Khamis, 12 Ogos 2010

Pertandingan Sudut Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah-sekolah Berasrama Negeri Pahang Tahun 2010

Program ini bagi memastikan semua sekolah berasrama mewujudkan Sudut PPDa sebagai sumber maklumat pendidikan pencegahan dadah dalam kalangan pelajar asrama selaras dengan visi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu ke arah "Sekolah Bebas Dadah 2012".
     Sehubungan dengan itu, jawatankuasa penganjur telah menetapkan bahawa dua kategori yang akan dipertandingkan iaitu :
  1. Kategori Sudut PPDa Sekolah Menengah Berasrama
  2. Kategori Sudut PPDa Sekolah Rendah Berasrama
Pertandingan di Peringkat Daerah ialah mulai September 2010 ini. Setelah itu, penilaian di Peringkat Negeri oleh Unit PPDa dan HEM Jabatan Pelajaran Pahang. Penyampaian Anugerah akan diadakan sempena Program Pelancaran Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang Tahun 2011 nanti. Semua sekolah berasrama Daerah Maran diharap dapat membuat persediaan dan kita berharap juga Daerah Maran mampu muncul yang Sekolah Berasrama Terbaik.

Selasa, 10 Ogos 2010

Laporan ADIUB

Kepada semua sekolah, sila hantar Laporan ADIUB (Analisa Pelajar/Guru/Pekerja Terlibat Dngan Dadah/Inhalan/Ubat Batuk) setiap bulan. Terima kasih kepada sekolah-sekolah yang telah menghantar laporan. Kepada sekolah yang belum berbuat demikian, sila hantar segera.

Harap Maklum.


"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Dapatkan Buletin PPDa Bil 4/2010 (OGOS)

Buletin GERAK_SEDAR PPDa terbaru (Bil. 4/2010 OGOS) telah terbit. Sila dapatkan melalui Muat Turun

Selamat Berpuasa




Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua Muslimin dan Muslimat. Semoga Ramadhan ini terus melimpahkan rezeki dan keberkatan buat kita. Hindari diri dari segala sifat Mazmumah, dan hiasilah peribadi dengan amalan soleh, berpuasa, solat, zakat, membaca la-Quran dan menyayangi Allah, Rasul, Makluk-Nya dan saudara kita.

Isnin, 9 Ogos 2010

Sekitar Program Kesedaran HIV/AIDS di SMK Jengka Pusat 2

Anda boleh melihat program yang telah dijalankan di SMK Jengka Pusat 2 melalui http://cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com/2010/08/sekitar-program-kesedaran-hivaids.html

Program ini telah memberikan maklumat dan fakta berkenaan HIV/AIDS kepada para pelajar.

Ahad, 8 Ogos 2010

Program Pendidikan Pencegahan Dadah SLAD: Adakah Ia Berkesan Mencapai Matlamatnya?

Mahmood Nazar Mohamed, and Yahya Don, and Mohamad Hassan, and Muhamad Dzahir Kasa, (2005) Program Pendidikan Pencegahan Dadah SLAD: Adakah Ia Berkesan Mencapai Matlamatnya? Malaysian Journal of Learnng & Instruction, 2 . ISSN 16758110

Drug prevention education has become a critical issue in schools today because there is an increase in youth involvement with drugs. Although the number of youths addicted to narcotics and other serious substances is not significantly high, those experimenting with tobacco, recreational drugs, thinners and glues are on the rise. This is evident by statistics provided by the National Drugs Agency. One strategy to increase drug awareness and build adequate defenses against drug taking behavior is drug education among school children. An innovative approach currently used in Malaysia is the Skim Lencana Anti Dadah or SLAD. This program targets youths aged 16 or 10th grade equivalence to a program that aims to increase their knowledge and awareness about drugs, and for them to act as peer support for other vulnerable youths. This study uses a pre-posttest design, similar group comparison between schools with and without the SLAD. It evaluates the outcome of this program in terms of knowledge about drugs and their self-esteem. The study found that youths who undergo the SLAD program show a significant increase in knowledge on drugs not only immediately after the program but also six months later. They also scored significantly higher on selfesteem when compared to the control group. This shows that the SLAD drug education program has successfully increased their knowledge on drugs and their self-esteem, which will enable them to be aware of the danger of drugs and be confident enough to assist their peers to also stay away from drugs.



Pendidikan pencegahan dadah menjadi satu isu penting di sekolah-sekolah hari ini memandangkan penglibatan golongan remaja dengan dadah yang semakin meningkat. Walaupun golongan remaja dan muda tidak banyak terlibat dengan narkotik dan dadah lain yang amat berbahaya, namun semakin ramai golongan ini mula mencuba, manggunakan dan menyalahgunakan tembakau, dadah rekreasi, thinner dan gam. Ini terbukti dengan statistik yang dibekalkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan. Satu daripada strategi untuk meningkatkan kesedaran mengenai dadah serta membina pertahanan dalam diri remaja untuk tidak mencuba dadah ialah pendidikan pencegahan dadah di sekolah-sekolah. Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) merupakan satu kaedah inovatif yang sedang digunakan sekarang ini di Malaysia untuk memberi pengetahuan dan kesedaran mengenai dadah di kalangan pelajar tingkatan 4 atau gred 10, di samping memberi input secukupnya supaya mereka yang mengikuti SLAD boleh bertindak sebagai rakan yang menasihati remaja lain untuk menjauhi dadah. Kajian ini menggunakan rekabentuk eksperimen pra-pasca ujian yang membandingkan kumpulan yang serupa di antara sekolah-sekolah yang menjalani dan tidak menjalankan program SLAD. Kajian ini menilai hasil program tersebut dari segi pengetahuan mengenai dadah dan tahap harga diri peserta SLAD. Kajian mendapati bahawa remaja yang mengikuti program SLAD mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai dadah, bukan hanya selepas menjalani program tetapi enam bulan kemudian, di samping tahap harga diri yang juga lebih tinggi berbanding dengan pelajar dalam kumpulan kawalan. Ini menunjukkan bahawa program SLAD berjaya meningkatkan pengetahuan peserta mengenai dadah dan meningkatkan harga diri mereka supaya mereka berasa yakin untuk membantu kawan-kawan lain untuk sedar serta menjauhi dadah



Item Type: Journal

Keywords: Drug abuse, schools, Malaysia

Subjects: L Education

ID Code: 6245

Petikan daripada http://myais.fsktm.um.edu.my/6245/

Jumaat, 30 Julai 2010

Program Kesedaran HIV/AIDS (PROKES) Daerah Maran 2010 di SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor

Program Kesedaran HIV/AIDS ini diadakan bagi memberikan maklumat kepada para pelajar berkenaan bahaya HIV dan AIDS. Ia diadakan pada hari Khamis 22 Julai 2010. Program di SMK Tengku Ampuan Afzan ini dihadiri hampir 200 perserta dari dua buah sekolah iaitu SM Teknik Pertanian dan SMK Tengku Ampuan Afzan sendiri. Ceramah dan tayangan video telah disampaikan oleh En Rizal bin Jiman dari Pejabat Kesihatan Daerah Maran. En Jasmi, Pegawai Khas PPDa Maran juga turut memberikan ceramah ringkasnya. Para Peserta juga diberikan kuiz berkenaan HIV dan Aids"Sekolah Bebas Dadah 2012"

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...