Selasa, 11 Januari 2011

149 Wanita Malaysia ditahan "Keldai Dadah"

SEJAK 1991, seramai 1,560 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, termasuk 315 orang ditahan pada tahun 2010 kerana pelbagai kesalahan.
Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay berkata, 785 daripada mereka termasuk 149 wanita didakwa terbabit dengan penyeludupan dadah dengan dijadikan ‘keldai dadah’.
“Kerajaan memandang serius terhadap masalah rakyat negara ini yang dijadikan ‘keldai dadah’ dan Kementerian Luar menjalankan pelbagai kempen kesedaran secara berterusan menerusi media massa dengan kerjasama agensi berkaitan, misalnya saya sendiri mengambil bahagian dalam dialog di RTM (Radio Televisyen Malaysia) untuk memberi peringatan mengenai perkara itu.
“Kementerian turut bekerjasama dengan Pemadam (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia), polis, Kementerian Pengajian Tinggi dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk merangka program kesedaran,” katanya.


                    
Apakah kita mahu melihat lebih ramai anak-anak gadis dan remaja kita yang terjerat kerana dadah? Pendidikan yang diberi selama ini oleh ibu bapa , guru dan sekolah seolah-olah sia-sia belaka. Kita tidak mahu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) hanya menjurus atau berfokus kepada pelajar lelaki bermasalah sahaja. Semua pihak termasuk pelajar-pelajar perempuan seharusnya didedahkan dengan lebih serius akan bahaya dadah ini.
     Pihak sekolah juga tidak perlu melihat Program PPDa hanya program sampingan sekolah. Usaha lebih serius dan menyeluruh amat perlu dalam memastikan para pelajar mempunyai kekuatan dalam menangani permasalahan dadah.
    Selain pelajar perempuan, fokus juga perlu diberi kepada semua guru agar terlibat secara langsung dalam program PPDa dan bukan menjadikan PPDa seperti program 'persatuan'. Kita harus juga merasa bimbang dengan fenomena dewasa ini di mana ada kalangan guru juga terlibat dengan gejala dadah. Jika tidakpun, ramai cikgu lelaki yang menjadi 'perokok tegar'. Sekira ini berlaku (guru terlibat dengan dadah atau rokok), maka objektif dan matlamat PPDa tidak akan tercapai.
     Usaha semua pihak harus seiring dan lebih mantap dalam menghadapi permasalahan dadah dewasa ini.

Ahad, 9 Januari 2011

Alatan Ujian Urin

Terdapat beberapa bentuk alat ujian saringan air kencing (Urin) di pasaran sekarang. Ia bertujuan untuk mengesan kadar kimia dadah dalam air kencing. Ia akan menunjukkan positif ( 1 jalur) dan negatif (2 jalur). Strip untuk ujian dadah ini digunakan sewaktu ujian saringan urin di sekolah-sekolah oleh pihak AADK yang bersama PPDa mencegah dadah di kalangan pelajar sekolah.
          Strip ini juga digunakan oleh pasukan nakotik PDRM. Sekiranya positif, air kencing mereka akan dihantar ke hospital untuk ujian klinikal. Biasanya bagi mereka yang positif dadah syabu akan dihantar air kencing mereka ke Hospital Kuala Lumpur untuk ujian makmal (klinikal). Bagi yang masih positif, mereka ini akan di dakwa di mahkamah atas kesalihan penagihan dadah.
          Bagi pelajar pula, mereka yang positif klinikal akan di beri perhatian serius dengan mengadakan sesi kaunseling individu, kelompok dan kaunseling keluarga. Mereka ini juga akan dibimbing agar menjauhi dadah.
Alat ujian urin terbaru di pasaran

Alat ujian bersama mangkuk


Alat ujian ini ada pelbagai bentuk dan kaedah. Boleh dibeli di farmasi.

Ahad, 2 Januari 2011

2011, Gerak Gempur PPDa

2011 telah menjelma. Pendidikan Pencegahan Dadah akan berjalan dan dilaksanakan secara berterusan dan tersusun. Ini bagi memastikan Visi dan Misi PPDa terlaksana menjelang 2012. 1Malaysia Membanteras Dadah masih menjadi tema ‘Gerak Gempur PPDa ‘ pada tahun 2011 ini.

        Sekolah Bebas Dadah 2012 yang menjadi visi PPDa hanya tinggal satu tahun lagi. Apakah pencapaian kita? Apakah yang telah kita lakukan bagi memastikan visi dan misi ini tercapai? Sememamangnya sukar untuk dicapai jika tiada kerjasama daripada semua pihak. Baik pelajar, guru, sekolah , ibu bapa, kepimpinan dan masyarakat, semuanya harus menyumbangkan peranan dalam memastikan tiada lagi kes-kes dadah, positif urin dan anasir dadah memasuki sekolah dan meresapi pelajar.

        Kita melihat cabaran yang mendatang amat merunsingkan terutama apabila ‘trend operasi dadah’ mula melibatkan remaja. ‘Trend Dadah baru’ seperti Syabu, pil-pil kuda yang mula melibatkan remaja kini semakin berkembang. Namun begitu, berdasarkan data dan analisis yang telah dijalankan, kes-kes positif urin dan tangkapan polis melibatkan pelajar semakin berkurang. Di Pahang sendiri, beberapa daerah telah ‘ Sifar dadah’ iaitu tiada kes tangkapan atau positif urin sepanjang 2010.

        Daerah Maran sepanjang 2010 telah mencatat  11 kes positif urin (saringan) dan 1 positif Klinikal serta tiada tangkapan polis. Ini memperlihatkan peningkatan kes daripada 2 orang positif urin pada tahun 2009. Usaha yang gigih amat diperlukan dalam memastikan Maran bebas Dadah pada 2011.

        Usaha pendidikan dan pencegahan perlu digerakkan secara bersepadu dan menyeluruh ke semua sekolah. Program-program PPDa perlu diberi perhatian utama oleh pihak sekolah di samping akademik. Kempen dan ceramah anti dadah kepada golongan sasaran perlu diperhebatkan. Masalah penagihan rokok juga perlu diberi perhatian yang serius. Soal-selidik yang telah dijalankan oleh unit PPDa mendapati rokok merupakan kes tertinggi di Maran. Oleh yang demikian, pihak sekolah, PIBG dan masyarakat perlu memandang masalah ini dengan lebih serius. Kempen antirokok dan Nafas Segar hendaklah dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi. Keakuran kepada Pekeliling dan Peraturan perlu bagi memastikan masalah ini dapat diatasi. Kawasan Sekolah, Kawasan Larangan Merokok hendaklah dipatuhi oleh semua pihak.
      
      Yang pastinya, Dadah masih MUSUH NOMBOR 1 NEGARA. Semua pihak perlu berusaha bagi memastikan sekolah, pelajar, keluarga dan masyarakat kita bebas daripada DADAH.

Rabu, 29 Disember 2010

Program Nafas Segar/Antimerokok Daerah Maran 2010 di SMK Cedung Jaya

Para pelajar berminat dengan bahan pameran.


Sudut Pameran Anti Rokok






Pelajar memberi tumpuan sepenuhnya terhadap ceramah yang disampaikan


Soalselidik, pameran dan soal jawab para pelajar dengan pegawai kesihatan.

Seorang pelajar mencuba alat ujian penafasan anti rokok.

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 2 November 2010. Dihadiri seramai 200 orang pelajar memberi kesan mendalam kepada para pelajar.

Program Nafas Segar/ Antirokok Daerah Maran di SMK Jengka 10

Gimik 'Rokok Gergasi'


Program Nafas Segar/Antirokok yang dijalankan di SMK Jengka 10. Program ini telah dijalankan pada 3 November 2010.

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...