Lawatan Penanda aras bersama JPN Melaka ini telah diadakan dalam rangka lawatan mereka ke negeri Pahang. Sebelum ke SMK Inderapura dan SK Jerantut Jaya, mereka telah singgah ke SMK Maran 2. Turut sama ialah Ketua Unit PPDa KPM, Ketua Unit PPDa Pahang, Penolong Pengarah PPDa Pahang, dan PKD dari semua daerah.
Ketibaan mereka disambut oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Maran iaituTuan Hj Zainol Abidin b Hj Daud, Pengetua SMK Maran 2, PKD Maran, guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Maran 2. Selain diberi penerangan, mereka dibawa melawat bilik sumber PPDa, Lorong Sumber PPDa, Sudut Sumber PPDa, Klinik Berhenti Merokok dan Taman PPDa. Selain itu, AADK , Jabatan Kesihatan dan PDRM (Narkotik) juga turut serta membuka pameran sebagai sumbangan dalam Program Bapa Angkat PPDa di sekolah tersebut.
Ketua Unit PPDa JPN Melaka
Lawatan ke Klinik Berhenti Merokok
Seramai 60 orang peserta terdiri dareipada pegawai PPDa JPN Melaka, PKD-PKD Melaka, guru-guru PPDa Melaka, dan pelajar-pelajar daripada sekolah terpilih negeri Melaka. Semuanya teruja dan seronok dapat berkongsi maklumat dan pengalaman baru. Yang menariknya, semua ahli rombongan boleh mencuba menjalani ujian Nakotin menggunakan alat khas yang dibawa oleh Jabatan Kesihatan. Tahniah SMK Maran 2. Diharap semua sekolah dalam daerah Maran juga dapat melawat ke Bili Pameran PPDa SMK Maran 2.