Khamis, 15 Julai 2010

Konferen Program Pengurangan Kemudaratan Peringkat Negeri Pahang

Konferen Program Pengurangan Kemudaratan Peringkat Negeri Pahang 2010 telah diadakan pada 14 Julai 2010 di Kompleks Dagangan Mahkota Kuantan, anjuran Unit AIDS/STD Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Program ini dihadiri oleh Jabatan-jabatan kerajaan, NGO, Pengasih, pegawai kesihatan, Polis, AADK, dan sebagainya.
        Tujuan program ini diadakan bagi meningkatkan kerjasama masyarakat dalam usaha mengurangkan dan membanteras penularan jangkitan HIV di kalangan penagih tegar di negeri Pahang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah perbentangan kertas kerja, perkongsian pengalaman, soal-jawab dan sesi ceramah serta pameran. Antara kertas kerja yang dibentang ialah, Situasi Semasa HIV/AIDS Di Malaysia, Program 'Harm Reduction' KKM, Konsep penagihan dadah dan rawatan, dan perkongsian pengalaman.
      Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Pahang.

         "Sekolah Bebas Dadah 2012"

Rabu, 14 Julai 2010

Pejabat PPDa Jabatan Pelajaran Pahang

Sudut PPDa
Sesi perbincangan sentiasa diadakan
Antara orang kuat PPDa Pahang
Sudut Sumber PPDa JPN Pahang
Pejabat PPDa JPN Pahang

En Abdullah Sani bin Abdul Rahman, Ketua Unit PPDa, JPN Pahang


Kepimpinan PPDa Negeri Pahang.
"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Selasa, 13 Julai 2010

Arahan kepada semua sekolah; Laksanakan program PPDa secara aktif

Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Maran amat mengharapkan semua pihak sama ada sekolah, guru-guru dan pelajar mengambil berat berkenaan pendidikan Pencegahan dadah (PPDa). Program PPDa mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas namun kita percaya banyak kekangan dan sukar untuk mencapai "Sekolah Bebas Dadah 2012". Ini berikutan masih terdapat di kalangan pelajar kita terpengaruh dalam mencuba dadah dan pengaruh dadah jenis baru seperti syabu, dan pil-pil khayal yang semakin meningkat penggunaannya. Masih kedapatan pelajar kita yang mudah terpedaya dan mengambil keputusan yang merosakkan diri dan hidup mereka.
      Semua pihak harus mengambil peranan dalam mencegah masalah dadah menular dikkalangan pelajar. Oleh yang demikian, guru-guru PPDa diharapkan dapat melaksanakan program dengan kerjasama sekolah, PIBG dan Pemimpin setempat secara aktif dan terancang. Di Daerah Maran sendiri, kita masih dihantui dengan lambakan penangih tegar dan kawasan hitam yang menjadi sarang penangih. Jika tiada usaha yang menyeluruh dan bersepadu, maka sukar untuk kita membasmi penyalahgunaan dadah dikalangan pelajar terutamanya. Diharapkan program PPDa terus relevan dalam membasmi penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar.
     Usaha menetang penyalahgunaan dadah ini boleh dimulakan dengan membasmi penagihan rokok di kalangan pelajar. Guru juga memainkan peranan dalam menjadi contoh dengan cara tidak merokok di sekolah. Sekolah sebagai kawasan larangan merokok perlu dikuatkuasakan.
    U

Tema Anti Dadah 2010 dan 2011 : 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa sambutan Hari Antidadah bagi Tahun 2010 dan 2011 menggunakan tema , '1 Malaysia Membanteras Dadah'. Tujuan tema ini dipilih bagi merelisasikan matlamat PPDa bahawa "Sekolah Bebas Dadah 2012". Lanjutan itu, semua pihak harus memainkan peranan yang serius dalam menangani masalah dadah terutama yang melibatkan pelajar sekolah.
     Usaha yang berterusan dan bersepadu harus dilaksanakan bagi memerangi anasir dadah hingga ke peringkat akar umbi. Peranan sekolah sebagai satu tapak pendidikan anti dadah amat relevan dan perlu mendapat sokongan semua pihak sama ada guru, pelajar, ibu bapa, masyarakat, pemimpin, dan semua anggota masyarakat. Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) bukan lagi satu usaha yang terpinggir, malah perlu diberi perhatian dan sokongan oleh semua pihak, agar matlamat menjadikan sekolah sebagai kawasan bebas dadah tercapai.

Khamis, 1 Julai 2010

Iklan rokok bawa bencana

KUALA LUMPUR - Setiap tahun, industri tembakau terpaksa mencari rekrut-rekrut baru bagi mengganti mereka yang telah ‘meninggalkan’ pasarannya.
            Istilah ‘meninggal’ di sini adalah dalam erti kata mati disebabkan penyakit-penyakit kronik yang dibawa oleh tabiat merokok. Dan industri ini telah menjumpai satu kumpulan besar yang agak mudah di pengaruhi, iaitu wanita.
           Usaha mereka nampaknya berjaya hinggakan statistik Pertubuhan Kesihatan Dunia WHO) menunjukkan jumlah perokok wanita di negara maju dan membangun meningkat dibandingkan dengan angka bagi perokok lelaki yang semakin menurun.
          Menurut WHO, kadar perokok wanita di seluruh dunia dijangka meningkat sekali ganda pada tahun 2025, dari 9.0 peratus pada tahun 2007. Bagi perokok lelaki pula, kadar masa kini iaitu 40 peratus sudah sampai pada puncaknya dan semakin menurun.
          Di Malaysia, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2006 menunjukkan remaja perempuan (13-18 tahun) mula merokok pada umur purata 14.1 tahun berbanding remaja lelaki yang mula merokok pada umur purata 13.6 tahun. - Bernama



"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Selasa, 29 Jun 2010

Isu 1 : Bolehkah Sekolah menjadi kawasan yang bebas rokok?

Sekolah sebagai 'kawasan larangan  merokok' sudah diwartakan sejak dulu lagi. Sayangnya, ia kadang-kadang tidak diambil perhatian oleh banyak pihak. Pekeliling tentang sekolah kawasan larangan merokok sudah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.Namun begitu masalah rokok di sekolah masih belum dapat diatasi sepenuhnya.
        Kegiatan merokok di kalangan pelajar sekolah dewasa ini kian membimbangkan. Kempen yang dijalankan oleh PPDa seperti tiada memberi kesan dan kesedaran buat mereka. Apa yang lebih membimbangkan apabila kegiatan merokok pelajar sudah bermula dari sekolah rendah lagi. Pelajar wanita yang merokok juga  dilihat semakin berkembang. Pihak sekolah juga berdepan dengan masalah disiplin pelajar yang semakin meruncing termasuk pelajar merokok.
        Pelbagai faktor yang menyebabkan gagalnya kempen sekolah kawasan bebas rokok. Antaranya ialah;
  1. Kurangnya ketegasan dan tindakan pihak sekolah ke atas perlaksanaan 'Sekolah Kawasan LaranganMerokok'.
  2. Terdapat segelintir guru, kakitangan dan para pelanggan sekolah yang tidak mematuhi larangan merokok di kawasan sekolah. 
  3. Budaya merokok sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat termasuklah di kalangan guru..
  4. KKM masih tidak melaksanakan ketegasan dalam kompaun terhadap sekolah, guru dan orang ramai mengikut Pekeliling Kesihatan Awam bil 1/1997.
  5. Menganggap rokok bukan masalah besar.
  6. Papan Tanda amaran 'Sekolah kawasan larangan merokok' tidak digeruni dan tidak diberi perhatian.
  7. Pelajar terdedah dengan bahaya rokok di sekolah dan di luar sekolah terutama di rumah.
  8. Pelajar mudah belajar dari pelakuan orang yang merokok. Mereka mula mencuba dan akhirnya rokok sudah tidak dapat dipisahkan dengan pelajar.
  9. Guru sebagai model, tetapi kekadang model yang merosakkan jika dia juga perokok tegar.
  10. Kempen Anti rokok atau Nafas Segar kurang berkesan dan menginsafkan. Bukan kegagalan isi programnya tetapi kesedaran dari masyarakat kita termasuklah guru.
         Hampir 70 % pelajar yang telah disoal selidik pada tahun ini di daerah Maran (seramai 374 oarang pelajar disoalselidik), merupakan perokok dan ada kalangan mereka ini sudah menjadi perokok tegar. Kita bimbang jika kecenderungan ini berterusan, maka usaha kita selama ini menemui kegagalan. Kita mengharapkan pihak pentadbiran sekolah terutama Guru Besar dan Pengetua, memberi ketegasan mereka dalam perkara ini. Pembasmian diperingkat awal, akan memberi kesan kepada para pelajar.
"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Rabu, 23 Jun 2010

Pekeliling Kesihatan Awam Bil 1/ 1997

Pekeliling Kesihatan awam ini telah diedarkan ke semua sekolah dan kita berharap mendapat tindakan yang positif daripada semua pihak. Ia menyatakan perlaksanaan penguatkuasaan terhadap rokok. Kita juga berharap pekeliling ini dapat diedarkan dan menjadi aktiviti dalam menangani masalah rokok di sekolah.
Antara Peraturannya ialah seperti;
  1. Sub-peraturan 6(1) - Kegagalan untuk mencetak amaran dilarang merokok seperti yang dikehendakki. (kompaun senayak RM 500
  2.  Peraturan 8 - Menjual hasil tembakau kepada orang di bawah umur 18 tahun (kompaun RM 200)
  3. Sun-peraturan 8A - Remaja dibawah umur 18 tahun ke bawah yang merokok atau mengunyah apa-apa hasil tembakau atau membeli atau memilki apa-apa hasil tembakau (kompaun RM50)
  4. Sub-peraturan 10(1) - Merokok di suatu tempat yang dilarang merokok (kompaun RM100)
  5. dan banyak lagi.
Diharapkan semua pihak mengambil perhatian. (sila dapatkan melalui muat turun)

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...