Dedikasi untuk PPDa. 1 MALAYSIA KE ARAH BEBAS DADAH
Sabtu, 4 Disember 2010
Seminar Kenali Anak Kita
Program ajuran PENGASIH bersama Petronas ini telah dijalankan di Dewan Daerah Temerloh, pada hari Sabtu, 4 Disember 2010. Jabatan Pelajaran Pahang bersama PPD Temerloh juga terlibat dalam urusetia program. Seminar ini telah dihadiri oleh para penjawat awam, Pengetua, Guru Besar, guru-guru, PIBG, agensi dan jabatan. Turut sama dalam program ini ialah artis Jamal Abdillah.
Antara matlamat penganjuran ini ialah memberi pendedahan terhadap peranan ibu bapa kepada perkembangan anak-anak agar tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Sabtu, 27 November 2010
Lawatan Penilaian Bilik sumber dan lorong sumber PPDa peringkat Negeri Pahang 2010
Penilaian Bilik Sumber dan Lorong Sumber PPDa negeri Pahang telahpun dilaksanakan di sekolah-sekolah negeri Pahang. Maran tidak ketinggalan menyertai pertandingan ini. Antara sekolah y7ang terlibat ialah SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor, SK Maran dan SK Jengka 5.
SMK Tengku Ampuan Afzan dan SK Jengka 5 terlibat dalam pertandingan Lorong Sumber PPDa. Kita mengharapkan pada tahun hadapan, semua sekolah di Daerah Maran dapat membuat persiapan awal dan meningkatkan bilik/lorong sumber masing-masing.
Gambar-gambar oleh PPDa Jerantut.

SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor.
SK Jengka 5
Gambar-gambar oleh PPDa Jerantut.
Mencipta Blog untuk dokumentasi
Alhamdulillah Blog PPDa Maran sentiasa digunakan sebagai bahan rujukan oleh orang ramai. PPDA Maran juga telah membantu semua Daerah di Negeri Pahang untuk mencipta Blog PPDa Daerah masing-masing. Kursus pembinaan blog PPDa telah diadakan di PPD Jerantut pada 7 Oktober yang lalu. Sekarang Pahang merupakan antara negeri yang mempunyai Blog PPDa.
Kita juga mengharapkan sekolah-sekolah di semua daerah di Pahang untuk mengadakan laman web atau blog yang menjadi satu bentuk pelaporan PPDa. Insyaallah, pada tahun depan, PPD Maran akan usahakan kursus pembinaan blog PPDa setiap sekolah. Perlu diingat, dalam instrumen penilaian PPDa juga ada markah yang melibatkan pembinaan blog/web. Setidak-tidaknya Buletin harus diwujudkan sebagai satu bentuk pelaporan dan pendokumentasian. Ini selaras dengan dasar inovasi yang dikehendaki oleh pihak jabatan.
Ianya juga perlu dilihat sebagai satu bentuk peningkatan kualiti pengurusan PPDa. Diharapkan usaha ini mendapat sokongan semua pihak sama ada guru dan pelajar.

Khamis, 11 November 2010
Terima Kasih Kepada Semua Sekolah dan Guru PPDa Daerah Maran
Tahniah dan syabas kepada semua sekolah dan para guru yang banyak membantu pengurusan PPDa sama ada di peringkat sekolah ataupun daerah.Usaha dan kerjasama amat diharapkan daripada semua sekolah dalam menjayakan wawasan PPDa iaitu "SEKOLAH BEBAS DADAH 2012".
Walaupun ketiadaan peruntukan pada tahun 2010 ini, namun semua sekolah daerah Maran berjaya mewujudkan dan menlaksanakan aktiviti :
Laporan-laporan aktiviti yang dikehendaki telahpun dihantar. Namun begitu masih banyak yang perlu kita perbaiki dan tingkatkan pada masa akan datang.
Walaupun ketiadaan peruntukan pada tahun 2010 ini, namun semua sekolah daerah Maran berjaya mewujudkan dan menlaksanakan aktiviti :
- Pengurusan PPDa di sekolah
- Fail dan dokumentasi PPDa
- Minggu Anti Dadah
- Program Nafas Segar/ Antirokok
- Ceramah Dadah
- terlibat dalam Karnival Nilai Murni Cegah Jenayah Negeri Pahang 2010
- Ujian Urin sekolah menengah
- Program Kesedaran HIV/AIDS (PROKES)
- Bilik Sumber, Sudut Sumber dan Lorong Sumber PPDa di sekolah
- Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR)
Laporan-laporan aktiviti yang dikehendaki telahpun dihantar. Namun begitu masih banyak yang perlu kita perbaiki dan tingkatkan pada masa akan datang.
Selasa, 2 November 2010
Majlis Jasamu dikenang Bersama Dato' Zulkifli Wazir
Satu majlis Jasamu Dikenang bersempena persaraan Y. Bhg Dato', Haji Zulkifli Mohd Wazir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di Tiara Beach Resort Port Dickson, Negeri Sembilan. pada 18 Oktober 2010. Majlis Persaraan anjuran Unit PPDa, KPM ini adalah majlis pertama beliau sempena persaraan pada 21 November 2010.
Semua Pegawai Khas Dadah (PKD) seluruh negeri berkesempatan bertemu dan mengucapkan salam perpisahan dengan Y.Bhg Dato'. Persaraan Y.Bhg Dato' Zulkifli merupakan satu kehilangan besar buat semua warga pendidikan. Jasa dan pengorbanan beliau sentiasa dikenang. Kenangan bersama beliau juga sentiasa menjadi saat manis dan tetap dikenang.
Mengorak langkah sebagai guru, beliau pernah mengajar dibeberapa buah sekolah terutama di Negeri Pahang. Beliau pernah menjadi Pengetua di SMK Chini, Pekan, SMK Ahmad, Pekan, dan SMK Lepar Hilir, Kuantan. Seterusnya beliau pernah menjawat jawatan Pegawai Pelajaran Daerah Maran dan PPD Pekan. Beliau seterusnya telah berkhidmat di KPM di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan banyak menyumbangkan jasa baktinya kepada seluruh KPM dan pendidikan.
Corak pengurusan beliau yang analisis, tegas dan cemerlang menjadikan pengurusan yang dinamik dan cemerlang. Beliau merupakan perintis kepada program ' Pelajarku Sayang' dan Belajarlah Sayang'. Bagi pihak PKD dan PPDa seluruh negara, mengucapkan selamat bersara dan terus cemerlang dalam apa jua yang diusahakan.

Menerima cenderahati daripada Ketua Unit PPDa Pahang, En Abdullah Sani
PKD Maran bersalaman dengan Dato'
PKD Pekan
PKD Bentong
Gambar Kenangan Dato' Zulkifli Wazir bersama PPDa Pahang.
Khamis, 28 Oktober 2010
Majlis Alumni Sahabat PPDa-Petronas Peringkat Kebangsaan 2010
Majlis ini telah berlangsung pada 19 Oktober 2010 di Tiara Beach Resort, Port Dickson. Semua 'Sahabat PPDa-Petronas' seluruh Malaysia berkumpul di sana dan diraikan dengan penuh meriah. Majlis ini adalah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Petronas buat kali ke 2 mulai 2009 yang lalu.
Majlis Alumni ini diadakan pada sebelah malamnya dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Ybhg. Dato' Hajah Noor Rezan bt. Bapoo Hashim; En Rosli bin Abdul Rahim, Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Korporat Petronas; Dato' M. Zulkipli b M Wazir; Pegawai-pegawai KPM, Pegawai PPDa JPN, Pegawai PPDa Daerah, Pengetua dan Guru Besar dan pelajar-pelajar Sahabat Petronas eluruh negara. Majlis dimeriahkan dengan 'Gimik' permainan api, persembahan muzik tradisional dan lagu oleh beberapa orang 'Bintang Kecil' yang cukup menghiburkan.
Pada malam berkenaan juga diadakan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada guru dan pelajar Sahabat PPDa-Petronas. Juga tidak ketinggalan, Pelancaran Empat Poster Sahabat PPDa-Petronas oleh tetamu Kehormat. Turut bersama dalam majlis tersebut ialah Kartonis 'LAT, Ybhg. Datuk Mohd Nor Khalid (Lat)'.
Majlis Alumni ini diadakan pada sebelah malamnya dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Ybhg. Dato' Hajah Noor Rezan bt. Bapoo Hashim; En Rosli bin Abdul Rahim, Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Korporat Petronas; Dato' M. Zulkipli b M Wazir; Pegawai-pegawai KPM, Pegawai PPDa JPN, Pegawai PPDa Daerah, Pengetua dan Guru Besar dan pelajar-pelajar Sahabat Petronas eluruh negara. Majlis dimeriahkan dengan 'Gimik' permainan api, persembahan muzik tradisional dan lagu oleh beberapa orang 'Bintang Kecil' yang cukup menghiburkan.
Kartunis Lat
Pelancaran Poster Sahabat PPDa-Petronas
Pegawai-pegawai PPDa JPN Pahang bergambar bersama Kartunis Lat (Dato'Mohd Nor Khalid)
Timbalan Ketua Pengarah, Kementerian Pelajaran Malaysia melancarkan Poster Sahabat PPDa-Petronas
Kontigen PPDa Pahang
Langgan:
Catatan (Atom)
KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014
SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH ...

-
SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH ...
-
Urin yang positif Methapetamin (Syabu) Air kencing yang diuji. Ujian Urin telah diadakan di semua sekolah menengah. Bagi Da...
-
Dalam memastikan program PPDa berjalan dengan mantap, pihak sekolah haruslah memastikan pengurusan PPDa berfungsi di sekolah masing-masing. ...