Laporan ADIUB adalah analisis Tangkapan pelajar , guru atau kakitangan sekolah yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Laporan ini hendaklah dihantar setiap bulan walaupun tiada kes yang berlaku. Ini merupakan langkah pengawalan dan analisis data dalam usaha membateras dadah di sekolah. Selain pelajar, pihak kakitangan dan guru juga akan dibuat pemantauan agar penyalahgunaan dadah tidak menular di sekolah.
Sila dapatkan borang ADIUB SEKOLAH melalui MUAT TURUN
"Sekolah Bebas Dadah 2012"
Dedikasi untuk PPDa. 1 MALAYSIA KE ARAH BEBAS DADAH
Jumaat, 16 Julai 2010
Pertandingan Penulisan Sajak Antidadah PPDa Pahang: Tarikh Tutup 31 Ogos 2010
Mohon jasa baik semua pihak terutama sekolah untuk menghantar sekurang-kurangnya 1 sajak bagi memeriahkan pertandingan tersebut. Sajak yang telah dihasilkan, sila hantar melalui email ke unit PPDa Pahang sebelum 31 Ogos 2010 . Email : ppdapahang@yahoo.com atau hantarkan ke alamat berikut :
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah
Jabatan Pelajaran Pahang
25200 Kuantan
Tel : 09-5715928
Fax : 09- 5715921
Semua sekolah boleh menjadikan pertandingan penulisan sajak sebagai aktiviti PPDa. Sajak dan Senarai sekolah, pelajar dan guru yang menyertai akan dipamerkan melalui blog PPDa Pahang : http://pahangppda.blogspot.com/
Tahniah kepada sekolah yang menghantar. Kepada yang belum, sila gerakkan aktiviti ini sebelum tarikh tutup 31 Ogos 2010. Harap maklum.

Khamis, 15 Julai 2010
Konferen Program Pengurangan Kemudaratan Peringkat Negeri Pahang
Konferen Program Pengurangan Kemudaratan Peringkat Negeri Pahang 2010 telah diadakan pada 14 Julai 2010 di Kompleks Dagangan Mahkota Kuantan, anjuran Unit AIDS/STD Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Program ini dihadiri oleh Jabatan-jabatan kerajaan, NGO, Pengasih, pegawai kesihatan, Polis, AADK, dan sebagainya.
Tujuan program ini diadakan bagi meningkatkan kerjasama masyarakat dalam usaha mengurangkan dan membanteras penularan jangkitan HIV di kalangan penagih tegar di negeri Pahang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah perbentangan kertas kerja, perkongsian pengalaman, soal-jawab dan sesi ceramah serta pameran. Antara kertas kerja yang dibentang ialah, Situasi Semasa HIV/AIDS Di Malaysia, Program 'Harm Reduction' KKM, Konsep penagihan dadah dan rawatan, dan perkongsian pengalaman.
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Pahang.

Rabu, 14 Julai 2010
Pejabat PPDa Jabatan Pelajaran Pahang
Sudut PPDa
Sesi perbincangan sentiasa diadakan
Antara orang kuat PPDa Pahang
Sudut Sumber PPDa JPN Pahang
Pejabat PPDa JPN Pahang
En Abdullah Sani bin Abdul Rahman, Ketua Unit PPDa, JPN Pahang
Kepimpinan PPDa Negeri Pahang.
"Sekolah Bebas Dadah 2012"
Selasa, 13 Julai 2010
Arahan kepada semua sekolah; Laksanakan program PPDa secara aktif
Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Maran amat mengharapkan semua pihak sama ada sekolah, guru-guru dan pelajar mengambil berat berkenaan pendidikan Pencegahan dadah (PPDa). Program PPDa mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas namun kita percaya banyak kekangan dan sukar untuk mencapai "Sekolah Bebas Dadah 2012". Ini berikutan masih terdapat di kalangan pelajar kita terpengaruh dalam mencuba dadah dan pengaruh dadah jenis baru seperti syabu, dan pil-pil khayal yang semakin meningkat penggunaannya. Masih kedapatan pelajar kita yang mudah terpedaya dan mengambil keputusan yang merosakkan diri dan hidup mereka.
Semua pihak harus mengambil peranan dalam mencegah masalah dadah menular dikkalangan pelajar. Oleh yang demikian, guru-guru PPDa diharapkan dapat melaksanakan program dengan kerjasama sekolah, PIBG dan Pemimpin setempat secara aktif dan terancang. Di Daerah Maran sendiri, kita masih dihantui dengan lambakan penangih tegar dan kawasan hitam yang menjadi sarang penangih. Jika tiada usaha yang menyeluruh dan bersepadu, maka sukar untuk kita membasmi penyalahgunaan dadah dikalangan pelajar terutamanya. Diharapkan program PPDa terus relevan dalam membasmi penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar.
Usaha menetang penyalahgunaan dadah ini boleh dimulakan dengan membasmi penagihan rokok di kalangan pelajar. Guru juga memainkan peranan dalam menjadi contoh dengan cara tidak merokok di sekolah. Sekolah sebagai kawasan larangan merokok perlu dikuatkuasakan.
U

Tema Anti Dadah 2010 dan 2011 : 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa sambutan Hari Antidadah bagi Tahun 2010 dan 2011 menggunakan tema , '1 Malaysia Membanteras Dadah'. Tujuan tema ini dipilih bagi merelisasikan matlamat PPDa bahawa "Sekolah Bebas Dadah 2012". Lanjutan itu, semua pihak harus memainkan peranan yang serius dalam menangani masalah dadah terutama yang melibatkan pelajar sekolah.
Usaha yang berterusan dan bersepadu harus dilaksanakan bagi memerangi anasir dadah hingga ke peringkat akar umbi. Peranan sekolah sebagai satu tapak pendidikan anti dadah amat relevan dan perlu mendapat sokongan semua pihak sama ada guru, pelajar, ibu bapa, masyarakat, pemimpin, dan semua anggota masyarakat. Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) bukan lagi satu usaha yang terpinggir, malah perlu diberi perhatian dan sokongan oleh semua pihak, agar matlamat menjadikan sekolah sebagai kawasan bebas dadah tercapai.

Khamis, 1 Julai 2010
Iklan rokok bawa bencana
KUALA LUMPUR - Setiap tahun, industri tembakau terpaksa mencari rekrut-rekrut baru bagi mengganti mereka yang telah ‘meninggalkan’ pasarannya.
Istilah ‘meninggal’ di sini adalah dalam erti kata mati disebabkan penyakit-penyakit kronik yang dibawa oleh tabiat merokok. Dan industri ini telah menjumpai satu kumpulan besar yang agak mudah di pengaruhi, iaitu wanita.
Usaha mereka nampaknya berjaya hinggakan statistik Pertubuhan Kesihatan Dunia WHO) menunjukkan jumlah perokok wanita di negara maju dan membangun meningkat dibandingkan dengan angka bagi perokok lelaki yang semakin menurun.
Menurut WHO, kadar perokok wanita di seluruh dunia dijangka meningkat sekali ganda pada tahun 2025, dari 9.0 peratus pada tahun 2007. Bagi perokok lelaki pula, kadar masa kini iaitu 40 peratus sudah sampai pada puncaknya dan semakin menurun.
Di Malaysia, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2006 menunjukkan remaja perempuan (13-18 tahun) mula merokok pada umur purata 14.1 tahun berbanding remaja lelaki yang mula merokok pada umur purata 13.6 tahun. - Bernama

Langgan:
Catatan (Atom)
KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014
SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH ...

-
Pihak JPN Pahang telah memberi kepercayaan bagi PPDa untuk membuka bilik pameran di Karnival Nilai Murni Cegah Jenayah Pahang, di Stadium Mi...
-
Selasa, 18 Feb.- Satu lagi program anjuran daripada Unit PPDa melibatkan guru PPDa dan guru Kaunseling sekolah menengah tentang teknik pen...
-
Program ajuran PENGASIH bersama Petronas ini telah dijalankan di Dewan Daerah Temerloh, pada hari Sabtu, 4 Disember 2010. Jabatan Pelajaran ...