Rabu, 5 Mei 2010

Aktiviti Sampingan Sahabat Petronas di SMK Tengku Panglima Perang

Di samping Program PPDa-Petronas, ada juga Program Karnival Kolaborasi  SMK Tengku Panglima Perang. Banyak pameran yang bermanfaat untuk pelajar.

kaunter nakotik (dadah) mendapat sambutan hangat daripada pelajar
jangan cuba dekati dadah
cikgupun nak kenal juga dadah, boleh tolong nasihat kepada pelajar.
Pameran Agensi Maritim
Banyak peluang pekerjaan jika tamat belajar nanti.
Pameran Tentera Laut
Pameran Bomba dan penyelamat bergerak

Bila pula pameran seperti ini boleh dibawa ke Maran?

En Jamal (PKD Jerantut) amat berminat dengan pameran.
"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Program Sahabat Petronas - PPDa Peringkat Negeri Pahang 2010 (sekolah Rendah)

Program Sahabat Petronas - PPDa Peringkat Negeri Pahang 2010 (sekolah Rendah) telah diadakan pada ;

Tarikh : 5/5/2010
Hari   : Selasa
Tempat : Dewan SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad
               Indera Mahkota, Kuantan, Pahang

Fokus : Pembimbing rakan sebaya pelajar bagi menangani masalah rokok dan dadah di kalangan pelajar dan masyarakat.

Acara sehari bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang ini disusun dan dibiayai oleh Petronas. Gabungan Petronas dan PPDa ni banyak memberi manfaat kepada para pelajar. Perasmian penutup dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan, En Rosdi bin Ismail. (mantan PPD Maran)

Berikut adalah gambar aktiviti Program Sahabat Petronas-PPDa;

Lihat gambar lagi...

Khamis, 29 April 2010

Program PPDa bersama Belia dan AADK di Felda Kg New Zealand (Belia Tanpa Dadah)

Program PPda cuba di perluaskan di peringkat masyarakat terutama masyarakat FELDA. Ini dapat dilihat apabila kita telah bergabung dengan Persatuan Belia Kg New Zealand dan AADK Daerah Maran. Program berbentuk karnival ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan remaja belia dan masyrakat kampung tentang bahaya dadah. Program sehari itu telah memberi peluang kepada masyarakat mengetahui dengan lebih dekat bahaya najis dadah.
Antara aktiviti:
  1. Pameran Anti Dadah (oleh AADK)
  2. Taklimat Dadah dan Remaja oleh Pegawai Khas PPDa Daerah Maran (En Mohd Jasmi)
  3. Taklimat Bahaya Dadah oleh Pegawai dari AADK Daerah Maran
  4. Keahlian Rakan Anti Dadah (RADA) dan penyerahan boang keahlian.
  5. Sukan Rakyat ; dam haji, carrom, congkak, petanque.
  6. Pertandingan memasak ayam kampung
  7. Teka biji labu
  8. Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah.
Program ini berjaya mendapat sambutan daripada masyarakat kampung dan seramai 45 orang RADA diterima.


Pengurus Rancangan juga berminat dengan pameran
Pameran AADK

Program bersama AADK di Juara Rakyat Parlimen Maran

Pamantauan dan Urin Test di SMK Jengka Pusat 2

"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Slad -Skim Lencana Anti Dadah di sekolah

Bedasarkan surat arahan Jabatan dan PPD Maran, semua sekolah menengah diminta menubuhkan SLAD. Ianya bertujuan sebagai suatu program kepada para pelajar tentang bahaya dadah. Sasarannya adalah pelajar Tingkatan 2 dan 4. Diharapkan semua sekolah di maran dapat menubuh dan mengatifkannya
 "Sekolah Bebas Dadah 2012"

Pertandingan Bilik Sumber dan Sudut/Lorong PPDa 2010

Diharapkan semua sekolah bersedia dan sentiasa mengemas kini Bilik Sumber atau lorong/sudut PPDa di sekolah masing-masing. Sekolah yang belum mempunyai sebarang bilik atau lorong/sudut, sila berbincang dengan Pengetua/Guru Besar bagi memastikan ianya wujud dan berfungsi. Harap Maklum.

Pemantauan dan Urin Test   : Feb - Mac 2010
Pemantauan Pertama PPDa  : April - Mei 2010
Pemantauan Ke 2 PPDa  :   Julai - Ogos 2010

"Sekolah Bebas Dadah 2012"

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...