Khamis, 27 Januari 2011

Buku PROSIDAR

Buku Prosidar Tahap 1

Buku Prosidar Tahap 2
Ramai kalangan guru atau sekolah yang kehilangan buku Prosidar yang telah dibekalkan KPM. Memandangkan buku atau kit tersebut suadah tidak diterbitkan lagi, PPDa Maran telah memuatkan satu fail Prosidar di ruangan muat turun. Pengguna atau guru boleh memuat turun bahan ('Folder' Prosidar). Setelah itu, guru atau sekolah dikehendaki mencetaknya bagi simpanan dan kegunaan P&P guru. Harap maklum.

Selasa, 25 Januari 2011

PPDa : Fokus 2011

2011 menjadi tahun penting dalam perlaksanaan PPDa terutama di sekolah-sekolah. Peranan guru-guru PPDa amat diharapkan dalam memastikan dasar dan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia terutama berkaitan pendidikan pencegahan dadah. Usaha lebih giat amat perlu dalam usaha memberi pendidikan pencegahan kepada para pelajar agar tidak terjebak dengan gejala dadah dan salah laku sosial pelajar.
     Bagaimana untuk memastikan fokus PPDa dapat dilaksanakan dengan berkesan dan impak kepada pelajar? 5 pencegahan yang menjadi fokus PPDa amat penting diberi perhatian oleh semua pihak iaitu;
  1. Pencegahan Dadah
  2. Pencegahan rokok
  3. Pencegahan inhalan
  4. Pencegahan alkohol/arak
  5. Pencegahan seks bebas
Harus diingat, semua perkara ini tidak mungkin diatasi jika tiada kerjasama semua pihak. Pengetua dan Guru Besar amat perlu memberikan fokus kepada PPDa agar visi dan misi kita tercapai. Para guru berperanan memberi maklumat dan pendidikan pencegahan kepada para pelajar. Semua pelajar pula perlu menggunakan maklumat dan pendidikan pencegahan dadah sebagai 'pendinding' dalam menghadapi gejala sosial terutama dadah dan rokok.
     Unit PPDa bersama AADK, PDRM dan Jabatan Kesihatan, sentiasa bekerjasama dalam banyak perkara. Untuk 2011 ini juga, selain pelajar, kakitangan pendidikan juga mungkin diuji urin bagi memastikan PPDa memberi pendidikan pencegahan kepada semua warga sekolah dan komuniti.
     Bilik Sumber dan Lorong PPDa juga akan dimurnikan dan pemantauan ke Bilik Sumber PPDa akan dilaksanakan bagi memastikan mesej PPDa sampai kepada golongan sasaran.

Rabu, 19 Januari 2011

Bengkel Kenali Anak Kita Anjuran Persatuan Pengasih Malaysia

Satu bengkel yang dikendalikan oleh Persatuan PENGASIH akan diadakan pada;
     Tarikh : 25 hingga 27 Januari 2011
     Tempat : Hotel Seri Malaysia , Kuantan

 Program ini melibatkan peserta yang terdiri daripada orang ramai terutama Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah seluruh Pahang. Ia melibatkan pelbagai aktiviti seperti bengkel, ceramah, perbentangan program, soal-jawab, dan forum. Peranan PENGASIH dapat dijelaskan kepada semua AJK PIBG dan seterusnya dapat meningkatkan perhatian kepada anak-anak terutama yang masih bersekolah. Justeru itu, program seumpama ini amatlah digalakkan dan seharusnya mendapat sambutan daripada ibu bapa khasnya dan masyarakat keseluran amnya.

Jumaat, 14 Januari 2011

JSJN pantau kes pelajar lalok

KUANTAN - Penyalahgunaan dadah sintetik dalam kalangan pelajar termasuk pelajar sekolah, institut pengajian tinggi awam dan swasta di negeri ini menunjukkan peningkatan agak membimbangkan apabila naik sebanyak 79 kes atau 83.2 peratus tahun lalu berbanding hanya 95 kes tahun 2009. 
          Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Yap Toon Khuan berkata, bagaimanapun kes yang dilaporkan membabitkan golongan itu hanya melibatkan penyalahgunaan dan memiliki dadah.
          Menurutnya, usaha membendung gejala itu menjadi sebahagian fokus utama Pelan Tindakan 2011 Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri.
          “Melalui pelan ini, JSJN akan mengadakan perbincangan secara lebih kerap dengan pihak bertanggungjawab termasuk Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) serta pihak sekolah.
          “Melalui perbincangan secara bersama, kita dapat mengenal pasti masalah dan punya sebenar segelintir pelajar boleh terjebak dalam gejala merosakkan ini,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam. Beliau berkata, pihaknya juga akan memastikan peranan lebih berkesan Pegawai Perhubungan Narkotik Sekolah yang dilantik.
           Sementara itu, Toon Khuan juga berkata, pihaknya akan turut padang ke peringkat akar umbi menemui pemimpin setempat untuk berbincang tindakan bersama membendung gejala menghidu gam dalam kalangan pelajar dan remaja. Menurutnya, setakat ini tiada sebarang tindakan dapat diambil ke atas penagih gam.
          “Bagaimanapun pihak polis memandang serius gejala ini dan langkah membendungnya perlu dilakukan segera dengan kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa, ketua kampung, Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK), wakil rakyat dan pemimpin setempat,” katanya.
          Beliau berkata, setakat ini pihaknya hanya bertindak menghubungi keluarga pelajar atau remaja yang ditahan kerana menghidu gam bagi memaklumkan tentang kegiatan anak masing-masing.


Sememangnya dadah sintetik mula menular dikalangan pelajar. Di Maran sendiri, kita melihat 'trend' terkini dadah mula beralih kepada dadah sintetik. Hidu gam masih juga menjadi masalah kita. Tidak hairan jika ada sesetengah tempat, botol-botol gam boleh dilihat di tepi-tepi padang bola atau rumah-rumah tinggal.
          PPDa amat mengharapkan kerjasama semua pihak dalam meyokong PDRM dalam mengatasi permasalahan ini.

Rabu, 12 Januari 2011

Buku-buku Rujukan PPDa

KPM dan JPN telah berusaha agar PPDa menjadi agenda penting sekolah. Buku-buku telahpun diterbitkan bagi sumber rujukan para guru PPDa untuk merancang dan melaksanakan program. Diharapkan buku-buku sentiasa digunakan dan bukan 'hilang dalam tangan'.
Buku Perancangan Strategik PPDa 2007 -2011

Pekeliling Ikhtisas PPDa

Buku Panduan Perlaksanaan PPDa di Sekolah

Buku SLAD

Pelaporan PPDa 2009

Jurnal PPDa

PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) DAERAH MARAN

Dalam memastikan program PPDa berjalan dengan mantap, pihak sekolah haruslah memastikan pengurusan PPDa berfungsi di sekolah masing-masing. Pengurusan yang berkualiti akan membantu perlaksanaan Program PPDa diterima oleh keseluruhan komuniti sekolah. Ia juga akan memberi kesan kepada diri pelajar agar tidak mudah terjebak dalam penagihan rokok dan dadah diperingkat awal lagi.

Program PPDa yang diadakan adalah bagi mencegah beberapa perkara yang menjadi gerak kerja PPDa iaitu;
a) Pencegahan Rokok
b) Pencegahan Inhalan
c) Pencegahan Alkohol/Arak
d) Pencegahan Dadah
e) Pencegahan Seks Bebas/Zina

Oleh yang demikian, sistem fail yang tersusun hendaklah diwujudkan. Ini bukan sahaja memudahkan proses pemantauan oleh KPM/JPN/PPD dan pihak sekolah sendiri, malah membantu pengurusan guru di sekolah. Beberapa perkara perlu diberi perhatian, antaranya;

1. Fail PPDa (Fail Induk)
a. Fail putih yang didaftarkan melalui rekod fail
b. Terkandung surat diterima dan surat keluar.
c. Perlu sentiasa direkod/semak/diminit.

2. Fail Pengurusan PPDa (Fail Sokongan)
Fail ini amat penting bagi pengurusan dan pemantauan. Sekolah perlu memastikan fail ini diwujudkan dan aktif. Sila rujuk Buku Panduan Perlaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah dan Buku Perancangan Strategik 5 Tahun PPDa yang telah dibekalkan kepada semua sekolah.
a. Misi, Visi , Objektif dan matlamat PPDa
b. Jawatankuasa PPDa Sekolah 2011
c. Senarai tugas Jawatankuasa 2011
d. Perancangan / Takwim PPDa 2011
e. Pelan Tindakan
f. Kertas kerja/ Aktiviti
g. Pelaporan aktiviti
h. Surat Pekeliling PPDa
i. Perancangan Bilik Sumber/Lorong PPDa
j. JK dan jadual Rakan/Pengawas PPDa
k. Kajian PPDa

3. Rekod-rekod PPDa
a. Rekod Kes Murid Terlibat Dadah/Ujian Urin (SM)
b. Rekod Kes Murid Terlibat Rokok (SM dan SR)
c. Rekod Aktiviti PPDa
d. Rekod Penggunaan Bilik Sumber/ Sudut PPDa
e. Lain-lain rekod

4. Program/Aktiviti PPDa
a. PPDa Dalam KBSM (Sisipan Dalam P&P ) – SM
    i. Pendidikan Pencegahan Dadah diselitkan dalam pengajaran guru.

b. Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR)
    i. Dilaksanakan oleh guru melalui P&P dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK).
   ii. Tajuk P&P boleh dirujuk kepada Buku Teks PJPK (Thn 1 -6) atau merujuk Buku Kit Pengajaran  
      dan Pembelajaran PROSIDAR yang telah dibekal kepada sekolah.
  iii. Guru PJPK juga merupakan Guru PROSIDAR.

c. Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) – SM
i. Wajib untuk Sekolah Menengah
ii. Berbentuk Persatuan Pelbagai Uniform. (rujuk buku SLAD)
iii. Fokus Pelajar Tingkatan 2 ,3,4 dan 5.
iv. Sijil SLAD diberikan kepada ahli Tingkatan 5.
v. Disediakan buku aktiviti SLAD.
vi. Program berterusan setiap tahun.

d. Kempen Anti Rokok/Nafas Segar
i. Semua sekolah perlu memantapkan program ini.
ii. Ceramah, Ujian Penafasan anti rokok dan pameran anti rokok.
iii. Kerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah

e. Sambutan Minggu Anti Dadah
i. Wajib untuk semua sekolah.
ii. Pelbagai aktiviti berteraskan PPDa
iii. Dilaksanakan seminggu/hari.

f. Kempen/Pameran Anti Dadah
i. Dapatkan kerjasama dengan AADK Daerah, PDRM, Pejabat Kesihatan, Pejabat Agama
ii. Sewaktu Minggu Anti Dadah/Mesyuarat Agung PIBG/Sukan/dll

g. Aktiviti Karnival/Pertandingan PPDa/Kuiz PPDa
i. Pelbagai aktiviti termasuk kesenian dan kebudayaan
ii. Boleh dimasukkan dalam Minggu Anti Dadah

h. Mesej Anti Dadah Dalam Kelas/Perhimpunan
i. Menggunakan buku 5 minit Mesej Anti Dadah
ii. Perlu dijadualkan tajuk dan guru/pelajar bertugas

i. Program Intervensi Pelajar (SM)
i. Berfokus kepada pelajar-pelajar yang berisiko
ii. Program berbentuk kem kesedaran/pemulihan pelajar.
iii. Sekolah boleh laksanakan dengan gabungan Badan disiplin/Agama/Kaunseling.
iv. Boleh dapatkan kerjasama dengan Pejabat Agama Daerah.

j. Program Kesedaran HIV/AIDS (PROKES) – SM
i. Wajib dilaksanakan.
ii. Berfokus kepada semua pelajar Tingkatan 5.
iii. Kerjasama dengan Unit HIV/AIDS, Pejabat Kesihatan Daerah

k. Program Keibubapaan
i. Memasukkan program PPDa dalam aktiviti melibatkan ibu bapa. Contohnya ceramah Masalah Dadah dikalangan remaja di Mesyuarat Agung PIBG.
ii. Kerjasama dengan unit PPDa atau AADK Daerah.

l. Program Perkembangan Staf
i. Aktiviti membantu PPDa
ii. Menaiktaraf Bilik Sumber/ Lorong PPDa
iii. LDP/Ceramah PPDa

m. Program-program lain yang berkaitan.
i. Kerjasama dengan Kelab PROSTAR atau Doktor Muda
ii. Kerjasama dalam aktiviti peringkat komuniti/daerah.
iii. Progran Intervensi bersama AADK/PDRM
iv. Program-program anjuran AADK/PDRM/Kesihatan/JKM/PEMADAM dsb.

5. Buku-buku PPDa
a. Perancangan Strategik 5 Tahun PPDa
b. Panduan Perlaksanaan PPDa di Sekolah
c. Pekeliling Ikhtisas PPDa Maran
d. Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)
e. Jurnal PPDa
f. Pelaporan PPDa 2009
g. Buku Kit Pengajaran dan Pembelajaran PROSIDAR

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...