Rabu, 13 Oktober 2010

Pameran Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di Karnival Nilai Murni Cegah Jenayah Negeri Pahang 2010 mulai 8 hingga 10 Oktober 2010

Pihak JPN Pahang telah memberi kepercayaan bagi PPDa untuk membuka bilik pameran di Karnival Nilai Murni Cegah Jenayah Pahang, di Stadium Mini , Bandar Jengka, pada 8 hingga 10 Oktober yang lalu. PPD Maran dan guru-guru PPDa telah bersama bagi menjayakan program ini. Tahniah kepada semua guru PPDa dan sekolah yang telah terlibat memberikan alatan/bahan.
      Guru-guru PPDa di Zon Jengka dan Jempul telah bertungkus lumus menyediakan bahan. Terima kasih juga kepada SMK Jengka Pusat 2 yang banyak menyumbangkan bahan, alatan ,guru dan pelajarnya. terima kasih kepada semua sekolah yang terlibat dan tahniah.






















Program Intervensi Pelajar Negeri Pahang Siri 2/2010

Program Intervensi Pelajar Wanita telah diadakan di Kem Tembeling, 505 Askar Wataniah. Program ini dikendalikan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pahang dengan kerjasama JPN Pahang, PPD Jerantut, Jurulatih Kem 505 Wataniah dan semua Pegawai Khas PPDa Pahang. Ianya bermula dari 6 hingga 8 Oktober 2010.
        Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh YM YB Tengku Azlan Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Ahli Parlimen Jerantut. Turut serta bersama ialah, Komanden Kem 505 Askar Wataniah, En Ahmad Pesta - AADK Pahang, En Abdullah Sani - Ketua Unit PPDa JPN Pahang, Komanden PUSPEN Jerantut dan pegawai-pegawai daripada JPN, PPD, dan pengetua-pengetua.
      Program ini bertujuan memberi maklumat pencegahan kepada semua pelajar tentang bahaya dadah. Semangat mereka terselah sewaktu program ini diadakan.



Selasa, 12 Oktober 2010

Lawatan Penanda Aras ke PPDa SK Jerantut Jaya

SK Jerantut Jaya merupakan Naib Johan Lorong sumber PPDa Kebangsaan 2010. Sebuah sekolah yang menarik. Setiap sudut dan lamannya berteraskan PPDa. Sewaktu lawatan penanda aras, kami juga telah dibawa melihat lorong PPDa, Taman PPDa, Sudut PPDa, Bilik PPDa dan juga Taman Pertanian mereka. Menariknya apabila melihat sayuran segar, aneka tumbuhan herba dan sawah padi. Cukup menenangkan dapat melihat padi yang sedang masak menguning dan menunggu masa untuk dituai. Petak sawah hanya beberapa meter daripada bilik darjah dan sememangnya orang yang melihatnya tidak menyangka sawah padi boleh dibina di kawasan itu. Tahniah SK Jerantut Jaya. 































Lawatn Penanda Aras Ke PPDa SMK Inderapura, Jerantut

PKD Maran juga telah bersama rombongan JPN Melaka ke SMK Inderapura, Jerantut. Sebuah sekolah baru yang menggambarkan imej PPDa. Sekolah ini telah menjadi Johan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2009 yang lalu. Banyak maklumat dan pengalaman baru di sini. Secara umumnya, PPDa telah menjadi identiti bagi komuniti sekolah. Apa yang menariknya, sekolah ini juga membuka bilik PPDa (rumah PPDa) di Perkampungan Orang Asli. Dokumentasi PPDa di susun dan kemas. Setiap sudut, ruang dan laman, beridentitikan PPDa. Tahniah SMK Inderapura.
        Kita mengharapkan semua sekolah di Maran juga dapat mewujudkan sekolah beridentitikan PPDa di sekolah masing-masing.


     

Lawatan Penanda Aras ke SMK Maran 2- (29 Sept.2010)

Lawatan Penanda aras bersama JPN Melaka ini telah diadakan dalam rangka lawatan mereka ke negeri Pahang. Sebelum ke SMK Inderapura dan SK Jerantut Jaya, mereka telah singgah ke SMK Maran 2. Turut sama ialah Ketua Unit PPDa KPM, Ketua Unit PPDa Pahang, Penolong Pengarah PPDa Pahang, dan PKD dari semua daerah.
     Ketibaan mereka disambut oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Maran iaituTuan Hj Zainol Abidin b Hj Daud, Pengetua SMK Maran 2, PKD Maran, guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Maran 2. Selain diberi penerangan, mereka dibawa melawat bilik sumber PPDa, Lorong Sumber PPDa, Sudut Sumber PPDa, Klinik Berhenti Merokok dan Taman PPDa. Selain itu, AADK , Jabatan Kesihatan dan PDRM (Narkotik) juga turut serta membuka pameran sebagai sumbangan dalam Program Bapa Angkat PPDa di sekolah tersebut.
Ketua Unit PPDa JPN Melaka


Lawatan ke Klinik Berhenti Merokok

    Seramai 60 orang peserta terdiri dareipada pegawai PPDa JPN Melaka, PKD-PKD Melaka, guru-guru PPDa Melaka, dan pelajar-pelajar daripada sekolah terpilih negeri Melaka. Semuanya teruja dan seronok dapat berkongsi maklumat dan pengalaman baru. Yang menariknya, semua ahli rombongan boleh mencuba menjalani ujian Nakotin menggunakan alat khas yang dibawa oleh Jabatan Kesihatan. Tahniah SMK Maran 2. Diharap semua sekolah dalam daerah Maran juga dapat melawat ke Bili Pameran PPDa SMK Maran 2.

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...