MARAN, Seramai 10 orang PKD telah dilantik sebagai hakim penilai bagi pertandingan Bilik dan sudut sumber PPDa Peringkat Negeri Pahang. Pertandingan ini melibatkan dua kategori iaitu Bilik Sumber PPDa bagi sekolah rendah dan menengah. Satu lagi kategori iaitu sudut sumber PPDa bagi sekolah rendah dan menengah. Penilaian kali adalah bertujuan untuk mengenalpasti sekolah yang akan menjadi wakil negeri Pahang untuk dipertandingkan ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada Jun 2013. Penilaian ini telah mengambil tempoh lebih kurang dua minggu bermula dari tarikh 4 Mac. Fokus utama penilaian ini adalah dari sudut fizikal dan aktiviti pada tahun 2012 yang telah dilaksanakan. Menurut PKD dari Jerantut, En Faiz Mahyudin yang telah ditemubual, peringat pada tahun ini amat sengit setelah menilai beberapa buah sekolah. Walau apa pun syabas dan tahniah kepada sekolah yang telah menjadi wakil daerah masing-masing. Harapan daripada pihak JPN agar sekolah yang tidak layak akan terus meningkatkan lagi sudut dan bilik sumber PPDa di masa akan datang dan tidak berputus asa. Ketua Unit PPDa JPN, En Abdullah Sani juga mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua sekolah yang masuk bertanding. Beliau berharap agar pada masa akan datang semua sekolah dalam negeri Pahang akan menang dalam pertandingan.

Bersama AJK PPDa SMK Maran sudut sumber
PKD Jerantut melihat akan kesan halo dari pelajar SMK Maran
PKD Bera En Emirul melihat certa organisasi SMK Temerloh Jaya
Mencuba salah satu aktiviti permainan PPDa yang ada di SMK Temerloh Jaya
Mendengar taklimat daripada Guru PPDa SMK Temerloh Jaya
Kemahiran yang dihasilkan oleh SMK Temerloh Jaya
Bersama Pengetua SMK Jengka 24
Taklimat yang disampaikan oleh PKD Pekan kepada AJK PPDa SMK Alor Akar
Memberi pandangan dan idea untuk penambahbaikan kepada Guru PPDa SK Serengkam
Taklimat bersama di SJKT Lyum Leong
PKD Pekan memberikan pandangan kepada G7 daerah Cameron Higland
PKD Kuantan memberi pandangan kepada Guru PPDa SK Ganchong
Penerangan daripada Guru PPDa SK RTP Bukit Goh