Rabu, 21 Julai 2010

Hartawan Ketum

JERLUN: Seorang lelaki warga emas layak digelar ‘hartawan ketum’ kerana kehidupan mewahnya walaupun pernah empat kali ditahan kerana mengedar dan memproses air ketum di Kampung Tandop Kedabu, di sini, sejak lima tahun lalu.



TINJAU...anggota polis memeriksa pokok ketum yang ditanam.

PERIKSA...polis memeriksa daun dan bungkusan air ketum. Sejak berkecimpung perniagaan haram itu, lelaki berusia 65 tahun, mampu hidup senang termasuk membina rumah ‘mewah’ dan membeli kereta selain menyara ahli keluarga.



Ketika disiasat anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah, lelaki itu memberi pelbagai alasan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.
          Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari, warga emas itu bersama anak lelaki dan anak saudaranya tidak pernah serik walaupun rumah mereka pernah diserbu empat kali kerana menjual dan memproses air ketum di kampung berkenaan.Dia begitu licik kerana menyimpan air ketum di seberang sungai kira-kira 50 meter dari rumahnya bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
           Ketua JSJN Kedah, Superintendan Baharom Othman berkata, operasi diketuai Cif Inspektor Shahran Termizi membabitkan 15 anggota itu menyerbu dua rumah di kampung berkenaan yang juga milik pasangan adik-beradik.


Sumber : Harian Metro 20 Julai 2010
"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Selasa, 20 Julai 2010

Program Kesedaran HIV/AIDS (PROKES) Daerah Maran 2010

Program ini adalah bertujuan untuk memberi kesdaran kepada para pelajar terutama pelajar Tingkatan 5. Ianya meliputi program berbentuk ceramah, tayangan slaid dan pameran dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah. Semua sekolah dicadangkan untuk melaksanakan program ini.
       Bagi PROKES peringkat Daerah Maran, 2 buah sekolah telah dicadangkan melaksanakan program ini iaitu SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor (22 Julai 2010) dan SMK Jengka Pusat 2 (23 Julai 2010). SMT Pertanian Chenor turut dilibatkan dalam program di SMK Tengku Ampuan Afzan Chenor.
       Kita mengharapkan program ini memberi kesedaran kepada para pelajar tentang bahaya HIV dan AIDS. Dengan adanya kesedaran dan ilmu, maka remaja dan masyarakat tidak akan terjerumus dengan aktiviti yang tidak sihat terutama dadah dan seks bebas. Para pelajar perlu mengelak diri dan mempunyai kekuatan dalam menghadapi cabaran dunia yang mendatang.

"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Isnin, 19 Julai 2010

Ceramah HIV/AIDS (PROKES) Kepada Pelajar Tingkatan 5

Semua sekolah menengah Daerah Maran diminta untuk mengadakan satu sesi slot ceramah HIV/AIDS kepada pelajar Tingkatan 5. Sila berbincang dengan Pegawai Kesihatan Daerah Maran bagi mendapatkan penceramah. Kos dan bahan adalah di bawah tanggungan sekolah di bawah aktiviti PPDa. 
         Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar Tingkatan 5 berkenaan bahaya HIV/AIDS. Namun begitu, berikutan masalah peruntukan, menyebabkan Program ini tidak dapat dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah. Sekolah boleh melaksanakan program ini sekiranya ada mempunyai peruntukan tertentu atau sumbangan daripada mana-mana pihak.
       Program HIV/AIDS ini akan diadakan di dua buah sekolah buat permulaan, iaitu di SMK Tengku Ampuan Afzan (22 Julai 2010) dan SMK Jengka Pusat 2 (23 Julai 2010). Bagi sekolah lain sila berbincang dengan pengetua sekolah masing-masing dan Pegawai Kesihatan Daerah Maran (unit HIV/AIDS)- En Rizal di talian 0199846802. Sila lapor dan maklumkan kepada PPDa Maran sekiranya sekolah melaksanakan aktiviti tersebut.


 "Sekolah Bebas Dadah 2012"

Jumaat, 16 Julai 2010

Laporan ADIUB : Sila hantar segera

Laporan ADIUB adalah analisis Tangkapan pelajar , guru atau kakitangan sekolah yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Laporan ini hendaklah dihantar setiap bulan walaupun tiada kes yang berlaku. Ini merupakan langkah pengawalan dan analisis data dalam usaha membateras dadah di sekolah. Selain pelajar, pihak kakitangan dan guru juga akan dibuat pemantauan agar penyalahgunaan dadah tidak menular di sekolah.
      Sila dapatkan borang ADIUB SEKOLAH melalui MUAT TURUN

 "Sekolah Bebas Dadah 2012"

Pertandingan Penulisan Sajak Antidadah PPDa Pahang: Tarikh Tutup 31 Ogos 2010

Mohon jasa baik semua pihak terutama sekolah untuk menghantar sekurang-kurangnya 1 sajak bagi memeriahkan pertandingan tersebut. Sajak yang telah dihasilkan, sila hantar melalui email ke unit PPDa Pahang sebelum 31 Ogos 2010 . Email :   ppdapahang@yahoo.com  atau hantarkan ke alamat berikut :
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah
Jabatan Pelajaran Pahang
25200 Kuantan

Tel : 09-5715928
Fax : 09- 5715921

Semua sekolah boleh menjadikan pertandingan penulisan sajak sebagai aktiviti PPDa. Sajak dan Senarai sekolah, pelajar dan guru yang menyertai akan dipamerkan melalui blog PPDa Pahang : http://pahangppda.blogspot.com/

Tahniah kepada sekolah yang menghantar. Kepada yang belum, sila gerakkan aktiviti ini sebelum tarikh tutup 31 Ogos 2010. Harap maklum.

"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Khamis, 15 Julai 2010

Konferen Program Pengurangan Kemudaratan Peringkat Negeri Pahang

Konferen Program Pengurangan Kemudaratan Peringkat Negeri Pahang 2010 telah diadakan pada 14 Julai 2010 di Kompleks Dagangan Mahkota Kuantan, anjuran Unit AIDS/STD Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Program ini dihadiri oleh Jabatan-jabatan kerajaan, NGO, Pengasih, pegawai kesihatan, Polis, AADK, dan sebagainya.
        Tujuan program ini diadakan bagi meningkatkan kerjasama masyarakat dalam usaha mengurangkan dan membanteras penularan jangkitan HIV di kalangan penagih tegar di negeri Pahang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah perbentangan kertas kerja, perkongsian pengalaman, soal-jawab dan sesi ceramah serta pameran. Antara kertas kerja yang dibentang ialah, Situasi Semasa HIV/AIDS Di Malaysia, Program 'Harm Reduction' KKM, Konsep penagihan dadah dan rawatan, dan perkongsian pengalaman.
      Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Pahang.

         "Sekolah Bebas Dadah 2012"

Rabu, 14 Julai 2010

Pejabat PPDa Jabatan Pelajaran Pahang

Sudut PPDa
Sesi perbincangan sentiasa diadakan
Antara orang kuat PPDa Pahang
Sudut Sumber PPDa JPN Pahang
Pejabat PPDa JPN Pahang

En Abdullah Sani bin Abdul Rahman, Ketua Unit PPDa, JPN Pahang


Kepimpinan PPDa Negeri Pahang.
"Sekolah Bebas Dadah 2012"

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...