PDRM, Motivasi diri, pameran MAMPAN, dan juga ceramah oleh Pegawai PPDa, En Mohd Jasmi bin Jaafar. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Ahad, 3 April 2011
Urin Positif semakin berkurang, Pengakuan semakin meningkat
Urin yang positif Methapetamin (Syabu)
Air kencing yang diuji.
Ujian Urin telah diadakan di semua sekolah menengah. Bagi Daerah Maran, pelajar positif urin semakin berkurang. Namun begitu, jumlah pengakuan pelajar semakin meningkat. Usaha yang lebih amat perlu dalam menangani gejala ini. Kebanyakkan pelajar yang mencuba dadah merupakan pelajar yang sememangnya mempunyai masalah disiplin. Urin positif berkurang mungkin kerana tempoh masa dan dos pengambilan dadah dengan operasi urin.
Bermula daripada merokok, pelajar ini mula terlibat dalam masalah disiplin terutamanya ponteng sekolah. Dengan asakan dunia yang semakin mencabar, pelajar bermasalah ini mengambil jalan mudah dengan terjebak dalam penyalahgunaan dadah. Budaya lepak, rempit, gengster dan ponteng antara jalan permulaan kepada masalah yang lebih besar. Rokok menjadi teman yang tidak mungkin ditinggalkan dan ada antaranya yang terjebak bermula dengan rokok. Mereka sentiasa berkongsi rokok hingga tidak sedar bahan dadah telah dimasukkan.
Dewasa ini, dadah jenis sintetik seperti syabu/'ice'/batu, begitu banyak menguasai pasaran dadah. Walaupun di kawasan kampung/felda, ianya mudah didapati. Kesannya yang amat meransang dan merbahaya, cukup digilai penagih-penagih baru. Ianya mula meresapi remaja yang bermasalah ini dengan begitu mudah. Mereka mula aktif melepak dan merempit. Apabila remaja terlibat, maka secara tidak langsung tahap disiplin mereka semakin buriuk, mereka semakin minat ponteng dan wujud budaya gengster. Sayangnya, perubahan negatif mereka ini tidak disedari oleh kebanyakkan ibu bapa.
Terdapat juga remaja kita yang terlibat dengan ganja, hidu gam, minum air ketum dan sebagainya. Kesan pengambilan dadah dan bahan terlarang ini begitu mudah dapat dilihat pada wajah dan personaliti mereka. Mereka ini tidak terurus dan mudah menggelabah. Air ketum juga begitu mudah didapati terutama di majlis kenduri kahwin.
Semasa operasi urin diadakan, PPDa juga telah menjalankan Soalselidik melibatkan pengakuan pelajar tentang mengambilan dadah, rokok, hidu gam, ubat batuk, air ketum, arak/alkohol dan zina. Agak mengejutkan apabila ada yang terlibat. Ujian dan soalselidik ini juga melibatkan pelajar perempuan.
Minggu Antidadah 2011 : Tahniah dan terima kasih kepada sekolah yang telah melaksanakannya.
Minggu Anti Dadah merupakan satu program PPDa yang sentiasa dilaksanakan setiap tahun. Ianya selaras dengan sambutan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan yang disambut pada setiap 19 Februari. Minggu antidadah diadakan di sekolah-sekolah, mulai Februari hingga Mac setiap tahun. Tema minggu antidadah pada tahun ini ialah "1Malaysia Membanteras Dadah".
Pejabat Pelajaran Daerah Maran mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua sekolah Daerah Maran yang telah berjaya melaksanakan Minggu Antidadah peringkat sekolah. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah;
- Bacaan Perutusan Pengarah Pelajaran Pahang berkenaan Antidadah
- Bacaan Ikrar Jauhi Dadah
- Persembahan Puisi, Sketsa, Dikir, Boria Antidadah
- Pertandingan melukis dan mewarna antidadah
- Pertandingan mengarang antidadah
- Nyanyian lagu Tema antidadah
- Gimik antidadah
Semoga usaha yang dilaksanakan memberi impak kepada para pelajar agar menjauhi dadah. Kita seharusnya bimbang dengan perkembangan semasa di mana dadah begitu mudah menjerat pelajar. Hingga kini sukar menyatakan bahawa Sekolah Bebas Dadah kerana masih kedapatan segelintir pelajar pernah mencuba dadah. Usaha yang lebih giat amat perlu bagi memastikan para pelajar mempunyai kekuatan untuk menghalangi dadah daripada menjerat pelajar.
Langgan:
Catatan (Atom)
KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014
SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH ...

-
SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH ...
-
Urin yang positif Methapetamin (Syabu) Air kencing yang diuji. Ujian Urin telah diadakan di semua sekolah menengah. Bagi Da...
-
Dalam memastikan program PPDa berjalan dengan mantap, pihak sekolah haruslah memastikan pengurusan PPDa berfungsi di sekolah masing-masing. ...