Isnin, 9 Ogos 2010

Sekitar Program Kesedaran HIV/AIDS di SMK Jengka Pusat 2

Anda boleh melihat program yang telah dijalankan di SMK Jengka Pusat 2 melalui http://cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com/2010/08/sekitar-program-kesedaran-hivaids.html

Program ini telah memberikan maklumat dan fakta berkenaan HIV/AIDS kepada para pelajar.

Ahad, 8 Ogos 2010

Program Pendidikan Pencegahan Dadah SLAD: Adakah Ia Berkesan Mencapai Matlamatnya?

Mahmood Nazar Mohamed, and Yahya Don, and Mohamad Hassan, and Muhamad Dzahir Kasa, (2005) Program Pendidikan Pencegahan Dadah SLAD: Adakah Ia Berkesan Mencapai Matlamatnya? Malaysian Journal of Learnng & Instruction, 2 . ISSN 16758110

Drug prevention education has become a critical issue in schools today because there is an increase in youth involvement with drugs. Although the number of youths addicted to narcotics and other serious substances is not significantly high, those experimenting with tobacco, recreational drugs, thinners and glues are on the rise. This is evident by statistics provided by the National Drugs Agency. One strategy to increase drug awareness and build adequate defenses against drug taking behavior is drug education among school children. An innovative approach currently used in Malaysia is the Skim Lencana Anti Dadah or SLAD. This program targets youths aged 16 or 10th grade equivalence to a program that aims to increase their knowledge and awareness about drugs, and for them to act as peer support for other vulnerable youths. This study uses a pre-posttest design, similar group comparison between schools with and without the SLAD. It evaluates the outcome of this program in terms of knowledge about drugs and their self-esteem. The study found that youths who undergo the SLAD program show a significant increase in knowledge on drugs not only immediately after the program but also six months later. They also scored significantly higher on selfesteem when compared to the control group. This shows that the SLAD drug education program has successfully increased their knowledge on drugs and their self-esteem, which will enable them to be aware of the danger of drugs and be confident enough to assist their peers to also stay away from drugs.



Pendidikan pencegahan dadah menjadi satu isu penting di sekolah-sekolah hari ini memandangkan penglibatan golongan remaja dengan dadah yang semakin meningkat. Walaupun golongan remaja dan muda tidak banyak terlibat dengan narkotik dan dadah lain yang amat berbahaya, namun semakin ramai golongan ini mula mencuba, manggunakan dan menyalahgunakan tembakau, dadah rekreasi, thinner dan gam. Ini terbukti dengan statistik yang dibekalkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan. Satu daripada strategi untuk meningkatkan kesedaran mengenai dadah serta membina pertahanan dalam diri remaja untuk tidak mencuba dadah ialah pendidikan pencegahan dadah di sekolah-sekolah. Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) merupakan satu kaedah inovatif yang sedang digunakan sekarang ini di Malaysia untuk memberi pengetahuan dan kesedaran mengenai dadah di kalangan pelajar tingkatan 4 atau gred 10, di samping memberi input secukupnya supaya mereka yang mengikuti SLAD boleh bertindak sebagai rakan yang menasihati remaja lain untuk menjauhi dadah. Kajian ini menggunakan rekabentuk eksperimen pra-pasca ujian yang membandingkan kumpulan yang serupa di antara sekolah-sekolah yang menjalani dan tidak menjalankan program SLAD. Kajian ini menilai hasil program tersebut dari segi pengetahuan mengenai dadah dan tahap harga diri peserta SLAD. Kajian mendapati bahawa remaja yang mengikuti program SLAD mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai dadah, bukan hanya selepas menjalani program tetapi enam bulan kemudian, di samping tahap harga diri yang juga lebih tinggi berbanding dengan pelajar dalam kumpulan kawalan. Ini menunjukkan bahawa program SLAD berjaya meningkatkan pengetahuan peserta mengenai dadah dan meningkatkan harga diri mereka supaya mereka berasa yakin untuk membantu kawan-kawan lain untuk sedar serta menjauhi dadah



Item Type: Journal

Keywords: Drug abuse, schools, Malaysia

Subjects: L Education

ID Code: 6245

Petikan daripada http://myais.fsktm.um.edu.my/6245/

Jumaat, 30 Julai 2010

Program Kesedaran HIV/AIDS (PROKES) Daerah Maran 2010 di SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor

Program Kesedaran HIV/AIDS ini diadakan bagi memberikan maklumat kepada para pelajar berkenaan bahaya HIV dan AIDS. Ia diadakan pada hari Khamis 22 Julai 2010. Program di SMK Tengku Ampuan Afzan ini dihadiri hampir 200 perserta dari dua buah sekolah iaitu SM Teknik Pertanian dan SMK Tengku Ampuan Afzan sendiri. Ceramah dan tayangan video telah disampaikan oleh En Rizal bin Jiman dari Pejabat Kesihatan Daerah Maran. En Jasmi, Pegawai Khas PPDa Maran juga turut memberikan ceramah ringkasnya. Para Peserta juga diberikan kuiz berkenaan HIV dan Aids"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Buletin PPD bil 3/ 2010

Dapatkan buletin PPDa bil 3/2010 (JULAI) melalui muat turun pada sidebar. Buletin ini diharapkan dapat memberi info dan maklumat perlaksanaan PPDa Daerah Maran. Buletin ini juga diharapkan dapat digunakan oleh pihak sekolah untuk disebarkan kepada para pelajar dengan mencetak buletin berkenaan.
    Sila dapatkan melalui muat turun di sebelah.

"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Makluman kepada Semua Sekolah Daerah Maran

Semua sekolah diminta mengaktifkan Bilik Sumber PPDa atau lorong/ Sudut PPDa masing-masing. Guru PPDa diharapkan dapat menghidupkan kembali lorong/bilik/sudut PPDa masing-masing agar perlaksanaan PPDa di sekolah memberi kesan kepada pelajar. Sekolah juga diminta untuk mengambil gambar foto bilik/lorong/sudut PPDa sekolah masing-masing. Sila ambil daripada beberapa sudut pandangan. PPD Maran akan meminta pihak sekolah menghantar gambar-gambar tersebut. Sila tunggu arahan selanjutnya. 

"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Rabu, 21 Julai 2010

SANA-SINI DADAH : Kedai Keranda Dadah

KLANG: Melihat dari luar, ia hanyalah sebuah kedai biasa yang menjual keranda, namun siapa sangka di sebalik operasi itu, pemilik kedai terbabit dikatakan ligat mengedar dadah kepada penagih tegar di sekitar daerah ini.


Pemilik kedai keranda yang terletak di Jalan Yusof Sahbuddin, Taman Sentosa, di sini, dipercayai melakukan kerja jahat itu sejak beberapa minggu lalu sebelum berjaya dihidu sepasukan polis dari cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang.

Sejurus menerima maklumat, sepasukan polis bergegas ke kedai keranda terbabit kira-kira jam 2.30 pagi, Jumaat lalu, sebelum menahan pemilik kedai terbabit berusia 38 tahun dan seorang lelaki berusia 44 tahun.

Pemeriksaan di dalam premis terbabit membawa kepada penemuan 6.39 kilogram ganja bernilai RM21,000 berdasarkan harga di pasaran gelap.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata semua ketulan mampat daun ganja itu disorok di merata tempat termasuk dalam bilik pejabat dan beberapa kawasan sekitar premis terbabit.

“Hasil soal siasat ke atas kedua-dua suspek, mereka mendakwa memperoleh bekalan dari negara jiran dan baru beberapa minggu bergiat aktif mengedar dadah,” katanya.
 
Sumber : Harian Metro 20/7/2010
 "Sekolah Bebas Dadah 2012"

BERITA DADAH HARI INI : Dua beranak 'Tauke Dadah'

SERDANG: Pendapatan kecil sebagai tukang kayu menyebabkan seorang lelaki mewariskan kemahiran baru sebagai pengedar dadah kepada anak lelakinya bagi memastikan keluarga terbabit hidup mewah.


Lelaki berusia 50-an terbabit didakwa mengajar anak lelakinya kaedah ‘pemasaran’ berkesan selain strategi untuk mendapatkan pembeli tetap bagi memastikan aktiviti penjualan dadah dari rumah itu mendapat sambutan berterusan. Difahamkan, hasil kegiatan haram itu, keluarga terbabit hidup senang lenang, memiliki beberapa kereta selain memperoleh pendapatan sehingga lima angka dalam beberapa minggu.

Kesenangan hidup yang dikecapi hasil pekerjaan menjual dadah, bagaimanapun hanya sempat dinikmati selama sebulan apabila kedua-dua mereka dicekup polis dalam serbuan di rumah mereka di Taman Kantan, Batu 8 1/2, Kinrara, Puchong di sini, kelmarin. Ketua Polis Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias, berkata serbuan kira-kira jam 7.15 malam itu dilakukan di rumah suspek selepas polis menerima maklumat suspek terbabit pengedaran dadah.

Beliau berkata, ketika serbuan, polis mendapati sepasang suami isteri bersama anak lelaki mereka berada di dalam rumah.

Bagaimanapun menurutnya, anak pasangan terbabit berusia 25 tahun melarikan diri ke bilik bapanya untuk bersembunyi sebaik menyedari kehadiran polis.

“Polis menahan anak pasangan terbabit sebelum melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan. Polis yang memeriksa bilik utama menemui 210 gram dadah jenis ketamin dan 60 pil Eramin 5.

“Polis menahan tiga beranak terbabit untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini, semalam.

Hasil siasatan, katanya, polis mendapat tahu lelaki berusia 57 tahun yang ditahan itu seorang tukang kayu yang sudah bersara dan kini mewariskan pekerjaan itu kepada anaknya.

Beliau berkata, dua beranak terbabit baru sahaja berjinak-jinak mengedar dadah sebagai pendapatan tambahan sejak sebulan lalu.

“Modus operandi dua beranak ini ialah mengambil tempahan melalui telefon dan menghantar dadah terbabit kepada penagih secara terus atau meminta mereka datang ke rumah,” katanya.

Beliau berkata, tukang kayu bersama anaknya kini direman empat hari mulai semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala ibunya dibebaskan kerana didapati tidak terbabit kegiatan pengedaran dadah berkenaan.

Sumber : Harian Metro 20/7/2010
"Sekolah Bebas Dadah 2012"

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...