Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Maran amat mengharapkan semua pihak sama ada sekolah, guru-guru dan pelajar mengambil berat berkenaan pendidikan Pencegahan dadah (PPDa). Program PPDa mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas namun kita percaya banyak kekangan dan sukar untuk mencapai "Sekolah Bebas Dadah 2012". Ini berikutan masih terdapat di kalangan pelajar kita terpengaruh dalam mencuba dadah dan pengaruh dadah jenis baru seperti syabu, dan pil-pil khayal yang semakin meningkat penggunaannya. Masih kedapatan pelajar kita yang mudah terpedaya dan mengambil keputusan yang merosakkan diri dan hidup mereka.
Semua pihak harus mengambil peranan dalam mencegah masalah dadah menular dikkalangan pelajar. Oleh yang demikian, guru-guru PPDa diharapkan dapat melaksanakan program dengan kerjasama sekolah, PIBG dan Pemimpin setempat secara aktif dan terancang. Di Daerah Maran sendiri, kita masih dihantui dengan lambakan penangih tegar dan kawasan hitam yang menjadi sarang penangih. Jika tiada usaha yang menyeluruh dan bersepadu, maka sukar untuk kita membasmi penyalahgunaan dadah dikalangan pelajar terutamanya. Diharapkan program PPDa terus relevan dalam membasmi penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar.
Usaha menetang penyalahgunaan dadah ini boleh dimulakan dengan membasmi penagihan rokok di kalangan pelajar. Guru juga memainkan peranan dalam menjadi contoh dengan cara tidak merokok di sekolah. Sekolah sebagai kawasan larangan merokok perlu dikuatkuasakan.
U
Dedikasi untuk PPDa. 1 MALAYSIA KE ARAH BEBAS DADAH
Selasa, 13 Julai 2010
Tema Anti Dadah 2010 dan 2011 : 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa sambutan Hari Antidadah bagi Tahun 2010 dan 2011 menggunakan tema , '1 Malaysia Membanteras Dadah'. Tujuan tema ini dipilih bagi merelisasikan matlamat PPDa bahawa "Sekolah Bebas Dadah 2012". Lanjutan itu, semua pihak harus memainkan peranan yang serius dalam menangani masalah dadah terutama yang melibatkan pelajar sekolah.
Usaha yang berterusan dan bersepadu harus dilaksanakan bagi memerangi anasir dadah hingga ke peringkat akar umbi. Peranan sekolah sebagai satu tapak pendidikan anti dadah amat relevan dan perlu mendapat sokongan semua pihak sama ada guru, pelajar, ibu bapa, masyarakat, pemimpin, dan semua anggota masyarakat. Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) bukan lagi satu usaha yang terpinggir, malah perlu diberi perhatian dan sokongan oleh semua pihak, agar matlamat menjadikan sekolah sebagai kawasan bebas dadah tercapai.

Khamis, 1 Julai 2010
Iklan rokok bawa bencana
KUALA LUMPUR - Setiap tahun, industri tembakau terpaksa mencari rekrut-rekrut baru bagi mengganti mereka yang telah ‘meninggalkan’ pasarannya.
Istilah ‘meninggal’ di sini adalah dalam erti kata mati disebabkan penyakit-penyakit kronik yang dibawa oleh tabiat merokok. Dan industri ini telah menjumpai satu kumpulan besar yang agak mudah di pengaruhi, iaitu wanita.
Usaha mereka nampaknya berjaya hinggakan statistik Pertubuhan Kesihatan Dunia WHO) menunjukkan jumlah perokok wanita di negara maju dan membangun meningkat dibandingkan dengan angka bagi perokok lelaki yang semakin menurun.
Menurut WHO, kadar perokok wanita di seluruh dunia dijangka meningkat sekali ganda pada tahun 2025, dari 9.0 peratus pada tahun 2007. Bagi perokok lelaki pula, kadar masa kini iaitu 40 peratus sudah sampai pada puncaknya dan semakin menurun.
Di Malaysia, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2006 menunjukkan remaja perempuan (13-18 tahun) mula merokok pada umur purata 14.1 tahun berbanding remaja lelaki yang mula merokok pada umur purata 13.6 tahun. - Bernama
"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Selasa, 29 Jun 2010
Isu 1 : Bolehkah Sekolah menjadi kawasan yang bebas rokok?
Sekolah sebagai 'kawasan larangan merokok' sudah diwartakan sejak dulu lagi. Sayangnya, ia kadang-kadang tidak diambil perhatian oleh banyak pihak. Pekeliling tentang sekolah kawasan larangan merokok sudah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.Namun begitu masalah rokok di sekolah masih belum dapat diatasi sepenuhnya.
Kegiatan merokok di kalangan pelajar sekolah dewasa ini kian membimbangkan. Kempen yang dijalankan oleh PPDa seperti tiada memberi kesan dan kesedaran buat mereka. Apa yang lebih membimbangkan apabila kegiatan merokok pelajar sudah bermula dari sekolah rendah lagi. Pelajar wanita yang merokok juga dilihat semakin berkembang. Pihak sekolah juga berdepan dengan masalah disiplin pelajar yang semakin meruncing termasuk pelajar merokok.
Pelbagai faktor yang menyebabkan gagalnya kempen sekolah kawasan bebas rokok. Antaranya ialah;

- Kurangnya ketegasan dan tindakan pihak sekolah ke atas perlaksanaan 'Sekolah Kawasan LaranganMerokok'.
- Terdapat segelintir guru, kakitangan dan para pelanggan sekolah yang tidak mematuhi larangan merokok di kawasan sekolah.
- Budaya merokok sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat termasuklah di kalangan guru..
- KKM masih tidak melaksanakan ketegasan dalam kompaun terhadap sekolah, guru dan orang ramai mengikut Pekeliling Kesihatan Awam bil 1/1997.
- Menganggap rokok bukan masalah besar.
- Papan Tanda amaran 'Sekolah kawasan larangan merokok' tidak digeruni dan tidak diberi perhatian.
- Pelajar terdedah dengan bahaya rokok di sekolah dan di luar sekolah terutama di rumah.
- Pelajar mudah belajar dari pelakuan orang yang merokok. Mereka mula mencuba dan akhirnya rokok sudah tidak dapat dipisahkan dengan pelajar.
- Guru sebagai model, tetapi kekadang model yang merosakkan jika dia juga perokok tegar.
- Kempen Anti rokok atau Nafas Segar kurang berkesan dan menginsafkan. Bukan kegagalan isi programnya tetapi kesedaran dari masyarakat kita termasuklah guru.
"Sekolah Bebas Dadah 2012"
Rabu, 23 Jun 2010
Pekeliling Kesihatan Awam Bil 1/ 1997
Pekeliling Kesihatan awam ini telah diedarkan ke semua sekolah dan kita berharap mendapat tindakan yang positif daripada semua pihak. Ia menyatakan perlaksanaan penguatkuasaan terhadap rokok. Kita juga berharap pekeliling ini dapat diedarkan dan menjadi aktiviti dalam menangani masalah rokok di sekolah.
Antara Peraturannya ialah seperti;
- Sub-peraturan 6(1) - Kegagalan untuk mencetak amaran dilarang merokok seperti yang dikehendakki. (kompaun senayak RM 500
- Peraturan 8 - Menjual hasil tembakau kepada orang di bawah umur 18 tahun (kompaun RM 200)
- Sun-peraturan 8A - Remaja dibawah umur 18 tahun ke bawah yang merokok atau mengunyah apa-apa hasil tembakau atau membeli atau memilki apa-apa hasil tembakau (kompaun RM50)
- Sub-peraturan 10(1) - Merokok di suatu tempat yang dilarang merokok (kompaun RM100)
- dan banyak lagi.
Diharapkan semua pihak mengambil perhatian. (sila dapatkan melalui muat turun)
Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004
Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004
Bebaskan diri anda dari rokok..
"Sekolah Bebas Dadah 2012"
Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 atau ringkasnya PPKHT 2004 telah digubal dibawah seksyen 36 Akta Makanan 1983 dan mula berkuatkuasa pada 24 September 2004. Selain memperuntukkan ketetapan kawasan larangan merokok, PPKHT 2004 juga mempunyai peruntukkan tertentu untuk mengawal pengiklanan hasil tembakau, larangan tajaan, larangan pengedaran sampel percuma, bilangan rokok dalam sesuatu bungkusan, pelebelan dan bentuk bungkusan paket rokok, tanggungjawab mempamer larangan penjualan hasil tembakau kepada orang belum dewasa dan beberapa peruntukan tambahan tempat-tempat dilarang merokok.
Bebaskan diri anda dari rokok..
"Sekolah Bebas Dadah 2012"
Isnin, 21 Jun 2010
Pertandingan Penulisan Sajak PPDa Sempena Sambutan Hari Anti Dadah Antarabangsa 2010
Untuk makluman, Unit PPDa JPN Pahang dengan kerjasama PEMADAM Negeri Pahang akan menganjurkan pertandingan tersebut sempena Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa yang disambut pada 26 Jun setiap tahun.
Sehubungan dengan itu, semua sekolah diminta untuk menyertai pertandingan penulisan sajak tersebut. Surat dan Syarat pertandingan akan dihantar ke sekolah dalam masa terdekat.
Tema Sajak : " 1Malaysia Membanteras Dadah"
Sajak mesti menggunakan Bahasa Melayu dan bertajuk
Kategori :

- Kategori Pelajar Sekolah Rendah
- Kategori Sekolah Menengah
- Kategori Dewasa (Guru, Kakitangan , Pegawai PPD & JPN
"Sekolah Bebas Dadah 2012"
Langgan:
Catatan (Atom)
KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014
SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH ...

-
Dalam memastikan program PPDa berjalan dengan mantap, pihak sekolah haruslah memastikan pengurusan PPDa berfungsi di sekolah masing-masing. ...
-
Mahmood Nazar Mohamed, and Yahya Don, and Mohamad Hassan, and Muhamad Dzahir Kasa, (2005) Program Pendidikan Pencegahan Dadah SLAD: Adakah I...
-
Pihak JPN Pahang telah memberi kepercayaan bagi PPDa untuk membuka bilik pameran di Karnival Nilai Murni Cegah Jenayah Pahang, di Stadium Mi...