Isnin, 21 Jun 2010

Ujian Urin - Mengenal pasti kandungan air kencing daripada dadah

satu bar = Positif
Dua Bar = Negartif

Pegawai AADK sedang membuat ujian urin saringan ke atas kandungan air kencing pelajar.


"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Ahad, 6 Jun 2010

"port' Syabu diserbu

SEREMBAN: Perbuatan haram tiga wanita warga Vietnam dan dua lelaki tempatan menjadikan sebuah rumah di Taman Permai 3, di sini, sebagai ‘port’ menghisap syabu terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa, awal pagi Selasa lalu.


RAMPAS...antara barangan yang ditemui dalam kediaman penjenayah. Ketua JSJN negeri, Superintendan R Ravichandran berkata, semua suspek berusia 19 hingga 38 tahun itu ditahan dalam ‘Ops Tapis’ yang dijalankan di sekitar bandar ini.


“Hasil ujian air kencing mendapati kelima-lima suspek berkenaan positif dadah jenis syabu dan ditahan untuk tindakan lanjut.


“Siasatan awal turut mendapati ketiga-tiga wanita warga asing berkenaan tinggal bersama dua lelaki iaitu warga tempatan.


“Seorang daripada lelaki berkenaan yang berusia 24 tahun bekerja sebagai pelayan restoran, manakala seorang lagi suspek adalah pelindung semua wanita asing terbabit,’’ katanya di sini, semalam.


Katanya, semua suspek ditahan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


Sementara itu, dalam serbuan berasingan pada hari sama, katanya, seorang lelaki berusia 24 tahun disyaki pengedar dadah ditahan di sebuah rumah di Taman Harapan Baru, di sini.


“Kita (polis) menemui 12 peket serbuk putih dipercayai dadah jenis syabu seberat 31.6 gram yang dianggarkan bernilai lebih RM10,000 mengikut harga pasaran.


“Lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 39 A (2) ADB 1952," katanya.



"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Selasa, 1 Jun 2010

Kempen anti merokok di perhebatkan

Tempat kerja ada sistem pendingin hawa berpusat diwarta larangan rokok



KUALA LUMPUR: Semua tempat kerja dengan sistem pendingin hawa berpusat akan diwartakan sebagai kawasan larangan merokok mulai hari ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata penguatkuasaan menyeluruh itu membabitkan semua tempat kerja sektor swasta berbanding hanya sektor kerajaan sebelum ini, menjadikan kawasan larangan merokok di negara ini sebanyak 21 tempat. “Dengan peraturan baru ini, kita dapat melindungi pekerja swasta yang tidak merokok dan bekerja lapan jam sehari, malah ada yang bekerja lebih masa selama 12 jam daripada asap rokok serta risiko menghidap penyakit kronik termasuk kanser,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 Peringkat Kebangsaan di sini, semalam.

Liow berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 11,980 notis kesalahan dan 6,616 kompaun dikeluarkan penguat kuasa kementerian dengan jumlah kompaun kira-kira RM1.4 juta kerana kesalahan merokok di kawasan larangan.

“Sebanyak 4,451 kes pelanggaran sudah dibawa ke mahkamah membabitkan nilai denda berjumlah RM147,000 dan seorang dipenjarakan,” katanya.

Sementara itu, berhubung larangan penjualan rokok 14 batang bermula 1 Januari tahun depan, Liow berkata, kementerian sememangnya mahu mempercepatkan penguatkuasaan itu namun terpaksa menyelesaikan beberapa perkara terlebih dulu termasuk penjualan rokok haram yang kini meningkat kepada 40 peratus.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga sedang menjalankan kajian rasmi mengenai gambar beramaran baru yang akan diletakkan pada kotak rokok memandangkan maklum balas diterima melalui laman sosial Twitter mendapati, 80 peratus mengatakan gambar sedia ada tidak lagi memberi kesan.

Terdahulu dalam ucapannya, Liow berkata, jumlah perokok wanita di negara ini adalah pada tahap 1.6 peratus berbanding 20 peratus yang direkodkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, justeru golongan itu dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan promosi yang dilakukan syarikat rokok termasuk merokok boleh melangsingkan badan dan melambangkan gaya hidup bebas


Berita Harian - 1/6/2010
"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Isnin, 31 Mei 2010

PERTANDINGAN BILIK SUMBER/ SUDUT PPDa 2010

Untuk makluman semua sekolah, Jabatan Pelajaran Pahang akan mengadakan Pertandingan Bilik Sumber dan Sudut PPDa pada tahun ini. Sekolah yang terpilih akan mewakili Negeri Pahang pada tahun 2011 nanti. Oleh yang demikian, besarlah harapan kita agar sekolah-sekolah di Daerah Maran mula bersedia dan mewngalktifkan lagi bilik atau sudut Sumber PPDa masing-masing.

    Penilaian di peringkat daerah dijangka akan dilaksanakan pada awal September 2010. Oleh yang demikian, pihak sekolah mempunyai waktu untuk mengaktifkan bilik dan sudut PPDa di sekolah masing-masing.


"Sekolah Bebas Dadah 2012"

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...