Pihak JPN Pahang telah memberi kepercayaan bagi PPDa untuk membuka bilik pameran di Karnival Nilai Murni Cegah Jenayah Pahang, di Stadium Mini , Bandar Jengka, pada 8 hingga 10 Oktober yang lalu. PPD Maran dan guru-guru PPDa telah bersama bagi menjayakan program ini. Tahniah kepada semua guru PPDa dan sekolah yang telah terlibat memberikan alatan/bahan.
Guru-guru PPDa di Zon Jengka dan Jempul telah bertungkus lumus menyediakan bahan. Terima kasih juga kepada SMK Jengka Pusat 2 yang banyak menyumbangkan bahan, alatan ,guru dan pelajarnya. terima kasih kepada semua sekolah yang terlibat dan tahniah.
Dedikasi untuk PPDa. 1 MALAYSIA KE ARAH BEBAS DADAH
Rabu, 13 Oktober 2010
Program Intervensi Pelajar Negeri Pahang Siri 2/2010
Program Intervensi Pelajar Wanita telah diadakan di Kem Tembeling, 505 Askar Wataniah. Program ini dikendalikan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pahang dengan kerjasama JPN Pahang, PPD Jerantut, Jurulatih Kem 505 Wataniah dan semua Pegawai Khas PPDa Pahang. Ianya bermula dari 6 hingga 8 Oktober 2010.
Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh YM YB Tengku Azlan Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Ahli Parlimen Jerantut. Turut serta bersama ialah, Komanden Kem 505 Askar Wataniah, En Ahmad Pesta - AADK Pahang, En Abdullah Sani - Ketua Unit PPDa JPN Pahang, Komanden PUSPEN Jerantut dan pegawai-pegawai daripada JPN, PPD, dan pengetua-pengetua.
Program ini bertujuan memberi maklumat pencegahan kepada semua pelajar tentang bahaya dadah. Semangat mereka terselah sewaktu program ini diadakan.

Selasa, 12 Oktober 2010
Lawatan Penanda Aras ke PPDa SK Jerantut Jaya
SK Jerantut Jaya merupakan Naib Johan Lorong sumber PPDa Kebangsaan 2010. Sebuah sekolah yang menarik. Setiap sudut dan lamannya berteraskan PPDa. Sewaktu lawatan penanda aras, kami juga telah dibawa melihat lorong PPDa, Taman PPDa, Sudut PPDa, Bilik PPDa dan juga Taman Pertanian mereka. Menariknya apabila melihat sayuran segar, aneka tumbuhan herba dan sawah padi. Cukup menenangkan dapat melihat padi yang sedang masak menguning dan menunggu masa untuk dituai. Petak sawah hanya beberapa meter daripada bilik darjah dan sememangnya orang yang melihatnya tidak menyangka sawah padi boleh dibina di kawasan itu. Tahniah SK Jerantut Jaya.
Lawatn Penanda Aras Ke PPDa SMK Inderapura, Jerantut
PKD Maran juga telah bersama rombongan JPN Melaka ke SMK Inderapura, Jerantut. Sebuah sekolah baru yang menggambarkan imej PPDa. Sekolah ini telah menjadi Johan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2009 yang lalu. Banyak maklumat dan pengalaman baru di sini. Secara umumnya, PPDa telah menjadi identiti bagi komuniti sekolah. Apa yang menariknya, sekolah ini juga membuka bilik PPDa (rumah PPDa) di Perkampungan Orang Asli. Dokumentasi PPDa di susun dan kemas. Setiap sudut, ruang dan laman, beridentitikan PPDa. Tahniah SMK Inderapura.
Kita mengharapkan semua sekolah di Maran juga dapat mewujudkan sekolah beridentitikan PPDa di sekolah masing-masing.
Kita mengharapkan semua sekolah di Maran juga dapat mewujudkan sekolah beridentitikan PPDa di sekolah masing-masing.
Langgan:
Catatan (Atom)
KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014
SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH ...

-
SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH ...
-
Urin yang positif Methapetamin (Syabu) Air kencing yang diuji. Ujian Urin telah diadakan di semua sekolah menengah. Bagi Da...
-
Dalam memastikan program PPDa berjalan dengan mantap, pihak sekolah haruslah memastikan pengurusan PPDa berfungsi di sekolah masing-masing. ...