Sabtu, 12 Februari 2011

Ketagihan Ketum (Usaha pencegahan perlu kerana ianya semakin menular di kalangan pelajar)

Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.
     Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.
     Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Kesan penagihan daun Ketum

Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah
  • susut berat badan
  • insomnia
  • anoreksia
  • bibir menjadi kering
  • sembelit atau kesukaran membuang air besar.
  • kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya
Kesan-kesan penyingkiran (withdrawal)
  • Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair
  • sengal-sengal sendi
  • mudah marah
  • lemah untuk bekerja

  • inilah pokok ketum yang tumbuh meliar di sekitar kita terutama di kawasan berhampiran sungai.
#Ketum adalah pokok yang berasal dari kawasan Asia Tenggara. Ia tergolong di dalam keluarga pokok kopi. Daun ketum lazim digunakan sebagai perangsang, sebagai ubat penenang, untuk rileks atau rehat, sebagai ubat penahan sakit, ubat mengatasi cirit birit dan rawatan untuk penagihan heroin.

#Ia boleh dikunyah dalam bentuk daun segar atau serbuk. Ia juga boleh direbus seperti teh, ataupun dihisap. Serbuk daun ketum boleh diperah dan dicampur dengan jus buah-buahan untuk mengurangkan rasa pahitnya.

#Ketum telah diharamkan penggunaannya oleh kerajaan Malaysia, Australia, Thailand dan Myanmar.

#Tanda-tanda dan gejala
Kekerapan penggunaan daun ketum boleh menjadi satu tabiat. Penyalahgunaan daun ketum juga boleh menimbulkan gejala-gejala seperti keganasan, permusuhan, pengeluaran air mata yang kerap, sakit lenguh-lenguh di otot dan sendi, kerap membuang air kecil dan boleh menghadapi sembelit. (najis selalunya kelihatan gelap, keras dan kecil).
Penggunaan daun ketum dalam jangka masa yang panjang boleh menghasilkan gejala tarikan/gian fizikal sepertimana yang dihasilkan dari penggunaan heroin, seperti merasa seram sejuk, muntah, cirit-birit, mudah marah dan sering menjadi letih-lesu. Gejala-gejala tarikan ini akan berakhir dalam jangka masa 4 ??? 5 hari.

#Kesan dan akibat
Penggunaan daun ketum secara jangka panjang boleh menyebabkan kulit pipi menjadi gelap. Penagihan ketum juga boleh menyebabkan mereka mendapat sawan dan menjadi hilang akal (psikosis ketum).

     Masalah ketum semakin menular bukan sahaja di kalangan orang ramai malah terhadap pelajar. Berdasarkan kajian dan pengakuan pelajar, pengambilan air ketum semakin bertambah dan ramai pelajar yang mudah terjebak dalam penagihan ketum. Sumber bekalan yang mudah dan ianya kadangkala dapat dilihat menjadi suatu hidangan dalam kenduri kendara. Paling membimbangkan apabila kanak-kanak pelajar mula minum air ketum bersama keluarga sendiri. Terdapat pengakuan pelajar yang disoalselidik menyatakan bahawa mereka minum air tersebut sewaktu kenduri diadakan di rumah mereka.
     Ketum berada dalam penguatkuasaan  akta Racun. Ketika ini penguatkuasaan ke atasnya masih kurang. Pelajar-pelajar yang berada di kampung atau Felda, mudah terdedah dengan masalah ini. Ketum dianggap sebagai ramuan air akar kayu (herba), menyebabkan ianya digunakan tanpa melihat kesan jangka panjangnya.
     Kita mengharapkan, pendedahan bahaya 'ketum' dapat dilakukan terutama kepada pelajar dan masyarakat. Kita bimbang kerana banyak pengakuan pelajar terlibat dengan permasalahan ini hingga menyebabkan mereka mula terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan gejala sosial.

Isnin, 7 Februari 2011

Berita akhbar: Pelajar terlibat Dadah

KUANTAN - Golongan pelajar disarankan supaya menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan menjauhkan diri daripada terlibat dalam sebarang salah laku jenayah serta penyalahgunaan dadah.
Pembabitan pelajar dalam gejala ini bukan sahaja menyalahi undang-undang malah akan menjejaskan pelajaran masing-masing.
      Walaupun salah laku pelajar dalam jenayah dan dadah masih terkawal, pendedahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri (JSJN) berhubung penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar tahun lalu agak membimbangkan.
      Ketuanya, Superinten dan Yap Toon Khuan berkata, penyalahgunaan dadah sintetik di kalangan pelajar termasuk pelajar sekolah, institut pengajian tinggi awam dan swasta di negeri ini menunjukkan peningkatan apabila meningkat 79 kes atau 83.2 peratus tahun lalu berbanding hanya 95 kes tahun 2009. Menurutnya, usaha membendung gejala itu menjadi sebahagian fokus utama Pelan Tindakan 2011 Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri.
      “Melalui pelan ini, JSJN akan mengadakan perbincangan secara lebih kerap dengan pihak bertanggungjawab termasuk Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) serta pihak sekolah. “Melalui perbincangan secara bersama, kita dapat mengenal pasti masalah dan punya sebenar segelintir pelajar boleh terjebak dalam gejala merosakkan ini,”katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.
      Beliau berkata, pihaknya juga akan memastikan peranan lebih berkesan Pegawai Perhubungan Narkotik Sekolah yang dilantik bagi menangani isu ini.
      Sementara itu Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani dalam sidang medianya baru-baru ini berkata, beliau akan memastikan semua Pegawai Perhubungan Sekolah merangka dan mengadakan program berkesan berhubung pencegahan jenayah di setiap sekolah. Menurutnya, pegawai yang dilantik akan berkunjung ke sekolah terpilih untuk bertemu pelajar dan mencari jalan penyelesaian terbaik jika wujud salah laku jenayah di kalangan segelintir pelajar.
      Usaha yang diambil pihak polis itu tidak membawa makna jika pelajar itu sendiri terus berdegil dan sanggup menggadaikan masa depan hanya kerana desakan naluri mereka. Natijah daripada tindakan itu, ada segelintir pelajar terjebak dengan jenayah termasuk mencuri, mencuri motosikal, samun, rogol, pengambilan dadah dan pelbagai gejala tidak sihat yang lain.
      Bagi mengelak terjebak dengan aktiviti tidak sihat itu, pelajar disarankan supaya melibatkan diri dalam aktiviti lebih berfaedah seperti bersukan, berpersatuan, menyertai pasukan beruniform dan melibatkan diri dalam program amal atau badan sukarela.  

Petikan akhbar Sinar Harian Edisi Pahang, 7 Februari 2011

Khamis, 27 Januari 2011

Buku PROSIDAR

Buku Prosidar Tahap 1

Buku Prosidar Tahap 2
Ramai kalangan guru atau sekolah yang kehilangan buku Prosidar yang telah dibekalkan KPM. Memandangkan buku atau kit tersebut suadah tidak diterbitkan lagi, PPDa Maran telah memuatkan satu fail Prosidar di ruangan muat turun. Pengguna atau guru boleh memuat turun bahan ('Folder' Prosidar). Setelah itu, guru atau sekolah dikehendaki mencetaknya bagi simpanan dan kegunaan P&P guru. Harap maklum.

Selasa, 25 Januari 2011

PPDa : Fokus 2011

2011 menjadi tahun penting dalam perlaksanaan PPDa terutama di sekolah-sekolah. Peranan guru-guru PPDa amat diharapkan dalam memastikan dasar dan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia terutama berkaitan pendidikan pencegahan dadah. Usaha lebih giat amat perlu dalam usaha memberi pendidikan pencegahan kepada para pelajar agar tidak terjebak dengan gejala dadah dan salah laku sosial pelajar.
     Bagaimana untuk memastikan fokus PPDa dapat dilaksanakan dengan berkesan dan impak kepada pelajar? 5 pencegahan yang menjadi fokus PPDa amat penting diberi perhatian oleh semua pihak iaitu;
  1. Pencegahan Dadah
  2. Pencegahan rokok
  3. Pencegahan inhalan
  4. Pencegahan alkohol/arak
  5. Pencegahan seks bebas
Harus diingat, semua perkara ini tidak mungkin diatasi jika tiada kerjasama semua pihak. Pengetua dan Guru Besar amat perlu memberikan fokus kepada PPDa agar visi dan misi kita tercapai. Para guru berperanan memberi maklumat dan pendidikan pencegahan kepada para pelajar. Semua pelajar pula perlu menggunakan maklumat dan pendidikan pencegahan dadah sebagai 'pendinding' dalam menghadapi gejala sosial terutama dadah dan rokok.
     Unit PPDa bersama AADK, PDRM dan Jabatan Kesihatan, sentiasa bekerjasama dalam banyak perkara. Untuk 2011 ini juga, selain pelajar, kakitangan pendidikan juga mungkin diuji urin bagi memastikan PPDa memberi pendidikan pencegahan kepada semua warga sekolah dan komuniti.
     Bilik Sumber dan Lorong PPDa juga akan dimurnikan dan pemantauan ke Bilik Sumber PPDa akan dilaksanakan bagi memastikan mesej PPDa sampai kepada golongan sasaran.

Rabu, 19 Januari 2011

Bengkel Kenali Anak Kita Anjuran Persatuan Pengasih Malaysia

Satu bengkel yang dikendalikan oleh Persatuan PENGASIH akan diadakan pada;
     Tarikh : 25 hingga 27 Januari 2011
     Tempat : Hotel Seri Malaysia , Kuantan

 Program ini melibatkan peserta yang terdiri daripada orang ramai terutama Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah seluruh Pahang. Ia melibatkan pelbagai aktiviti seperti bengkel, ceramah, perbentangan program, soal-jawab, dan forum. Peranan PENGASIH dapat dijelaskan kepada semua AJK PIBG dan seterusnya dapat meningkatkan perhatian kepada anak-anak terutama yang masih bersekolah. Justeru itu, program seumpama ini amatlah digalakkan dan seharusnya mendapat sambutan daripada ibu bapa khasnya dan masyarakat keseluran amnya.

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...